Angkara Ghani, BN Akan Hilang Johor?
Posted by Unknown on 10 November 2012 | 1 komen pembaca
Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.
Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.
Dia kata dia telah letih kerana terpaksa lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.
Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tidak mendapat habuan politik.
Memang kasihan sungguh MB ini.
Sehubungan itu, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).
Atau dengan kata lain di hati rakyat hanya BN bukan Pakatan Rakyat yang buat janji kosong itu.
Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010, Shafie Apdal meluahkan perasaan tidak senang hati dengan perkembangan politik di negari kubu kuat Umno itu.
Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.
Perkara ini telah dinyatakan Ghani yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, yang rata-rata akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, termasuklah pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya.
Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen daripada 26 keseluruhannya di negeri itu kedudukannya kini boleh dikatakan tidak selamat.
Ada orang Umno sendiri yang kata, padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation (JCorp) yang mengalami kerugian besar.
JCorp yang dibina oleh Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan kewangan sedikit pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.
Sejak Ali Hashim berhenti dari JCorp, Ghani dikatakan telah 'menjahanamkan' perjalanan JCorp dengan membawa masuk beberapa orang luar, individu yang belum tahu apa itu bisnes dan tidak mahir mengendalikan JCorp dan anak-anak syarikatnya.
Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan JCorp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.
Siapa yang tidak marah.
Bagaimana perasaan insan ini saperti Kamaruzaman, Jamal dan Ahmad Mohamad.
Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Lim Kang Hoo “superman”, tauke Danga Bay dan sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ aset JCorp yang amat berharga saperti KFC Holdings dan QSR.
Hasilnya, tanah-tanah komersil dan akhirnya estet-estet yang dimiliki oleh Kulim Sdn Bhd.
Sesetengahnya berkata, jika umur panjang, tulislah dalam buku diari masing masing apa yang berlaku dalam masa lima tahun itu, semua harta-harta ini akan habis.
JCorp kini mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang JCorp menjadi RM 5.5 billion melalui anak-anak syarikatnya yang makin bermasalah.
Sebab itu Tan Sri Ali Hashim amat marah sekali, malangnya komennya tidak disiarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah disenarai hitamkan.
Ternyata Johor kini berdepan dengan situasi sulit mengekalkan statusnya sebagai 'tiang seri Umno' kerana tsunami politik fasa kedua bakal membadai negeri itu lebih dahsyat dari pilihanraya umum lalu.
Sumber : Warga Marhaen
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Rakyat Johor sudah tahu akan perjalanan permainan kotor kebanyakkan ahli umno terutama yg mahukan dan kekalkan jawatan, pemilihan walaupun ianya dikatakan tranformasi itu telah dicemar oleh pemilihan yg tidak mengikut cara dan dasar pemilihan yg betul dan perkara ini berlaku sehingga ke akar umbi. tidak mustahil umno akan kalah kerana sikap orang2 didalam umno itu sendiri. malang dan sedih sekali.