BlogList Malaysia

Selatan Online

Skuad Banjir Amal Gelang Patah Terima Sumbangan Banjir Dari Kelab Pemilik Perodua Alza Johor

Posted by Unknown on 13 Disember 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SKUDAI – Sebanyak 18 buah kenderaan Perodua Alza dari Kelab Pemilik Perodua Alza cawangan Johor semalam telah berkonvoi untuk menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Sumbangan untuk mangsa banjir tersebut berupa beras, gula, susu, pampers bayi dan air mineral telah diserahkan oleh pengerusi kelab tersebut, Syed Ahmad Fairuz Abdullah kepada Pengarah Skuad banjir Amal Gelang Patah, Mohd Azam Mektar di PASTI Taman Pulai Indah, Skudai.

Menurut Syed Ahmad Fairuz, kelab ini bukanlah semata-mata sebuah kelab peminat kereta semata-mata tetapi turut peka terhadap isu-isu semasa seperti masalah banjir dan sebagainya.

“Hasrat untuk mengumpulkan sumbangan kepada mangsa banjir ini telah diberikan oleh Mantan Pengerusi kelas iaitu En. Kamrul. Pengumpulan barang telah dijalankan bermula hari jumaat yang lepas melibatkan ahli kelab sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Gelang Patah”

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Skuad Banjir Amal Gelang Patah kerana sudi membantu kami untuk menyalurkan bantuan kami ini kepada mangsa banjir di Kuantan nanti”, ujar beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah Skuad Banjir Amal Gelang Patah turut merakamkan ribuan terima kepada Kelab Pemilik Perodua Alza kerana menyahut seruan daripada Skuad Banjir Amal Gelang Patah yang dalam proses mengumpul barang keperluan harian untuk dihantar kepada mangsa banjir.

“Skuad Banjir Amal Gelang Patah bersama-sama Yayasan Amal Negeri Johor akan membawa sumbangan daripada ahli kelab ini kepada mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman”

“Rombongan kami akan bertolak ke Kuantan pada hari Jumaat ini iaitu 13 Disember 2013. Sumbangan daripada ahli kelab ini kita akan sampaikan terus kepada mangsa banjir”

“Sebelum ini, kita juga telah mengerakkan tenaga ahli Skuad Banjir Amal Gelang untuk mengutip sumbangan kilat di beberapa buah masjid sekitar Skudai dan sumbangan ini juga akan kita bawa ke Kuantan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir disana”, jelas beliau lagi.

Isu Cuti Jumaat: ADUN Skudai Difitnah

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Nama Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dipalit kontroversi apabila sebuah blog mengaitkannya sebagai individu bertanggungjawab dalam isu ‘Cina Johor arah Melayu ubah solat Jumaat kepada Solat Ahad’.

Blog tersebut mengaitkan nama Cheng Hau kononnya turut memberi arahan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mengambil kira pandangan rakyat Cina Johor dan sektor swasta berhubung pertukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu.

Beliau juga menyelar tindakan penulis blog berkenaan yang menuduhnya dengan isu sensitif khususnya soal agama yang disifatkannya sebagai melampau.

“Benar saya ada memberi pandangan berhubung pertukaran cuti dengan niat untuk melancarkan perlaksanaannya bagaimanapun tidak sesekali menyentuh isu solat Jumaat, jauh sekali mencadangkan supaya ia ditukar kepada ‘Solat Ahad’.

“Sebelum ini saya memberi cadangan supaya pertukaran cuti hujung minggu di negeri ini diselaraskan kepada semua sektor termasuk swasta, namun tindakan mengaitkan saya dengan isu berkaitan agama Islam adalah fitnah melampau dan berniat jahat,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media, selepas tidak berpuas hati berikutan tindakan penulis blog itu memfitnahnya. Cheng Hau yang juga Adun Skudai memaklumkan hanya mengetahui fitnah yang mengaitkan dirinya di blog berkenaan yang turut disebarkan di media sosial melalui aplikasi ‘Whatsapp’ oleh seorang kenalan pada 6 Disember lalu.

“Ketika itu saya sedang berada di klinik, sejurus dimaklumkan saya terus membuka blog berkenaan saya kemudiannya mencetak artikel tersebut sebelum membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Universiti, selang empat hari kemudian.

“Apabila saya membaca keseluruhan kandungan artikel terbabit saya berasa amat tidak berpuas hati apabila penulisnya membuat fitnah terhadap saya berkaitan hal agama, malah gambar saya turut dimuat naik di dalam blog itu,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan pendapat Cheng Hau berhubung isu pertukaran cuti Jumaat dan Sabtu.

Katanya, penukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu dilihat akan memberi kesan kepada aspek ekonomi negeri ini khasnya pembangunan wilayah Iskandar yang sedang pesat membangun pada masa kini.

“Pendirian DAP Johor, kami akan tunggu dan lihat kesan ke atas pertukaran hari cuti minggu atas ekonomi Johor kerana negeri kita sedang bersaing dengan Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura dari segi pelaburan.

“Pelbagai urusan eksport dan import dijalankan memerlukan kerjasama daripada sektor kerajaan dan swasta seperti jabatan kastam dan eksais serta imigresen,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan yang dibuat Cheng Hau.

“Kita menemu bualnya dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian

Pemuda PAS Gelang Patah Minta Kaji Semula Penutupan Hentian Taman Sri Putri

Posted by Unknown on 25 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SKUDAI - Tindakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan bas ekspres dilarang untuk mengambil dan menurunkan penumpang di hentian Taman Sri Putri disifatkan sebagai terburu-buru dan tidak mengambil pandangan orang awam.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Mohd Taufik Rizal, hentian Taman Sri Putri adalah satu hentian yang sangat penting terutamanya kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, penduduk Skudai dan kawasan sekitarnya.

" Hentian ini adalah hentian yang paling hampir dan dekat untuk mahasiswa dan mahasiswi UTM untuk mengambil bas ke mana-mana destinasi. Tindakan menutup hentian ini sudah tentu akan mengundang masalah kepada mereka"


" Pemuda PAS juga merasakan bahawa hentian Larkin Sentral adalah sangat jauh kepada mereka. Keselamatan mereka juga tidak terjamin untuk pergi kesana", ujar beliau lagi.

Beliau juga menyeru pihak berkuasa agar mengkaji semula arahan ini supaya menguntung semua pihak.

" Sekiranya pihak berkuasa berkeras untuk menutup hentian ini, mereka seharusnya memikirkan alternatif terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM sama ada memohon kepada pihak UTM agar bas ekspress dibenarkan masuk ke dalan UTM untuk mengambil penumpang"

" Kami cadangkan agar terminal bas bersebelahan Pasar Taman Universiti dijadikan terminal bas ekspress untuk mengantikan hentian Taman Sri Putri. Ini penting agar penguna lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bas", jelas beliau lagi

Pemuda PAS Johor Sambut Baik Cuti Hari Jumaat

Posted by Unknown on 23 November 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor - Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang telah mengembalikan semula cuti mingguan bagi negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014 yang telah diumumkan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-55 di Muar.

Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Negeri Johor turut merakamkan ucapan tahniah buat rakyat Johor yang akan menikmati cuti hujung minggu pada hari jumaat. Semoga cuti hari jumaat yang di umumkan oleh kebawah Duli Tuanku Sultan ini akan memberikan keselesaan kepada umat Islam khususnya untuk menunaikan solat jumaat.

Dewan Pemuda juga mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua yang telah berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri Johor pada hari jumaat setelah di tukar oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1994 yang lalu.

Semoga negeri Johor yang kita cintai ini akan terus maju dan diberkati Allah sepanjang masa.

Faizul Salleh
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor

Wakil Johor Persoal Siapa Sebenarnya Pengerusi Pakatan Rakyat?

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SHAH ALAM: Perwakilan Johor, Firdaus Masood mengingatkan agar insiden yang berlaku dalam proses pemilihan PAS Pusat semalam tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS beliau berkata, walaupun insiden semalam telah mencalarkan imej PAS Pusat bagaimanapun para perwakilan menerima permohonan maaf daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat yang diketuai Asmuni Awi.

"Perwakilan menerima permohonan maaf jawatankuasa pemilih tadi, tetapi berharap insiden ini tidak seharusnya berlaku.

"Rakyat lihat bagaimana hendak ambil alih Putrajaya tetapi SPR kita sendiri yang dipersoalkan, kita hentam SPR tetapi SPR kita sendiri buat hal," katanya di hadapan kira-kira 1,200 perwakilan yang hadir di Stadium Malawati, di sini.

Dalam ucapan itu juga beliau menggesa agar pendaftaran Pakatan Rakyat disegerakan bagi.memudahkan untuk Pakatan Rakyat menjadi kerajaan selepas PRU14 nanti.

Firdaus juga meminta PAS Pusat menjelaskan siapa Pengerusi Pakatan Rakyat sebenarnya sama ada PAS, PKR atau DAP.

Sumber: Harakahdaily

Cuti Jumaat: PAS Johor Junjung Kasih Titah Sultan Johor

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SHAH ALAM: PAS Johor di Muktamar Tahunan PAS Ke-59 hari ini menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas titah Sultan Johor yang mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengemukakan usul tergempar tersebut.

Berikut merupakan usul penuh yang dikemukakan beliau:

"PAS Negeri Johor ingin mencadangkan usul tergempar dalam Muktamar PAS Kali Ke-59 pada pagi ini.

"PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55.

"Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014.

"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.

"Sebagai tanda sokongan kita minta semua perwakilan dan pemerhati untuk berdiri," katanya.

Sejurus usul dibacakan, para perwakilan bangun dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai menandakan sokongan dan menjunjung kasih kepada Sultan Johor.

Sumber: Harakahdaily

Perkhidmatan Pengangkutan Awam Johor Teruk - ADUN Senai

Posted by Unknown on 20 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


"Saya berasa hairan bukan sahaja kerana Johor mempunyai sebanyak 1,312,016 buah kereta berdaftar di JPJ, tetapi Johor mempunyai paling banyak motosikal di seluruh negara, berjumlah 1,574,475.

Benarkah rakyat Johor semakin kaya sehingga mampu untuk membeli lebih banyak kenderaan persendirian? Jawapannya kerana perkhidmatan pengangkutan awam kita sangat teruk sampaikan setiap keluarga terpaksa mempunyai sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri."

Sumber: Selatan Online

Pemuda PAS Gelang Patah Bantah Jet Pejuang Singapura Terbang Rendah

Posted by Unknown on | 1 komen pembaca | Leave a comment...


Sejak 2 minggu kebelakangan ini, kerap kali penduduk tempatan sekitar Gelang Patah diganggu bunyi bising oleh pesawat pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan melakukan penerbangan rendah di ruang udara Malaysia. 

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor sebelum ini telah bertindak dengan membuat kenyataan media secara rasmi meminta pihak kerajaan Malaysia bertegas menangani isu ini namun tiada tindakan susulan dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menghentikan pengunaan ruang udara Malaysia oleh pesawat pejuang RSAF ini. Malah aktiviti ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bukan itu sahaja, keadaan ini menjadi semakin rungsing apabila terdapat  guru sekolah di sekitar Gelang Patah telah membuat satu laporan polis kerana masalah ini berlaku ketika pelajar-pelajar sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pesawat-pesawat ini dilihat telah terbang rendah dan mengganggu fokus pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan yang sangat penting ini. 

Jika negara luar seperti Korea Selatan mengarahkan segala aktiviti masyarakat ditunda, perjalanan penerbangan dan keretapi ditangguhkan. Semata-mata untuk membolehkan peperiksaan besar dijalankan dengan lancar dan tumpuan pelajar-pelajar tidak terganggu, kerajaan Malaysia juga harus melakukan sesuatu untuk memastikan gangguan yang tidak sepatutnya seperti pesawat luar negara terbang rendah ini berlaku.

Rentetan daripada masalah ini, Dewan Pemuda PAS Gelang Patah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.23 pagi ini. Di dalam laporan polis itu kami berpendapat bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia perlu memberikan penjelasan yang kukuh terhadap insiden yang berlaku ini kepada penduduk serta mendesak pihak ketenteraan Singapura agar menghentikan penerbangan pesawat pejuang RSAF di ruang udara Malaysia serta merta. Pihak kerajaan haruslah memandang secara serius berkenaan isu ini.

Selain itu, kami juga ingin mempersoalkan berkenaan penerbangan yang dilakukan oleh pesawat pejuang RSAF ini sama ada ia mengikut prosedur yang ditetapkan ataupun tidak kerana tindakan tentera udara Singapura ini yang melakukan penerbangan rendah telah menganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan Gelang Patah.

Sekiranya bantahan diplomatik tidak diambil endah oleh kerajaan Singapura. Perlu ada tindakan yang lebih tuntas dan tegas dari kerajaan Malaysia. Ini bukan sekadar melibatkan ketenteraman penduduk disekitar Johor terutamanya di Nusajaya sahaja. Isu ini juga melibatkan kedaulatan negara serta masa depan rakyat Malaysia.

Yang Benar,

MOHD TAUFIK RIZAL BIN MOHD SAID
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS GELANG PATAH

Wajarkah Cuti Mingguan Johor Ditukar Ke Jumaat?

Posted by Unknown on 15 November 2013 | 27 komen pembaca | Leave a comment...

Bicara Kolumnis: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Tiba-tiba, Johor mencetuskan satu lagi fenomena yang diperbincangan dengan begitu meluas dalam media baru apabila terdapat ura-ura kerajaan Johor akan menukarkan kembali cuti daripada hari Ahad ke hari Jumaat.

Ura-ura yang pada awalnya tidak begitu mendapat perhatian bertukar wajah apabila ‘bukti’ surat yang kononnya daripada sumber dalaman telah mengesahkan bahawa Johor akan kembali bercuti pada hari Jumaat.

Tulisan ini bukannya berhasrat untuk mengesahkan atau menafikan sama ada Johor akan tukar cuti hujung minggunya namun tulisan ini ingin mengajak para pembaca melihat kenapa cuti Jumaat di Johor menjadi perbincangan hangat.

PERTAMANYA, Johor adalah sebuah negeri yang menurut sejarahnya dikategorikan sebagai negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang turut melibatkan Trengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Manakala negeri-negeri Melayu Bersekutu melibatkan negeri Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Satu lagi satu lagi kategori disebut sebagai Negeri-negeri Selat yang terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dindings, Perak.

Sejak zaman pemerintahan British, hanya negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sahaja yang melaksanakan cuti pada hari Jumaat manakala negeri yang lain mengambil Ahad sebagai cuti hari minggu. Ia berterusan sehinggalah negara Merdeka pada tahun 1957.
Sebab itu, orang Johor sinonim dengan cuti pada hari Jumaat. Tetapi pada tahun 1993, kerajaan negeri Johor di bawah kepimpinan Muhyidin Yassin telah membuat keputusan bahawa bermula tahun 1994 negeri Johor telah bertindak menukar hari kelepas am mingguan kepada hari Ahad.

Apabila Malaya yang merdeka mengambil keputusan untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad, 5 bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka. Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat walaupun masih terdapat laporan bahawa terdapat syarikat swasta yang tidak melaksanaannya.

Usaha untuk menyeragamkan cuti pada hari Jumaat adalah satu usaha yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana beliau telah menulis di dalam buku Memoir Tun Dr Mahathir bahawa beliau semenangnya berhasrat sangat untuk menyeragamkan cuti di seluruh Malaysia pada hari Ahad.

“Bekerja pada hari orang bercuti di tempat-tempat lain di dunia yang semakin global ini adalah menyusahkan, tidak produktif dan pastinya, merugikan. Adalah jauh lebih baik bagi kita mengikut amalan biasa dunia.” kata Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir memahami bahawa hari Jumaat bukanlah hari rehat kerana dinyatakan bahawa 'sesudah selesai solat Jumaat' umat Islam hendaklah meneruskan kerja masing-masing. Itu kefahaman Tun sehingga beliau percaya Jumaat bukan hari umat Islam bercuti.

Firman Allah yang bermaksud,
"Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Jumu’ah: 9)

Kerana itu, Tun berkata bahawa walaupun beliau berjaya menyeragamkan waktu di Malaysia tetapi beliau hanya merealiasikan hari Ahad di Johor dan Perlis sebagai cuti hujung minggu manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu masih mengekalkan tradisi yang sedia ada.

Di Johor, cuti pada hari Ahad bermula pada tahun 1994 apabila kerajaan negeri Johor tahun sebelumnya di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Besar Johor telah bertindak merubah cuti am kepada hari Ahad.

KEDUANYA, benarkah Jumaat adalah hari cuti untuk umat Islam?

Jumaat sebenarnya bukanlah hari cuti seperti mana yang cuba dimaksudkan daripada konteks bercuti atau berehat. Cutinya hari Jumaat yang diimpikan oleh umat Islam bukanlah untuk berehat semata-mata seperti yang difahami oleh Dr Mahathir atau sebahagian daripada kita tetapi ia adalah sebagai hari yang paling sesuai untuk umat Islam memfokuskan diri mereka dengan ibadah wajib dan ibadah sunat. Itulah sebab hari Jumaat dipanggil hari Kebesaran Umat Islam, bertepatan dengan beberapa hujah di bawah.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa dia mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Kita adalah ummat yang akhir yang wujud di dunia ini dan ummat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk Syurga) pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan Al-Kitab daripada kita. Kemudiannya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada mereka (untuk mendekatkan diri kepada ALLAH), tetapi mereka berselisih padanya (tidak mahu menerimanya), lalu ALLAH memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut – iaitu Jumaat). Hari bagi Yahudi ialah esok (Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (Ahad).” (Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga" (Hadith Riwayat Muslim)

Kerana itu, umat Islam digalakkan untuk memaksimumkan hari Jumaat dengan pelbagai ibadah dengan ibadah sunat seperti yang dianjurkan oleh Islam seperti mandi pada pagi Jumaat dan memakai pakaian yang bersih serta memakai wangian.

Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksud sabdanya:“Setiap orang Muslim hendaklah mandi pada hari Jumaat, mengenakan pakaian yang terbaik dan kalau ada, hendaklah memakai harum-haruman.” (HR Ahmad, al-Bukhari & Muslim)

Apabila Jumaat adalah hari cuti am maka umat Islam dapat memberikan tumpuan kepada amalan ibadat mereka dengan baik dan berkualiti. Tidaklah seperti sekarang di Johor dan negeri-negeri yang hari Jumaatnya bekerja yang mana para kaum lelaki yang bekerja 'office hour' terpaksa membahagikan masa rehat untuk menguruskan anak-anak, waktu untuk makan tengahari dan waktu bersolat Jumaat sehingga menyebabkan penumpuan kepada khutbah dan amalan-amalan sunat yang lain terganggu.

Bayangkan pula bagaimana keadaan anak-anak yang paginya ke sekolah kebangsaan dan petangnya pula perlu menghadiri sekolah agama kerajaan negeri seperti di Johor. Tidakkah ia membebankan dan meletihkan sehingga hilang konsentrasi dalam memahami erti Jumaat yang sebenar?

KETIGANYA, apakah wajar cuti am ditukarkan kembali ke hari Jumaat?

Saya mengikuti perbincangan dalam pelbagai forum dalam media baru tentang isu ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju mengikut pandangan dan hujah masing-masing lebih-lebih lagi 'orang Johor' sudah serasi dengan cuti hari Ahad sejak 19 tahun yang lalu.

Organisasi yang dilihat lebih bersungguh-sungguh untuk mengembalikan cuti am ke hari hari Jumaat di Johor adalah PAS kerana PAS memandang Jumaat bukan daripada sudut 'bercuti untuk rehat' tetapi 'bercuti untuk ibadah'. YB Ustaz Abdullah bin Hussin, Adun Puteri Wangsa dalam kenyataan awalnya selepas menang pada bulan Mei yang lalu telah berjanji akan membawa perkara ini ke dalam sidang Dun Johor.

Sebab itu, PAS Johor melalui kenyataan Timbalan Pesuruhjayanya sdr Mazlan Aliman menyambut baik ura-ura yang mengatakan bahawa telah ada keputusan untuk mengistiharkan cuti di Johor akan dikembalikan ke hari Jumaat.

Saya sudah pasti menyokong kerana saya membesar di Johor dan merasai bagaimana 'nikmat' bercuti pada hari Jumaat. Ia pastinya sangat berbeza dengan anak-anak ketika ini yang melalui hari Jumaat dengan waktu yang padat.

Mudah-mudahan ia bukanlah satu ura-ura sahaja selepas ini.

"Jumaat Penghulu Segala Hari"

Kaji Semula Jadikan Bahasa Inggeris Wajib Lulus SPM

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(NGO PENDIDIK),ingin ,melahirkan rasa kesal dan dukacita atas pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia agar matapelajaran Bahasa Inggeris akan menjadi syarat wajib lulus SPM menjelang 2016.Syarat baru ini sekaligus seolah- olah menafikan peranan Bahasa Kebangsaan yang menjadi ‘akar jiwa bangsa’ sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kami berpendirian bahawa Matapelajaran Bahasa Inggeris tidak sewajarnya dijadikan ‘penanda aras’ bagi kemajuan anak- anak Malaysia sehingga menyebabkan ianya perlu menjadi ‘syarat wajib lulus’ dalam peperiksaan SPM..Dalam masa yang sama ,mata pelajaran Pendikan Islam tidak pula menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan bermula UPSR ,PMR dan SPM sebelum ini kepada pelajar yang beragama Islam.

Tidakkah ini menafikan ‘roh pendidikan’ agama dalam jiwa 5 juta orang pelajar yang berada dalam arus perdana pendidikan di saat gejala sosial semakin meruncing dan masalah semakin membarah dalam masyarakat?.Bukankah adalah lebih baik mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diberi penekanan terhadap pelajar dalam usaha melahirkan modal insane gemilang?

Kami juga ingin menarik perhatian bahawa syarat kemasukan di universiti atau IPTA, telah disyaratkan agar peperiksaan MUET telah diiktiraf sebagai kelayakan khusus untuk diterima mengikuti pengajian di IPTA atau IPTS selain subjek Bahasa Inggeris itu sendiri di universiti .

Pengumuman syarat baru Bahasa Inggeris menjadi syarat lulus dalam peperiksaan SPM dalam Pelancaran Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia ( 2013- 2025) yang dilancarkan baru – baru ini ,dibimbangi akan mengulangi kesilapan Dasar PPSMI yang telah merugikan wang negara lebih dari RM 5 billion ringgit.

Kami juga berasa kecewa kerana selain tidak mendapat kelulusan Kabinet di Parlimen Malaysia,tiada satupun ‘sekolah perintis’ diwujudkan untuk mengkaji sesuatu keberkesanan pelaksaanan dasar seperti ini dalam soal pendidikan masa depan anak bangsa.
Kami bukan menolak kemajuan, sekaligus tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu , tetapi mensyaratkan agar matapelajaran Bahasa Inggeris akan menjadi syarat wajib lulus SPM menjelang 2016 adalah tidak wajar kerana dasar wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM tidak menepati matlamat memperkukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Yang paling membimbangkan kami adalah tindakan terburu- buru bermula 2016 ini seolah- olah ada ‘agenda projek tersembunyi ’untuk mengaut keuntungan melalui perbekalan tender kepada mana – mana individu syarikat tertentu yang berselindung di sebalik retorik pelaksanaan atas dasar kononnya ‘demi masa depan pendidikan negara ‘ .

Cukuplah Dasar PPSMI yang tidak konsisten dan bercelaru hinggakan pelajar dan guru menjadi ‘eksperimen’hingga merugikan dan mengorbankan masa depan anak bangsa.Implikasinya, terdapat jurang perbezaan ketara antara pelajar bandar dengan di luar bandar atau pendalaman .Masalah semakin meruncing dengan tiadanya kemudahan prasarana seperti akses internet dan perbekalan elektrik di kawasan luar bandar walaupun pebagai teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)berasaskan ICT disediakan.

Kami ingin mendesak agar harus dikaji secara menyeluruh dan holistik sejauhmana kesediaan guru dan pelajar juga prasarana pendidikan dalam membuat keputusan terbaru ini kerana mereka adalah ‘pelaksana dasar ‘ yang akan melaksanakan apa jua keputusan dari kerajaan .

Jangan mereka yang duduk di ‘kerusi empuk pejabat’hanya tahu membuat keputusan terburu- buru tanpa turun meninjau permasalahan golongan pelaksana dasar ini .Yang akan menjadi mangsa adalah guru dan pelajar serta pentadbir sekolah yang pastinya ‘akan terbeban’ dengan dasar yang tidak diteliti sebelum dilaksanakan pada tahun 2016.

Semoga memorandum ini mendapat pertimbangan sewajarnya demi kelangsungan masa depan pendidikan anak bangsa yang bakal menjadi pewaris kepimpinan masa hadapan.

Hormat Daripada:
Pn. Normala Bt. Sudirman
Presiden
Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK)

Suhaizan dan Kamaruzzaman Penerus Perjuangan Pemuda PAS

Posted by Unknown on 13 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Bicara Kolumnis: Khairul Faizi Ahmad Kamil

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Gambar yang saya posting ini adalah potret dua orang sahabat saya dalam Pemuda PAS. Gambar ini saya abadikan semasa mesyuarat terakhir Dewan Pemuda PAS Malaysia di Rantau Panjang baru-baru ini.

Kami berlima (termasuklah sdr Adram Musa dan YB Ustaz Baihaki) adalah RAKAN SEBAYA dan kami menyertai DPPM pada tahun 2005 melainkan Ustaz Baihaki dua tahun selepas itu. Suhaizan saya kenali sejak di UTMKL manakala Kamaruzaman pula apabila mula melibatkan diri dengan aktiviti Pemuda PAS di peringkat Pusat.

Dulu kami adalah 'backdrop team' semasa Zaman Haji Salahudin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Mazlan Aliman, Sabki Yusuf dan lain-lain memimpin Pemuda PAS. Di mana ada sidang media, laporan polis, serahan memorandum maka kami lah yang akan berperanan sebagai 'backdrop' untuk menceriakan suasana.

Di penghujung sesi ini, dengan peraturan baru berkaitan tentang usia Pemuda maka kami yang bertiga lagi dengan segala hormatnya telah dipersilakan untuk melangkah keluar daripada DPPM melainkan Suhaizan dan Kamaruzaman yang tersenarai untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.

Sacara umumnya, saya melihat kedua-dua sahabat saya ini adalah mereka yang berkemampuan untuk mengemudi DPPM pada sesi yang akan datang walaupun masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. 

Kedua-duanya mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, Suhaizan dengan Sarjana Sains Komputer manakala Kamaruzaman dengan Sarjana Pengurusan. Mengenali perjuangan sejak di Universiti dan terlibat dengan gerakan mahasiswa. Kedua-duanya pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Negeri (Suhaizan di UTM, Kamaruzaman di UPM).

Kedua-duanya 'pakar' menghimpunkan rakyat dengan pelbagai himpunan di Lembah Klang seperti PPSMI, GMI dan BERSIH. Jika tanya SB, hampir pasti SB sudah 'marking' muka kedua-dua Pemuda ini jika ada ura-ura himpunan aman akan diadakan di sekitar KL.

Bila bertanding jawatan tertinggi maka adakalanya ia akan mengundang rasa hati dan perasaan gundah gulana lebih-lebih lagi akan ada pihak luar yang meng'ajinamoto'kan sesuatu peristiwa.

Hadapi dengan tenang dan letakkan pergantungan kepada Allah kerana apa yang kalian berdua lakukan adalah untuk mendapat Keredhaan daripadaNya dan bagi meneruskan perjuangan Pemuda PAS. Mudah-mudahan ia tidak menghakis ukhwah Islamiah di antara keduanya.

Wassalam.

Cikgu Mala: Izinkan Saya Meriahkan Pemilihan Muktamar PAS

Posted by Unknown on 12 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...



Salam ukhuwwah dan dalam perjuangan..
Muktamar PAS kali ini pasti bakal 'melakar sejarah' buat diri saya dan semua penggerak organisasi PAS diseluruh negara.
1.Jawatan dalam parti adalah suatu amanah.Bukan untuk dibanggakan atau direbut atas kepentingan peribadi.Di dalam PAS ,ahli ditarbiyyah agar kita jangan meminta jawatan tetapi sekiranya diberi amanah ,ahli akan cuba melaksanakan amanah yang terbaik. Di dalam organisasi PAS,jawatan tidak datang dengan cara diminta. Ia akan datang jika ada pencalonan dari perwakilan kawasan atau perwakilan dari negeri- negeri.
Bagi semua pimpinan atau penggerak parti,pencalonan untuk memegang portfolio parti merupakan suatu pengiktirafan,harapan juga kepercayaan ahli di akar umbi sepanjang menongkah arus perjuangan .
Bagi saya, srikandi pejuang muslimat di Negeri Johor yang masih banyak kekurangan dan kelemahan, pencalonan untuk memegang portfolio dalam parti ,merupakan suatu harapan amanah yang perlu dihargai.Pastinya, untuk menerima pencalonan tersebut ,saya biasanya akan melakukan Solat Istikharah sebelum membuat keputusan selain meminta pandangan suami,ahli keluarga dan sahabat seperjuangan. Ini semua ,atas kesedaran bahawa ,jawatan yang bakal digalas beserta suatu amanah yang perlu dilaksanakan secara terbaik atas kepercayaan ahli ,bukan suatu perkara yang perlu dipandang remeh.
2. Saya yang sentiasa beriltizam untuk ' menginfakkan diri 'dan ingin ' mewakafkan diri ' dalam perjuangan dan pastinya tidak mudah memegang portfolio parti jika saya rasakan tidak mampu atau belum bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik. Apa yang penting hasrat untuk merealisasikan saranan 'Fastabiqul Khairat' iaitu 'berlumba- lumba membuat kebajikan' dalam apa jua situasi dan apa jua keadaan tidak kira berjawatan atau tidak atau dari sudut mana peranan kita berada.
3. Pencalonan kepada seorang muslimat dari negeri Johor yang berjuang dari selatan tanah air yang juga menjadi stigma berjuang 'di kubu kuat UMNO' adalah suatu penghargaan kepercayaan untuk menggalas amanah yang saya terima dengan penuh rasa terharu dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
4. Kalah atau menang bukan soalnya, tetapi saya tetap berazam untuk memberikan sumbangan,jiwa raga dan tenaga,idea ,masa dan jua perasaan demi kelangsungan perjuangan yang suci sama ada berjawatan atau tidak, walau di mana posisi saya berada sekalipun sebagai ahli parti..
5.Justeru ,dengan lafaz Bismillah..saya telah membuat keputusan sebelum tarikh 8 November lalu untuk menerima dua pencalonan berikut iaitu : 1. AJK PAS Pusat ( Sesi 2013-1015). 2.AJK Dewan Muslimat Pas Pusat (Sesi 2013- 1015). Semoga niat suci untuk terus berjuang membawa obor perjuangan yang suci ada nilaianNYA di sisi Allah swt demi mencari keredhaan ILLAHI di dunia dan di akhirat..Akhir kata ,izinkan saya meriahkan pemilihan Muktamar Tahunan PAS Kali ke 59 kali ini.Restuilah saya

PAS Johor Sokong Ura-Ura Cuti Mingguan Jumaat

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Johor menyokong penuh ura-ura Kerajaan Negeri Johor untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai Januari 2014.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mazlan Aliman berkata, sejarah hitam cuti mingguan negeri di tukar dari Jumaat kepada Ahad dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu menjawat Menteri Besar sekitar tahun 1994 bagi kononnya meningkatkan ekonomi dan pelaburan asing ke Johor.

"Pertukaran cuti tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam Johor. Ia turut diulas melalui teks khutbah hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Johor. Bukan itu sahaja, wujud bantahan dan protes yang agak lama dari seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira idealogi politik," kata Mazlan dalam entri terbaru di laman facebooknya.

Beliau menambah, meskipun bantahan dan protes dilakukan rakyat, Muhyiddin dan Kerajaan Negeri Johor tetap berkeras.

Kesan pertukaran cuti mingguan itu, ujarnya mengakibatkan kesukaran kepada para pekerja beragama  Islam termasuk kakitangan kerajaan yang terpaksa bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat manakala pekerja sektor swasta berdepan kerenah sesetengah majikan yang enggan membenarkan mereka menunaikan solat Jumaat dengan pelbagai alasan termasuk menjejaskan produktiviti.

"Lebih memburukkan keadaan, para remaja telah mengambil peluang waktu solat Jumaat untuk lepak dan berpeleseran di kompleks membeli belah, kafe dan lokasi tertentu dan bukannya mengimarahkan Masjid untuk mendengar khutbah dan Solat Jumaat.  Ia meningkatkan gejala sosial dalam masyarakat," ujarnya.

Beliau berharap berita yang tersebar di kalangan rakyat itu menjadi kenyataan dan PAS Johor yakin dan percaya kemuliaan dan keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari; bakal memberi sinar baru dan keselesaan kepada rakyat dan ekonomi negeri terus berkembang.

"Bagi masyarakat nonmuslim, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ia adalah langkah mengembalikan semula cuti mingguan yang telah dipraktikkan sekian lama sebelum ini.

"Kehidupan rakyat berbagai kaum berjalan seperti biasa, meskipun berlaku perubahan cuti dan pindaan-pindaan tertentu dalam urusan pentadbiran dan ekonomi. Yang penting, persefahaman rakyat tidak akan terjejas sepertimana cuti mingguan yang diamalkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu," ujarnya.

sumber: Harakahdaily

PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat Di Johor

Posted by Unknown on 11 November 2013 | 12 komen pembaca | Leave a comment...


Sebagai mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), saya menyatakan sepenuh sokongan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha dan cadangan mengembalikan cuti hujung minggu daripada hari Ahad ke hari Jumaat di Johor.

Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994. Namun setelah 19 tahun dilaksanakan, kerajaan menyedari akan kepincangan sebuah masyarakat Islam yang tidak menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu dari sudut perlaksanaan agama dan sosioekonomi.

Islam sangat mengiktiraf kelebihan hari Jumaat sebagai Penghulu Hari. Dari sudut ganjaran amalan pada hari tersebut adalah sangat besar. Perlaksanaan cuti pada hari tersebut akan membolehkan umat Islam dapat berlumba untuk mengejar ganjaran sebagaimana yang dijanjikan oleh Islam melalui Rasulullah SAW.

Ketegasan kerajaan negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah mengekalkan cuti hari Jumaat 19 tahun yang lalu adalah satu langkah yang sangat tepat dan keputusan Kelantan yang akhirnya diikuti seluruh Malaysia iaitu menjadikan cuti separuh hari Sabtu kepada cuti penuh adalah sesuatu yang cemerlang.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan melaksanakan solat Jumaat, banyak kesukaran yang terpaksa dilalui kerana mengejar masa yang sangat singkat. Terpaksa berkejar dan bersesak di atas jalanraya untuk pergi dan kembali dari masjid akan menyebabkan tiada kekhusyukan dan ketenangan dalam melakukan amal ibadat. Apatah lagi kami yang bekerja dalam bidang perubatan ini yang terpaksa melakukan pembedahan elektif (pembedahan bukan kecemasan) pada hari tersebut selalu sahaja terlepas untuk menunaikan kefardhuan solat Jumaat atau terpaksa menunaikannya diakhir waktu dengan tergesa-gesa dan tidak tenteram.

Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan ibubapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ini membolehkan mereka menunaikan kewajiban di bawah pemerhatian ibu-bapa serta mendapatkan maklumat khutbah yang disampaikan. Jiwa mereka boleh dibentuk melalui isi khutbah dan akhirnya gejala sosial dan jenayah yang sangat meruncing pada hari ini dapat dikawal dengan izin Allah.

Cadangan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat yang dilakukan bersempena Tahun Baru 1435 Hijrah ini sudah tentu akan mencatat sejarah dan selari dengan semangat hijrah itu sendiri agar kita berubah demi kebaikan rakyat, negeri dan negara. Cadangan cuti ini sangat memberikan manfaat kepada lebih 2 juta masyarakat Islam di negeri ini.

PAPISMA menganggap ini sebagai bukti bahawa kepimpinan kerajaan sangat prihatin terhadap kepentingan Islam meskipun belum dapat melaksanakan Hukum Syariat sebagaimana negara jiran, Brunei Darussalam, namun langkah positif ini sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam negeri Johor.

Papisma juga mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah terhadap DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tunku Mahmud Iskandar, raja dan yang dipertuan negeri Johor yang dengan izin Allah memperkenan cadangan pengembalian cuti Jumaat yang berkat ini.


Awisul Islah bin Ghazali
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

PM Dan Peguam Negara Tidak Serius Tangani Isu PKFZ?

Posted by Unknown on | 1 komen pembaca | Leave a comment...

Sehingga catatan ini dibuat, masih belum lagi kedengaran kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia atau mana-mana pemimpin kerajaan (kecuali Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi) terhadap keputusan mahkamah membebaskan Mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini dituduh menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dr Ling dibebaskan pada 25 Oktober 2013 lalu apabila mahkamah mendapati beliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.

Tuduhan ke atas beliau cukup berat iaitu beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Malang lagi buat rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kes ini sejak siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang ditubuhkan untuk menyiasat isu PKFZ apabila Peguam Negara (AG) mengambil sikap untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Dr Ling sehingga tarikh tutup rayuan telah berakhir pada 8 November 2013.

Ia semenangnya keputusan 'malang yang berbau' untuk rakyat Malaysia kerana AG dan Jabatan Peguam Negara (JPN) yang seakan tidak ambil pusing dengan salah urus dalam pentadbiran PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion.

Intelek Malaysia mendesak agar AG perlu menjelaskan kenapa JPN tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah ini. Adakah kerana ianya melibatkan mantan seorang Menteri daripada Parti Pemerintah maka JPN merasakan 'redha' dengan keputusan mahkamah?

Adakah isu PKFZ ini sengaja ingin dikuburkan? Apa yang pasti, ketirisan telah berlaku dalam isu PKFZ dan ketirisan itu dilakukan oleh manusia yang tidak berintegriti dalam menjalankan amanah.

Sikap acuh tak acuh Perdana Menteri dan jamaah Menteri juga akan menebalkan lagi kepercayaan rakyat bahawa Transformasi yang dilaung-laungkan oleh PM adalah retorik semata-mata.

Rakyat sedang menunggu penjelasan Peguam Negara di atas keputusan tidak membuat rayuan dan tindakan lanjut daripada Perdana Menteri berhubung isu kerugian PKFZ ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Presiden Intelek Malaysia
www.intelekmalaysia.org.

Muktamar Sebagai Medan Memperkukuhkan Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat

Posted by Unknown on 8 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

1. Saya diamanahkan untuk membahas tentang perkara yang berkaitan dengan Tahluf Siasi semasa Konvensyen PAS negeri Johor yang diadakan pada hari Ahad yang lalu.

2. Saya telah membentangkan tentang sejarah tahluf siasi yang pernah dilalui oleh PAS Johor sejak ditubuhkan pada 19 Mac 1954. Sepanjang tempoh ini, ada kalanya PAS dilihat tidak mendapat kelebihan dan ada kalanya ia menguntungkan.

3. Apabila PAS menyertai Parti Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu UMNO di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit dan untuk mengekalkan kuasa Melayu PAS telah bersetuju untuk menjadi anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974.

4. Dek kerana Johor adalah kubu UMNO maka PAS Johor tidak meletakkan calon dalam PRU ke 4 iaitu pada tahun 1974 di atas pemuafakatan politik pada ketika itu dan BN terus menguasai pentas politik dan Pilihan Raya di Johor. Keputusan PAS Johor untuk tidak meletakkan calon telah menyebabkan beberapa ahli PAS mengistiharkan diri bertanding sebagai calon bebas.

5. Apabila PAS ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978, barulah PAS Johor kembali mengorak langkah menyertai Pilihanraya dengan bertanding menentang BN di 23 kerusi Dun dan 12 kerusi Parlimen di seluruh Johor.

6. Perpecahan UMNO pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Parti Melayu semangat 46 (S46) memberikan kelebihan kepada PAS secara keseluruhannya sehingga terbentuknya kerajaan APU di Kelantan yang masih utuh sehingga kini namun ia bukanlah khabar gembira untuk PAS Johor. Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan partai pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat.

7. PAS Johor sekali lagi ‘mendapat nasib malang’ PAS Johor hanya dibenarkan untuk meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau, Rengit dan Benut kerana ia disebabkan keputusan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

8. Walaupun peratusan sokongan kepada PAS melepasi 30% di setiap kerusi yang ditandingi namun ia telah mengurangkan pengaruh PAS di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Johor. PAS berterusan mengalami nasib yang sama apabila menghadapi PRU ke 9 dengan jumlah kerusi yang sedikit.

9. Namun, ia berbeza dengan situasi tahluf siasi apabila PAS bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN), DAP dan PRM pada tahun 1998 setelah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

10. Kerjasama di gabungan Barisan Alternatif ini telah memberikan ruang kepada PAS untuk bertanding lebih daripada 20 kerusi DUN dan Parlimen manakala pada tahun 2004 PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan teknikal BN. PAS berjaya mendapat sokongan sebanyak 18.3% undi keseluruhannya kerusi yang telah ditandingi.

11. Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang diadakan pada tahun 2008 memberikan ruang untuk PAS bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi DUN. PAS buat pertama kalinya telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

12. Pada Pilihan Raya Umum ke 13, PAS Johor telah bertanding 30 kerusi DUN dan 7 Parlimen tetapi kali ini PAS Johor telah mendapat keputusan yang terbaik dalam sejarah PAS di Johor apabila berjaya menang 4 kerusi DUN dan meningkatkan sokongan kepada 42% daripada jumlah kerusi yang ditandingi. PAS menang di Dun Putri Wangsa dan Dun Parit Yani serta mengekalkan kerusi Dun Maharani dan Dun Sungai Abong.

13. Apa yang dapat saya nyatakan di sini, PAS Johor telah mendapat banyak manfaat di atas keputusan permuafakatan politik ini walaupun pada dua permuafakatan awal telah memberikan kesan negatif kepada perkembangan PAS di Johor sehingga berlakunya perpecahan di dalam PAS.

14. PAS kawasan Kluang memperakui bahawa Tahluf Siasi PAS telah membantu kepada peningkatan sokongan pengundi kepada PAS di Dun Mahkota, Kluang. PAS Kluang telah mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah penubuhan PAS selama 30 tahun. Bermula dengan pengalaman 'hilang deposit' pada tahun 1986 sehinggalah mencatatkan sokongan 48.5% pengundi di Dun Mahkota.


15. Apa yang perlu ketika ini adalah penegasan terhadap Tahluf Siasi yang telah dibina sejak tahun 2008 itu diperkuatkan dan diperbaiki segala bentuk kelemahan. Diperakui bahawa terdapat beberapa kelemahan yang berlaku seperti pertindahan kerusi di beberapa tempat tetapi ia bukanlah satu perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan baik.

16. Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 22 – 24 November 2013 yang akan datang ini di Shah Alam adalah medan terbaik untuk PAS secara keseluruhannya memperhalusi segala bentuk kelemahan yang wujud sepanjang permuafakatan politik ini, mudah-mudahan pergabungan di dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih utuh untuk menumbangkan BN dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan berkebajikan untuk rakyat Malaysia.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang

8 November 2013.

www.khairulfaizi.com


Johor State Assembly Cannot Pass 2014 Budget in the Darkness

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...




Press Release at the press conference held at Johor State Assembly, Kota Iskandar, at midday 7 November 2013 by the Johor State Assembly Opposition Leader Dr. Boo Cheng Hau, together with PAS Parit Yaani State Assemblyman Aminolhuda Hassan, Jimmy Pua PKR Bukit Batu State Assemblyman and other PR State Assemblymen condemning Johor Barisan Nasional Government for its failure to table an audited 2012 Johor State Government Financial Report to the State Assembly at the commencement of the 2014 Budget sitting beginning 7 November 2013.

The Johor State Government has denied its people and State Assemblymen's right to make informed decision because it has failed to table the audited 2012 State Government Financial Report at the commencement of its 2014 budget sitting today.

This is my sixth year participating in the State Government budget debates, but this is the first time that Menteri Besar has failed to table an audited financial report of the State Government for the completed financial year of 2012 to the State Assembly for the purpose of tabling and debating the 2014 State Government Budget.

According to the Johor State Constitution Part II, Clause 38(4) provides that the proposed budget must show "the assets and liabilities of the State at the end of last completed financial year, the manner in which those assets are invested or held, and the general heads in respect of which those liabilities are outstanding".

Nonetheless, the Johor State 2014 Budget shows only the State Government's non-audited list of cash reserves and other assets such as revenues and trust funds without stating the liabilities of the state government as at 31 December 2012.

I have contacted the Speaker and State Assembly Secretary and understood that the Aduditor General's report and Auditor General's certification of the State Government's 2012 Financial Report was passed at parliament late and hence, it was not able to table it in time at the Johor State Assembly.

According to their understanding Part II Clause 38(4) of the State Constitution refers to the brief statement of the State Government's assets. Nonetheless, why the State Government's liabilities and debts were not stated in the 2014 Budget as required by the State Constitution?

As of a constitutional convention, an audited of the previous completed financial year-that is 2012 must be tabled for the budget debates in order for the State Assemblymen to participate in meaningful debates, and make wise and informed decisions on the 2014 budget.

As of now we are not able to review an audited accounts of the State Government of 2012, it is detrimental to the function of the State Assembly to check on the transparency of the State Government financial standings. It is the right to information not only by the State Assembly but also by the public.

Right now we are not able to have a clear picture of Johor State Government's 2012 liabilities and expenditure details, how could State Assemblymen make a wise and informed debates and decision on the 2014 Johor State Budget?

This has made the Johor State Asembly as a mere rubber stamp of the Johor State Government and shown disrespect to the people of Johor. The Johor State Government has set a bad precedent by denying the people's right to information.

It is expected that the audited Johor State Government 2012 Financial report will be tabled in next March's sitting for the supplemental budget. Nonetheless, the State Assembly is already denied the right to information in the first instances. The whole 2014 Budget debate will be carried out without transparency of the State Government accounts especially the worrying state of the State Government liabilities.

It is unthinkable that the Johor State Assembly has to pass the 2014 Budget in the darkness without knowing the true status of the latest financial standings of the state government. It creates unnecessary constitutional crisis as to whether a State Budget could be passed by the State Assembly in contravene to Part II Clause 38(4) of the Johor State Constitution.

柔佛州州议会在野党领袖巫程豪于2013年11月7日,于柔佛州州务大臣卡立诺丁提呈2014年柔佛州财政预算案后,于今天中午假柔佛州议会走廊,在伊斯兰党巴里亚尼州议员阿米诺胡达、公正党武吉巴都州议员潘维斯以及民联众议员的陪同下,召开记者会,炮轰日剖佛州政府在没有提呈2012年完整财务报告的情况下,让议会无法仔细辩论财政预算案,也拒绝了议员和公众的知情权。

我在柔佛州议会当了第六个年头的议员,但第一遭遇到州务大臣在提呈财政预算案时,少了提呈前一年也就是2012年州政府的完整财务报告。

柔佛州宪法第二部分第38(4)款项清楚地阐明,在提呈下一年的财政预算案时,而上一年的完整州政府财务报告(Penyata Kewangan),根据实际情况,必须列出州政府的资产和债务。

我和议长以及州议会秘书了解时,他们都认为2014 年财政预算案内,简略提出州政府的2012年资产和开销就可以了,但州宪法要求州政府提呈完整的前一年(2012年)的资产和债务,根据常理有关报告也不能草率,而必须由公共稽查司签准才行。

这是非常重要的宪法精神,我们不能让纳税者的血汗钱开支,如此轻易被掩人耳目,人民有绝对的知情权。政府财务开销必须持有高度透明度,至今我们无法准确的知道到底2012年12月31日止,柔佛州政府开支不符多少, 以及政府公债又是多少。

众多议员在不知道州政府去年政府开销和债务多少的情况下,被逼通过明年的财政预算案,这就犹如瞎子摸象,可说立下非常要不得的先例,州政府也等于在玩弄柔佛州子民的智慧,试图瞒天过海。

预计柔佛州政府要到了明年3 月份才提出2012年财务报告时,已经为时已晚,议员们和公众第一时间知情权,已经被剥夺了,整个辩论州政府财政预算案缺乏了透明度。令人担心的是,柔佛州政府的财务大不如前,而人民还被蒙在鼓里。

在我还没有提出有关问题时,已有友党的以议员同时觉察到缺了一份完整2012年州政府财务报告,也见证了民联议员们的警惕性,目的也是为了追根究底,还人民知情权。

根据我想有关方面探索,其中解析的理由是,公共稽查署延迟提交国会通过,造成州议会无法及时把详细的州政府2012年财务报告呈交州议会辩论。根据 如此推理,相信其他州属如果在近期召开州议会,也可能面对同样问题,州议会在对2012年州政府财务总结前,必须就辩论和通过2014年财政预算案。这显 然是黑箱作业,州议会必须被瞒着眼睛,投票通过财政预算案。

Bajet 2014 Johor Dipertikai

Posted by Unknown on 7 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

NUSAJAYA - Ucapan bajet 2014 Negeri Johor yang dibentangkan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pagi tadi dipertikaikan oleh kebanyakan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua Pembangkang yang juga merupakan ADUN Skudai, YB Dr Boo Cheng Hau, buat pertama kalinya pada sidang DUN kali ini, penyata kewangan tidak dikeluarkan sebelum pembentangan bajet dilakukan.

"Mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri, setiap kali persidangan bajet dilakukan, penyata kewangan kerajaan negeri haruslah dikelaurkan seminggu lebih awal. Namun pada hari ini, penyata kewangan 2013 masih lagi tidak dikeluar"



"Kerajaan negeri seharusnya mengeluarkan penyata kewangan tersebut dan seharusnya persidangan dewan untuk membahaskan bajet 2014 harus ditangguhkan sehinggalah penyata kewangan tersebut dikeluarkan", ujar beliau lagi.

ADUN Parit Yaani yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, YB Aminolhuda Hassan turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal mengeluarkan pernyata kewangan 2013 seminggu sebelum persidangan bajet 2014 ini.

Tindakan mempertikaikan ucapan bajet 2014 ini juga disokong oleh YB Jimmy Puah, ADUN Bukit Batu apabila beliau mempersoalkan sama ada persidangan bajet 2014 ini boleh diterima ataupun tidak kerana ia jelas melanggar peraturan apabila penyata kewangan 2013 tersebut gagal disediakan oleh kerajaan negeri seminggu sebelum persidangan DUN bajet 2014 kali ini.

Salahuddin Ayub Tarik Diri Jawatan Timbalan Presiden

Posted by Unknown on 6 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.

Menyatakan hal itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS pula, Salahuddin berkata beliau tidak mahu mengumumkannya namun telah menyerahkan keputusannya kepada jawatankuasa pemilihan parti.

"Saya juga telah meneliti dengan penuh keinsafan dan tanggung jawab dari pencalonan yg saya terima.

"Keputusan telah saya buat dan telah saya serahkan kepada jawatankuasa pemilihan parti," jelasnya.

"Sama ada saya menerima atau menolak untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS, tunggulah pengumuman daripada jawatankuasa pemilihan parti nanti," katanya.

Selain beliau, turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden PAS termasuklah Mohamad Sabu selaku penyandang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sumber: Harakahdaily

Teraju Baru Pemuda Dan Muslimat PAS Johor

Posted by Unknown on 28 Oktober 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT: Dewan Pemuda PAS Johor menerima peneraju baru apabila Faizul Mohd Salleh dipilih menjawat jawatan tersebut setelah Suhaizan Kayat mengundurkan diri atas faktor usia.

Faizul ialah Naib Ketua Pemuda PAS negeri sesi lalu.

Jawatan Timbalan Ketua kekal disandang Ustaz Azam Abd Razak manakala Saleh Tamyes dipilih sebagai Naib Ketua yang baru.

Muktamar pemilihan yang berlangsung di sebuah hotel dekat sini bertemakan 'Pemuda Tadasa' yang membawa maksud 'tarbiyah, dakwah dan siasah'.

Ia dirasmikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Mazlan ketika berucap banyak menyentuh isu dalaman parti, pengorbanan ahli dan keperluan Pemuda PAS mendepani dan memperjuangkan isu-isu negara.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS negeri yang bermuktamar 26 Oktober lalu turut menerima teraju baru, Nor Hayati Bachok apabila penyandang jawatan, Atiah Ahmad mengundur diri.

Dewan Ulamak PAS Johor pula akan bermuktamar pada 2 November ini yang bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Generasi Muda PAS Perlu Pelajari Sirah PAS

Posted by Unknown on 30 September 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

GELANG PATAH- Generasi muda didalam PAS diingatkan supaya mepelajari dan mendalami sirah perjuangan PAS. Saranan itu dibuat oleh Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Gelang Patah semalam.

Menurut beliau, dengan mendalami dan mengetahui sirah perjuangan PAS ini, generasi muda PAS akan mengetahui bagaimana perjalanan PAS sejak ia ditubuhkan sehinggalah ke hari ini.

"Pemimpin PAS yang ada ketika ini sama ada suka ataupun tidak pasti akan pergi meninggalkan PAS dan perjuangan PAS ini akan disambung oleh generasi baru"

"Oleh itu, sewajarnya bagi generasi muda didalam PAS ini menekuni sirah perjuangan PAS bagi mereka melihat kembali bagaimana perjalanan PAS semenjak ia ditubuhkankan sehingga ke hari ini ", jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, dengan mengetahui sirah perjuangan PAS ini, generasi muda PAS akan dapat mengambil pelbagai iktibar daripada apa yang telah berlaku didalam PAS. Generasi muda PAS juga tidak akan cepat melatah apabila menghadapi isu dengan mengetahui sirah perjuangan PAS ini.

PAS Gelang Patah Calonkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Sebagai Timbalan Presiden PAS

Posted by Unknown on 29 September 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

GELANG PATAH - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah dipilih majoriti perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah untuk dicalonkan di kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Agung PAS akan datang.

Pemilihan beliau untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut dibuat setelah majoriti perwakilan memilih beliau mengenepikan dua lagi calon iaitu Tn. Hj. Salahuddin Ayub dan Datuk Paduka Husam Musa.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, perwakilan PAS Kawasan Gelang Patah telah mencalonkan tiga nama untuk diangkat sebagai Naib Presiden PAS iaitu Datuk Paduka Husam Musa, Tn. Hj. Salahuddin Ayub dan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai calon untuk diketengah di jawatan Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, perwakilan juga mencadangkan Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dicalonkan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat disamping menyenaraikan tiga nama bagi mewakili PAS Negeri Johor untuk bertanding di jawatan AJK PAS Pusat. Tiga nama tersebut ialah YB Aminolhuda, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.

YDP PAS Kawasan Gelang Patah Kekalkan Jawatan

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

GELANG PATAH - Mesyuarat Agung Tahunan PAS Gelang Patah kali ke-18 yang telah diadakan di Markas Tarbiyah PAS Ulu Pulai pagi tadi menyaksikan Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah untuk sesi 2013-2015.

Turut mengekalkan jawatan adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Ustaz Salahuddin Dahiran dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah iaitu Tn. Hj. Musa.

Bagi kerusi diperingkat dewan-dewan PAS Kawasan Gelang Patah, berlaku perubahan kepimpinan di Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah apabila penyandang jawatan, Ustaz Zaifiddin Isa mengambil keputusan tidak lagi bertanding jawatan disandang sebaliknya jawatan tersebut telah dipertandingkan dan dimenangi oleh Sdra. Taufik Rizal selaku Ketua Pemuda PAS KAwasan Gelang Patah yang baru.

Bagi Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS Kawasan Gelang Patah pula, penyandang jawatan bagi kerusi Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Dewan Ulama kekal apabila jawatan tersebut tidak dipertandingkan sebaliknya penyandang jawatan, Pn. Hjh. Sabariah dan Ustaz Md Shah Lamat kekal untuk sesi kepimpinan 2013-2015.

Perasmian Muktamar PAS Kawasan Gelang Patah pada pagi tadi telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan ADUN Pengkalan Kundur Kedah.

Jasamu Tetap Dikenang Ustaz Azizan

Posted by Unknown on 26 September 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SHAH ALAM - Pas mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi parti dan rakyat Kedah khususnya.

Beliau berkata Allahyarham juga merupakan Ahli Majlis Syura yang berjaya memimpin parti sehingga mampu menawan negeri jalapang padi itu pada PRU 2008.

"Pas Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham Azizan meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Solat jenazah akan berlangsung di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.

Sumber: Sinar Harian

Speaker: DUN Johor Tak Iktiraf 'Ketua Pembangkang'

Posted by Unknown on 20 Ogos 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU: Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohamad Aziz menolak cadangan agar Dewan mengiktiraf jawatan ketua pembangkang, setara dengan kedudukan exco kerajaan negeri.
Liow Cai Tong (DAP-Johor Jaya) dalam ucapannya memberi alasan, jumlah ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu telah meningkat dua kali ganda berbanding pada penggal ke-12.

"Saya berharap agar DUN Johor dapat menjadi model kepada DUN lain supaya mengiktiraf kedudukan ketua pembangkang secara rasmi di dewan negeri Johor.

"Ketua pembangkang diberi kedudukan sama taraf dengan exco di mana pejabat ketua pembangkang dapat disediakan dan diberikan kemudahan yang sewajarnya," kata Cai Tong dalam ucapannya sewaktu menjunjung kasih titah Sultan Johor semalam.

Aziz bagaimana pun menolak cadangan ADUN penggal pertama itu atas alasan jawatan itu tidak dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

"Dalam undang-undang tubuh kerajaan kita, tidak wujud satu klausa yang mengatakan (tentang jawatan) ketua pembangkang," kata bekas anggota parlimen Sri Gading itu.

Beliau turut menggesa Cai Tong agar tidak perlu merakamkan sebarang terima kasih kepada "ketua pembangkang" dan terus kepada tujuan ucapan - menjunjung kasih titah Sultan Johor.

"Jadi tak ada apa-apa yang kita hendak zahirkan (kepada sesiapa) yang dikatakan (sebagai) ketua pembangkang," katanya.

Walaupun kerajaan negeri tiada jawatan rasmi untuk ketua pembangkang, blok Pakatan Rakyat di DUN Johor secara tidak rasmi dipimpin ADUN Skudai, Dr Boo Chen Hau.

Sumber: Malaysiakini

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini