Berita Utama

Politik

Aduan Rakyat

Agama

Isu Semasa

Kolumnis

Kebajikan

Ekonomi

Aktiviti

Komentar

BlogList Malaysia

Selatan Online

Life In Color "World's Largest Paint Party" Dibatalkan

Posted by Unknown on 19 Mac 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


Oleh: Nusaybah Kaab

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kematian 6 belia akibat pengambilan dadah berlebihan di Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Peristiwa tersebut mengejutkan rakyat Malaysia tatkala semua sedang menantikan 'kepulangan' pesawat MH370. Konsert yang pada mulanya dikatakan dianjur secara tertutup akhirnya diketahui umum setelah berita kematian 6 orang pengunjung konsert tersebar di akhbar dan media massa.

Akan datang, 19 April 2014, satu lagi acara seumpamanya, "Life in Color "World's Largest Paint Party" bakal diadakan di Go Kart Sepang International Circuit. Sejarah acara ini dipetik dari laman web rasmi Life In Color seperti berikut, "LIFE IN COLOR, “The World’s Largest Paint Party,” began in 2006 on college campuses in Florida. Since then, it has quickly taken the Americas by storm positioning itself as a one of a kind experience. Now, hundreds of thousands of people have witnessed this spectacular show that fuses high-energy music, art, dance, and PAINT into one mind blowing combination. Founded by Committee Entertainment, LIFE IN COLOR is truly a unique, spectacular, and innovative show that you must experience to comprehend."

Acara yang dilihat seperti parti liar ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari wakilnya, Ketua Pemuda PAS Malaysia, saudara Suhaizan Kayat. Beliau berkata, "Saya sudah bertemu Dato' Sri Zahid Hamidi berkaitan penggunaan dadah secara terbuka di Konsert Future Music Festival Asia 2014. Beliau berjanji akan bertindak segera menangani masalah tersebut. Saya juga berharap konsert Life in Color 2014 pada 19 April ini dibatalkan bagi bagi menghormati tragedi yang berlaku pada MH370 dan peristiwa di konsert Future Music Festival Asia 2014."


Bagaimanapun, sekitar tengahari tadi, pihak Life In Color telah memberi kenyataan tentang pembatalan acara tersebut di laman Facebook mereka.

Diego Garcia Ada di Simulator Juruterbang

Posted by Unknown on 18 Mac 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


Oleh: Md Izwan

Hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Berita Harian.

Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu, siasatan dilakukan oleh PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Sumber berkata, penyiasat sedang meneliti kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

PDRM membuka kertas siasatan pada 8 Mac lalu ke atas anak kapal MH370, termasuk juruterbang dan pembantunya serta kakitangan yang mengendalikan pesawat itu.

Polis menggeledah rumah juruterbang dan pembantu juruterbang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu berkata, siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan kepada petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga memberitahu pihaknya masih menyiasat daripada semua sudut.

Putrajaya juga meminta rakyat tidak terus melakukan andaian berhubung siasatan polis itu.

Usaha mencari dan menyelamat MH370 kini masuk fasa kedua melibatkan koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

9 kawasan catat IPU sederhana

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...


Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya adalah baik pagi ini kecuali sembilan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sembilan kawasan tersebut ialah Banting (92), Putrajaya (90), Miri (67), Balok Baru (57), Sibu (57), Pelabuhan Klang (56), Kangar (55), Sandakan (53) dan Labuan (52).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing.

- Bernama

Cikgu Mala: Arahan Pertukaran 3 Orang Guru Mesti Dibatalkan

Posted by Unknown on 14 Mac 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


PENYERAHAN MEMORANDUM DESAKAN AGAR ARAHAN PERTUKARAN 3 ORANG GURU DI DAERAH JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR DIBATALKAN DAN DITARIK BALIK SERTA MERTA DALAM TEMPOH 24 JAM.

12 Mac 2014 ,Rabu: Suatu memorandum telah dihantar ke Pejabat Pendidikan Negeri Pahang ,Bandar Indera Mahkota ,Kuantan Pahang atas pertukaran 3 orang guru termasuk Cikgu Mohd.Norizzat Bin Mohd. Johari ,Pengerusi SGMM oleh Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(NGO PENDIDIK),semalam. 

Pertukaran Cikgu Mohd. Nor Izzat dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya arahan 'perpindahan atas keperluan perkhidmatan'.

" Saya ingin menegaskan bahawa arahan pertukaran secara zalim ini bertentangan dengan matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia terhadap warga pendidik dalam mengangkat martabat profesionalisme perguruan dalam persada pendidikan negara" 

Memorandum telah diterima oleh Pn. Hjh. Rashidah Bt. Mohd. Arif ( Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang ).Walaupun pada awalnya En. Rosdi Bin Ismail ( Pengarah Pendidikan Negeri Pahang) telah bersetuju menerima memorandum ini dalam satu temujanji yang dibuat sehari awal sebelum kunjungan dibuat ,tetapi akhirnya terpaksa bergegas ke suatu mensyuarat lain 15 minit sebelum masa yabg dijanjikan. 

Turut bersama dalam penyerahan memorandum tersebut adalah En. Mohd. zai Bin Mustafa, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia(MAKPEN)
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Pn. Normala Sudirman melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan KPM menukarkan guru secara zalim sejak sekian lama.Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka dengan cara zalim seperti ini.

Terkini ,tindakan menukarkan Cikgu Norizzat ,Pengerusi SGMM adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan menganiaya warga pendidik secara tidak profesional. NGO Pendidik optimis ,tindakan yang tidak bertamadun ini akan menyebabkan semakin ramai warga pendidik benci kepada kezaliman yang telah dikenakan dan akan bangkit membuat perubahan ke arah mengangkat maruah profesionalisme pendidikan serta halatuju pendidikan yang lebih terarah.

Beliau juga menggesa jika benar pertukaran tersebut bukan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia,maka batalkan surat pertukaran tersebut dan tarik semula arahan berpindah sekolah dalam tempoh 24 jam. Tindakan seperti ini dianggap sebagai 'menunjuk kuasa ' dan 'pentadbiran diktator' dalam sejarah pendidikan di Malaysia. KPPM jangan bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan Jabatan Pendidikan Negeri sewenang- wenangnya menzalimi warga pendidik.Ini penting untuk menjaga kredibiliti KPM seterusnya mengangkat martabat dan profesionalisme perguruan di Malaysia.

Isu pertukaran guru yang tidak mengikut prosedur adalah 'pembongkaran isu lama' dan 'hukuman mandatori' jika ada kalangan guru yang cuba bersuara dengan jujur untuk membetulkan kepincangan sistem pendidikan yang ada atau dianggap menyokong Pakatan Rakyat.

'Penjara organisasi ' yang menghalang guru bersuara ini akan merugikan masa depan pendidikan negara .Selama ini ,jika ada guru yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat juga ditukar secara zalimkerana dianggap 'melawan arus' walaupun berdedikasi dalam tugas.

Inilah dilemma warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat ' Yang Menurut Perintah' .
Yang lebih teruk lagi ,ada guru yang dipecat,ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan keluarga dan anak- anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun .

"Kami ingin memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak diperbetulkan ,tunggulah saat dimana warga pendidik dan rakyat Malaysia bangkit berarak turun ke jalanraya untuk menzahirkan protessecara besar- besaran. Ingatlah ,doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT .

Tangan yang menurunkan tandatangan surat pertukaran, surat pemecatan dan tahan gaji sebenarnya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti. Bukankah gaji yang diterima adalah untuk memberkatakan rezeki kita bagi menyara keluarga dan anak - anak ? Apakah dengan cara zalim seperti ini keberkatan akan diperolehi "

Kami juga mendesak agar disiasat siapa yang mengarah Pengarah Pelajaran Negeri untuk menukarkan seseorang guru. Apakah mereka menerima tekanan orang politik yang bertaraf menteri dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk arahkan mereka bertindak.?. 

NGO Pendidik menyeru agar warga pendidik bangkit dalam 'menegakkan keadilan 'dengan penuh keberanian untuk 'merobohkan tembok kezaliman' yang membelenggu jiwa pendidik selama ini dan terus berani bersuara demi memartabatkan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Berani kerana benar !. Jangan biarkan minda dan jiwa warga pendidik dijajah dengan penjajahan alaf baru yang merugikan masa depan negara. 

"BANGKIT PENDIDIK MEMIMPIN PERUBAHAN"

Salam hormat daripada :
Pn. Normala Sudirman ( Cikgu Mala).

Cikgu Mala: Batalkan Pertukaran Dan Tarik Semula Arahan Berpindah

Posted by Unknown on 2 Mac 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Pn. Normala Sudirman melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menukarkan guru secara zalim sejak sekian lama.Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka dengan cara zalim seperti ini.

Terkini ,tindakan menukarkan Cikgu Norizzat ,Pengerusi SGMM adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan menganiaya warga pendidik secara tidak profesional. NGO Pendidik optimis ,tindakan yang tidak bertamadun ini akan menyebabkan semakin ramai warga pendidik benci kepada kezaliman yang telah dikenakan dan akan bangkit membuat perubahan ke arah mengangkat maruah profesionalisme pendidikan serta halatuju pendidikan yang lebih terarah.

Beliau juga menggesa jika benar pertukaran tersebut bukan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia,maka batalkan surat pertukaran tersebut dan tarik semula arahan berpindah sekolah dalam tempoh 24 jam. Tindakan menukarkan guru secara zalim seperti ini adalah dianggap sebagai seolah - olah 'menunjuk kuasa ' dan lambang 'pentadbiran diktator' dalam sejarah pendidikan di Malaysia. KPM jangan bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sewenang- wenangnya menzalimi warga pendidik.Ini penting untuk menjaga kredibiliti KPM seterusnya mengangkat martabat dan profesionalisme perguruan di Malaysia.

Isu pertukaran guru yang tidak mengikut prosedur adalah 'pembongkaran isu lama' dan 'hukuman mandatori' dalam perkhidmatan , jika ada kalangan guru yang cuba bersuara dengan jujur untuk membetulkan kepincangan sistem pendidikan yang ada atau dianggap menyokong Pakatan Rakyat.

'Penjara organisasi ' yang menghalang guru bersuara ini akan merugikan masa depan pendidikan negara .Selama ini ,jika ada guru yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat juga ditukar secara zalim kerana dianggap 'melawan arus' walaupun berdedikasi dalam tugas dan cemerlang dalam perkhidmatan.Inilah dilemma warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat MANDATORI ' Yang Menurut Perintah' . Sedangkan penjawat awam lebih sinonim dengan kalimat ' Yang Menjalankan Tugas'.

Yang lebih teruk lagi ,ada guru yang dipecat,ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan keluarga dan anak- anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun .
"Kami ingin memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak diperbetulkan ,tunggulah saat dimana warga pendidik dan rakyat Malaysia bangkit berarak turun ke jalanraya untuk menzahirkan protes secara besar- besaran. Ingatlah ,doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT .

Ini adalah kerana tugas guru adalah suatu tugas yang mulia dan profesionalisme perguruan ini tidak seharusnya dicemari dengan kezaliman dan penindasan alaf baru terhadap warga pendidik yang berdedikasi dalam tugas.Dari ajaran gurulah akan lahir seorang Perdana Menteri, peguam , alim ulama' , mufti dan insan yang berguna di negera tercinta,selain didikan dari ibu bapa.

Tangan yang menurunkan tandatangan surat pertukaran, surat pemecatan dan tahan gaji sebenarnya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti. Bukankah gaji yang diterima adalah untuk 'memberkatkan' rezeki kita bagi menyara keluarga dan anak - anak ? Apakah dengan cara zalim seperti ini keberkatan akan diperolehi? "

Kami juga mendesak agar 'disiasat' siapa yang mengarah atau mendesak Pengarah Pelajaran Negeri untuk menukarkan seseorang guru. Apakah mereka menerima 'tekanan' orang politik yang bertaraf menteri dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk arahkan mereka bertindak.?.

NGO Pendidik menyeru agar warga pendidik bangkit dengan penuh keberanian untuk merobohkan 'tembok kezaliman' yang membelenggu jiwa pendidik selama ini dan demi memartabatkan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Berani kerana benar !. Jangan biarkan minda dan jiwa warga pendidik dijajah dengan penjajahan alaf baru yang merugikan masa depan negara.

Salam hormat daripada :
Pn. Normala Bt. Sudirman@ Cikgu Mala
Presiden persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan.

PBS : Ibarat Buah Yang Belum Masak Tetapi Sudah Dipetik

Posted by Unknown on 23 Februari 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Luqman Emran

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan suatu idea baru yang dilihat mampu membawa nafas yang lebih segar dalam sistem pendidikan di Malaysia. PBS menekankan konsep penilaian murid yang bersifat holistik bagi menggantikan sistem pentaksiran yang berorientasikan peperiksaan. Sistem pentaksiran yang holistik menggabungkan penilaian aspek kognitif, afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani).

PBS yang sedang dilaksanakan ini diharapkan mampu untuk menambahbaik kepada sistem pentaksiran yang telah sedia dilaksana (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain) dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka :

-boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
-lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
-mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

[Diambil daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia]

Jika dilihat pada maklumat di atas, PBS sepatutnya menjadi suatu sistem pentaksiran baru yang mampu mengatasi masalah-masalah yang ada pada sistem pentaksiran yang berorientasikan peperiksaan. Namun, kebelakangan ini, kedengaran rintihan daripada pihak guru terhadap sistem ini. Ramai guru yang kurang berpuas hati dengan sistem ini khususnya pada kesusahan yang dialami mereka dalam merekodkan pencapaian pelajar secara atas talian.

Artikel ini tidak akan membincangkan tentang kelemahan sistem atas talian tersebut. Akan tetapi, artikel ini akan mengupas TIGA persoalan utama yang sepatutnya dibincangkan secara meluas di peringkat awal sebelum sistem PBS ini dilaksanakan di seluruh Negara.

1. Adakah sebarang needs analysis (analisis keperluan) dibuat sebelum ianya dilaksanakan? 

Jika ya, adakah kajian tersebut benar-benar mengambil kira keperluan semua pihak yang terlibat (negara, ibu bapa, guru, pelajar)? Jika semua kehendak itu berjaya dipenuhi, kenapa masih timbul masalah selepas ianya dilaksanakan? Ibarat “rumah sudah siap, pahat masih lagi berbunyi.” Analisis keperluan adalah satu proses yang berterusan dan sistematik yang dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat sebelum satu-satu organisasi itu membuat keputusan bagi membantu mereka meningkatkan prestasi. Dalam hal ini, soal selidik (poll) boleh digunakan oleh kementerian bagi mengumpul data dan maklumat di peringkat akar umbi sebelum satu-satu keputusan dibuat. Jika kita boleh menyediakan poll untuk mengundi artis yang bertanding di Anugerah Berita Harian, mengapa tidak diwujudkan poll yang boleh digunakan sebagai salah satu kayu ukur tentang kesediaan semua pihak yang terlibat dengan SPPBS ini? Sekurang-kurangnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah diberi peluang untuk membuat keputusan bagi pelaksanaan satu sistem yang melibatkan pendidikan anak-anak mereka.

2. Adakah sebarang pilot study (kajian rintis) dibuat terlebih dahulu?

Sebelum sistem ini dilaksana secara meluas di sekolah-sekolah seluruh negara? Sebagai contoh di negara-negara maju, sebelum sesuatu sistem itu dilaksanakan, ianya perlu melalui beberapa fasa seperti kajian selama 5 tahun, kemudian sistem itu diuji dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya melalui fasa penilaian selama 5 tahun dan akhir sekali analisis penilaian tersebut dibentang di parlimen sebelum sebarang keputusan dibuat. Kita tidak mahukan projek mee segera yang bersifat populis. Sekurang-kurangnya di pihak Kementerian boleh diwujudkan beberapa sekolah angkat yang melaksanakan sistem ini secara berperingkat. Jika ianya mampu dilaksanakan dengan jayanya, barulah pelaksanaan secara holistik dibuat di seluruh negara. Ini tidak, dengan sistem aplikasi yang kurang mesra pengguna, ditambah pula sentiasa dan masih lagi tergendala, tekanan daripada PPD kepada pihak pengurusan sekolah, akhirnya bebanan itu diletakkan di atas bahu guru-guru yang memang sedia terbeban dengan bermacam lagi sistem aplikasi KPM yang masih setahun jagung. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? Sejauh mana SPPBS ini mampu untuk meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan? Di saat tekanan datang bertimpa-timpa, silibus yang ada perlu dihabiskan mengikut masanya, pelajar yang tidak hadir perlu dikejar segera, dengan sistem aplikasi yang tergendala entah sampai bila, akhirnya guru mengambil jalan keluar dengan mengisi prestasi pelajar secara semberono dalam sistem aplikasi, malahan ada juga yang terus memberi jawapan skema kepada pelajar bagi membolehkan mereka memperoleh band minimum yang telah ditetapkan. Habis cerita. Adakah ini kualiti sistem pendidikan yang kita mahukan? Jika guru sendiri kencing berdiri, masakan pelik jika murid kencing berlari?

3. Adakah sebarang penerangan yang dibuat secara meluas bagi pelaksanaan sistem ini kepada semua pihak?

Dewasa ini sudah banyak rancangan talkshow yang dipaparkan oleh kebanyakan stesen tv, yang sentiasa mengundang pelbagai jenis menteri, membincangkan isu sana dan sini. Namun, isu pendidikan ini sering dianggap terlalu ‘skema’ untuk dibincangkan di kaca tv, berbanding isu yang boleh memberi rating yang tinggi. Bukankah negara kita kini sedang giat berusaha menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia? Oleh itu, apakah salah untuk perbincangan ilmiah tentang keburukan dan kebaikan SPPBS ini diambil tahu oleh semua pihak? Setidak-tidaknya apabila berlaku masalah di kemudian hari, semua pihak sudah bersedia untuk menghadapi.

Kita sudah penat dengan polisi yang berbeza mengikut menteri yang berbeza. Ya, masing-masing mahu berjasa. Tapi seandainya ketiga-tiga ciri di atas dapat dipenuhi sebelum dilaksana sesuatu polisi, maka rakyat di peringkat bawahan akan terima dengan besar hati.

Artikel ini bukan bertujuan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, cukuplah ianya membuatkan kita berfikir sejenak tentang betapa pentingnya sistem pendidikan ini kepada negara kesayangan kita Malaysia.

*Penulis merupakan ahli Gabungan Profesional Johor

Pemuda PR Johor Sepakat Sokong Anwar Calon PRK Kajang

Posted by Unknown on 18 Februari 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


KENYATAAN MEDIA 1
PEMUDA PR JOHOR SOKONG ANWAR CALON PRK KAJANG
17 FEBRUARI 2014

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

MAJLIS Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat pada 17 Februari 2014 iaitu semalam berpendirian untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada bakal calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Kajang akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dengan rasminya telah mengumumkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014 dan 19 Mac telah ditetapkan sebagai tarikh pengundian awal.Sehubungan itu, kami menggesa para Pemuda memberikan sokongan dan akan turun berkempen menjelang PRK itu nanti.

Selain itu, Pemuda PR turut menegaskan bahawa isu kenaikan harga barang yang menjadi kemelut pada rakyat wajar ditangani dengan segera. Oleh yang demikian, kami tegas ingin menyatakan bahawa road Show TURUN yang dijangka diadakan Mei depan akan dijayakan sepenuh kudrat dan tenaga kami. Malah, kami akan mengerahkan sekelian Pemuda Johor khasnya untuk bersama memberikan sokongan bagi tujuan tersebut.

Sekian, terima.kasih
Yang benar,

Sdr Mohd Faizul Bin Mohd Salleh – Ketua Pemuda PAS Negeri Johor
Sdr Khairil Bin Adnan – Ketua AMK Negeri Johor
YB Tan Hong Pin – Ketua DAPSY Negeri Johor

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini