BlogList Malaysia

Selatan Online

Pengerang: Pakatan Mahu Dialog Dengan MB Johor

Posted by Unknown on 21 Januari 2014 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor mengesyorkan supaya pihak kerajaan mengkaji semula keperluan projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) berdasarkan pertimbangan dari segi pulangan ekonomi secara keseluruhan.

Ianya termasuklah sosio ekonomi setempat, sosio-budaya, kesihatan penduduk, keselamatan, implikasi alam semula jadi dan sebagainya.

Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan berkata, selain mengkaji semula pihak kerajaan disyorkan agar melaksanakan dasar pembangunan yang mampan berdasarkan keunikan tempatan tanpa mengorbankan warisan budaya dan alam semula jadi.

Ini kerana katanya, beberapa isu yang dibangkitkan termasuklah pemidahan lima tapak perkuburan bukan Islam yang membabitkan lebih 3,000 buah kubur sekali gus menyebabkan kerugian yang besar dari segi nilai sejarah dan budaya.

"Hasil kajian yang dijalankan secara usahasama antara Gabungan Ngo Pengerang dan Pakatan Rakyat pada pertengahan 2012 menunjukkan bahawa terdapat sejumlah kubur di tapak tersebut mempunyai nilai sejarah lebih daripada 400 tahun," katanya dalam satu kenyataan bersama Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Steven Choong.

Bahkan katanya, penemuan tersebut menjadi bukti sejarah kedatangan nenek moyang penduduk setempat ke Semenanjung Tanah Melayu, tetapi akhirnya dengan pemindahan ini akan memusnahkan warisan budaya dan sejarah yang sangat berharga.

Menurut bancian yang dilakukan, Aminohuda berkata, 90 peratus waris membantah cadangan untuk memindahkan tapak perkuburan tersebut ke satu tapak yang baru bagaimanapun bantahan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan.

Pakatan Rakyat Johor juga meminta kerajaan agar menghormati dan mementingkan pendapat serta hasrat penduduk setempat sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan bagi memastikan sebarang pembangunan adalah betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu, katanya kerajaan juga wajar menangguhkan segala kerja pemindahan tapak perkuburan sehingga kedua-dua pihak penduduk dan kerajaan mencapai persetujuan serta penyelesaian yang diterima semua pihak.

"Justeru kami Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan negeri Johor memohon satu sesi dialog dilakukan dengan Menteri Besar Johor untuk membincangkan isu projek ini dan implikasinya," tegas Aminolhuda.

Sumber: Harakahdaily

Cuti Jumaat: PAS Johor Junjung Kasih Titah Sultan Johor

Posted by Unknown on 23 November 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SHAH ALAM: PAS Johor di Muktamar Tahunan PAS Ke-59 hari ini menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas titah Sultan Johor yang mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengemukakan usul tergempar tersebut.

Berikut merupakan usul penuh yang dikemukakan beliau:

"PAS Negeri Johor ingin mencadangkan usul tergempar dalam Muktamar PAS Kali Ke-59 pada pagi ini.

"PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55.

"Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014.

"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.

"Sebagai tanda sokongan kita minta semua perwakilan dan pemerhati untuk berdiri," katanya.

Sejurus usul dibacakan, para perwakilan bangun dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai menandakan sokongan dan menjunjung kasih kepada Sultan Johor.

Sumber: Harakahdaily

Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 9 Februari Ini

Posted by Unknown on 6 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...



Dengan tema ' Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan", Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan anjuran Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan diteruskan ke negeri Johor Darul Takzim pada 9 Februari (Sabtu) ini.

Program Jelajah yang bakal diadakan ini bakal berlangsung dengan kerjasama Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Persatuan Gerakan kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK) juga Sukarelawan Pendidikan Rakyat Kebangsaan(NGO KAWAN).Sebelum ini,Pelancaran Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan telah disempurnakan perasmiaannya oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS) di Dewan MBSA Bukit Naga, Shah Alam di Parlimen Kota Raja.

Program bermula dengan Motivasi & Pemantapan Jatidiri Pendidik 2013 pada jam 9.00 pagi di Dewan Utama TJ Mart Saleng,Kulai Johor. 

Sasaran peserta adalah semua guru warga pendidik dari pelbagai institusi seperti PASTI Negeri Johor, Guru KPM, Ustaz ,Ustazah ,Pesara Perkhidmatan Pendidikan ,aktivis pendidikan ,NGO PENDIDIK, NGO KAWAN dan ahli pas yang berminat mengikuti isu pendidikan dan perguruan di Malaysia.

Manakala jam 2.00 petang pula akan disambung dengan Pelancaran Konvoi Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di No.31B,Jalan Ledang 25, Taman Bukit Tiram,Ulu Tiram Johor. 

Edaran Risalah 'Hit & Run' akan disertai dan diiringi dengan 25 buah kereta dan diiringi kenderaan bermotor bakal mengikutI siri jelajah ini ke beberapa tempat tumpuan di DUN Puteri Wangsa.

Tepat jam 9 malam pula "Ceramah Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan" akan membariskan tokoh dan ikon pendidikan yang telah mewarnai landskap perjuangan Parti Islam SeMalaysia PAS bertempat di Dataran PASTI Al- Irfan7, No.1, Jalan Beladau 43,Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram Johor.

Antara barisan penceramah yang akan bersama ialah Dato' Salleh Jaafaruddin ( Mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia), Tn. Hj. Ramlan Bin Sariman (Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Johor), Dato' Hj. Adnan Bin Ibrahim (Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak) selain daripada YB Salahuddin Bin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Dato Mahfodz Bin Mohamed( Pesuruhjaya PAS Negeri Johor). 

Turut menyerikan program yang bakal melakar sejarah itu adalah YB Hjh Halimah Bin Ali ( Ecxo Pendidikan , Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor). Ceramah boleh dilayari serentak di seluruh dunia di www.ustream.tv/channel/cikgumalatv. Sebarang kemusykilan boleh menghubungi di talian 013-77717009 (Ustaz Abdullah Husin) atau 013- 718 62899(Ustaz Aminuddin).

Pn. Normala Bt. Sudirman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor merangkap Presiden NGO PENDIDIK menyeru agar semua rakyat Johor yang prihatin dan peka dengan isu pendidikan dan perguruan di Malaysia agar hadir beramai- ramai bagi menjayakan program Jelajah Kebangkitan Pendidik Kebangsaan ini.

Beliau berkata sudah tiba masanya warga pendidik bangkit membuat perubahan untuk menggerakkan gelombang kesedaran rakyat agar membebaskan minda dan jiwa mereka dari sebarang campur tangan politik yang akan merugikan anak bangsa yang pewaris kepimpinan akan datang dalam persada pendidikan negara.

Beliau yang juga merupakan AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia berharap warga pendidik beriltizam untuk 'merobohkan tembok kezaliman' dan 'mengangkat isu pendidikan dan perguruan negara' dengan penuh keprihatinan tanpa takut kepada sebarang tekanan atau ugutan daripada regim UMNO Barisan Nasional yang menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD sebagai 'alat perkakas' untuk mengekalkan 'survival politik' mereka . 

Beliau menegaskan agar jangan lagi membiarkan maruah guru diinjak dan diperlekehkan dengan campurtangan politik yang sempit dalam persada pendidikan negara. Cukuplah 55 tahun, guru menjadi mangsa 'dendam politik' UMNO Barisan Nasional menjadi mangsa pertukaran sepanjang perkhidmatan tanpa 'atas keperluan perkhidmatan'.

Beliau berharap semoga siri jelajah anjuran Lajnah Pendidikan PAS Pusat ini akan mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya di warga pendidik dan semua lapisan masyarakat di Johor.

Lujnah Pendidikan PAS Pusat
Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor

Ghairah Mahu Kekal Kuasa, Petanda Nak Kalah - PJ PAS Johor

Posted by Unknown on 3 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU- Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor memberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) negeri telahpun mengetahui peralihan kuasa akan berlaku di peringkat DUN dan Parlimen kepada pembangkang setelah dilihat berhempas pulas ingin mempertahankannya.

Bagaimanapun katanya, keghairahan yang dilihat terlalu yakin untuk mengekalkan pemerintahan itu disifatkan sebagai retorik semata-mata.

“Jadi kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hati orang ramai terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO kerana bimbang sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS-PR sudah bersedia menghadapi PRU 13 dan persiapan yang dilakukan sejak tahun lalu kini sudah mencapai 75 peratus.

Katanya lagi, kesediaan itu dipengaruhi dengan maklum balas sangat baik yang diterima daripada rakyat melalui aktiviti yang dianjurkan seperti ceramah dan jelajah ke kawasan bertemu rakyat.

“PAS mensasarkan untuk menambah pengundi Melayu kerana sebelum ini sukar menarik golongan ini memandangkan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar BN.

“Pengundi Cina tidak berganjak menyokong PAS pada PRU lalu sehingga ke hari ini dengan kekuatan 70 peratus sokongan,” katanya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyebut Dr Mahfodz dilaporkan berkata, PAS menyusun strategi memberi tumpuan kepada DUN Gambir dan DUN Tangkak yang dipertandingkan sekaligua berpotensi untuk menang.

“PAS akan bertanding di DUN Gambir, manakala DUN Tangkak akan diisi oleh calon DAP atau PKR,” katanya lagi.

Dr Mahfodz berkata, kegagalan BN menyelesaikan kemelut isu tanah di Sengkang yang sudah berlarutan lebih 10 tahun lalu antara isu yang bakal memberi peluang kepada PAS untuk meraih lebih banyak sokongan rakyat pada PRU kali ini.

Sumber : Ibn Bacoks

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini