BlogList Malaysia

Selatan Online

DAP Bantah Berita Harian, Bakar Api Perkauman

Posted by Unknown on 28 April 2013 | 3 komen pembaca | Leave a comment...

DAP membantah Berita Harian, akhbar kawalan UMNO-BN, yang menghasut orang Melayu supaya membenci DAP dan kaum-kaum lain di Malaysia. Fitnah yang mereka lemparkan semakin tidak masuk akal, malah menghina daya pemikiran orang Melayu.

Fitnah terbaru datang daripada Berita Harian edisi Ahad hari ini 28 April 2013 dalam satu komentar yang ditulis oleh seorang yang bernama Mahfar Ali. Tajuk rencana itu sahaja sudah menunjukkan sikap hipokrit dan pembohongan media kawalan UMNO-BN tersebut. Tajuk “Pertahan prinsip kesederhanaan, tolak ekstremisme” cuba berselindung di sebalik kebencian penulis kepada perpaduan antara kaum yang dianjurkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat.

Dia menulis: “Apakah nanti demonstrasi jalanan dan gerakan LBGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang menjadi budaya Barat, akan turut diterima di negara ini? Inilah kemelut dua parti diketuai pemimpin Melayu yang diperkudakan DAP – parti cauvinis Cina yang dasar pentadbirannya di Pulau Pinang dilihat lebih banyak menekan orang Melayu. Barangkali juga DAP menyertai pakatan pembangkang sebagai mainan politiknya untuk memecahbelahkan orang Melayu dan Islam.”

Berita Harian sebagai lidah UMNO cuba menggambarkan bahawa PKR dan PAS sebagai parti orang Melayu – kerana UMNO hanya faham politik yang berasaskan kaum semata-mata, ia tidak faham demokrasi, hak asasi, keadilan sosial. Dan kedua-dua parti itu dianggap oleh UMNO sebagai mudah diperalatkan oleh DAP.

Jelas Berita Harian buta sejarah dan enggan menerima hakikat kebenaran. DAP adalah parti politik yang sah yang menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957. Ini bererti DAP menerima Perlembagaan yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas.

Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan parti DAP yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang teragung di negara kita. Malah, DAP sudah banyak kali dalam beberapa deklarasi mengulangi pendirian ini. Hanya manusia yang rasis sahaja yang buta kepada fakta ini.

Kedudukan istimewa Melayu yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Jelas di sini DAP dan Pakatan Rakyat lah yang sebenarnya mempertahankan prinsip sederhana dan menolak ekstremisme, dan bukannya UMNO-BN yang rasis dan semakin kasar dan biadap dalam kempen mereka. Dengan itu, DAP dan Pakatan Rakyat menyeru rakyat supaya menolak politik kotor UMNO-BN.

Saya yakin rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, yang benci dan marah dengan politik kotor UMNO-BN yang menabur fitnah dan bersifat perkauman sudah bersedia untuk membuat perubahan yang akan menamatkan era politik kotor keji dan benci.

Ubah! Ini kalilah!

Lim Kit Siang

Anak Muda Tidak Mahu Bersama UMNO?

Posted by Unknown on 15 April 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT – Program Mesra Belia Batu Pahat dihadiri puluhan ribu bunian dan hantu UMNO/BN canangkan satu dunia kononnya anak-anak muda kini bersama-sama dengan UMNO/BN, lapor pemilik akauan Facebook Wan Mansor Wan Salleh.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya di satu program mesra belia anjuran UMNO/BN malam tadi di Dataran Penggaram, Batu Pahat, katanya lagi.

“Bukan niat dan tujuan nak aibkan UMNO mau pun nak jadikan rakaman gambar sebagai bahan guruan dan kutukkan, tetapi ini adalah kisah benar dengan gambar sebagai saksi berbicara.

“Sila lihat rakaman gambar diatas…belia dan anak muda bersama UMNO/BN atau makhluk bunia dan hantu menyokong padu UMNO? Bolehkah lagi UMNO anggap dan ingat Johor negeri UMNO paling kuat sekali dalam dunia disebabkan UMNO lahir di Johor?

“Atau memang benar akan ramalan ramai rakyat dinegara ini yang dari Johor UMNO lahir dan di Johor juga UMNO akan dikuburkan.INI KALILAH TUKAR…..JOM UBAH…. SELAMATKAN MALAYSIA,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Isyarat Mahathir, Kit Siang Menang di Gelang Patah

Posted by Unknown on 12 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Nampaknya bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah memberikan isyarat Lim Kit Siang (LKS) akan menang di Gelang Patah.

Bagi penulis politik Aspan Alias, Mahathir amat takut untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa takut seperti apa yang dirasakan.

“Tuduhan beliau yang malapetaka akan terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com sebagaimana di bawah.

Dr Mahathir, semakin hampir pilihanraya semakin merapu perlakuannya. Semakin hampir hari rakyat membuat penentuan masa depan mereka Mahathir meningkatkan lontaran kenyataan-kenyataan berlandaskan kepada sentimen perkauman dan tidak mempedulikan sama ada kata-katanya itu dihormati atau dipandang hina oleh rakyat yang inginkan kehidupan yang muhibbah di antara kaum di negara ini.

Isu Lim Kit Siang (LKS) bertanding di kawasan majoriti Cina di Gelang Patah membuatkan Mahathir tidak menentu dan beliau menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya. Seperti biasa beliau menggunakan isu perkauman yang tidak terkira bahayanya kepada rakyat dan negara. Walaupun rakyat sekarang tidak ramai lagi menghiraukan pandangannya tetapi yang penting kita telah dapat mengenali Mahathir dengan lebih dalam lagi.

Beliau menuduh yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu akan melenyapkan kerjasama ekonomi di antara orang Melayu dan Cina dan akan meningkatnya pertelingkahan di antara kaum selepas ini. Katanya lagi pergaduhan di antara kaum akan terjadi jika BN dikalahkan oleh LKS di Gelang Patah nanti dan berbagai-bagai lagi yang saya sudah malas untuk menyebutnya.

Nampaknya Dr Mahathir sudah memberikan isyarat yang LKS akan menang di Gelang Patah. Beliau amat takut untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa takut seperti apa yang beliau rasakan. Tuduhan beliau yang malapetaka akan terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini.

Begitu jugalah dengan Mahathir. Kenapa beliau terlalu takut itu, beliau sahajalah yang tahu. Tetapi sedikit sebanyak ramai rakyat tahu kenapa beliau begitu runsing jika LKS menang di Gelang Patah. Seboleh-bolehnya Mahathir mahu semua rakyat merasa takut seperti beliau. Seperti yang kita tahu, taktik menakut-nakutkan rakyat adalah taktik yang sudah dijangkakan.

Mahathir begitu takut dengan kerjasama di antara kaum dalam Pakatan Rakyat yang sedang meningkat itu. Permuafakatan di antara kaum dalam Pakatan sekarang ini telah membuktikan yang apa yang diisukan oleh Mahathir dan pimpinan UMNO selama ini sebenarnya merupakan isu yang remeh dan jika LKS dan Pakatan memenangi pilihanraya kali ini, orang seperti Mahathir yang mahukan rakyat berpecah untuk kepentingan UMNO itu tidak akan berjaya. Rakyat semakin hari semakin yakin yang Pakatanlah yang telah menampakkan kejayaan untuk membina kehidupan rakyat yang lebih baik dan muhibbah.

Jika LKS menang niat Mahathir dan UMNO untuk melihat pertelingkahan dalam hati sesama kita rakyat Malaysia berterusan akan gagal. Rakyat sedar yang pertelingkahan kaum jika berjaya dilanjutkan oleh pemimpin di negara ini, maka mereka dalam UMNO dan BN itu akan dapat mengekalkan kuasa dengan lebih lama lagi.

Itu sahaja sebenarnya kenapa Dr Mahathir semakin hari semakin giat untuk melihat perpecahan di antara kita berlaku.

Sumber : Harakahdaily

Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN di Johor, Esok

Posted by Unknown on 6 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Anak muda khususnya di Johor diseru untuk turun konvoi bersama-sama Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak), esok, Ahad.

“Sehingga hari ini seluruh negeri sudah bangkit dan bersedia menyahut seruan Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak) ini, kita harap Johor tidak terkecuali untuk bersama dalam arus perubahan ini,” ujar Pengerusi Tolak, Azan Safar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Johor melakukan perubahan yang lebih berani kali ini sebagai harapan baru untuk anak muda Malaysia

Program esok bermula 9.00 pagi iaitu berkumpul di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai sebelum bergerak ke City Plaza, Plaza Angsana, Johor Bharu Central, Kip Mart, Tampoi.

Konvoi Gelombang Anak Muda Umno BN itu mensasarkan 300 orang anak muda dan berpakaian baju hitam.

Sumber : Harakahdaily

Tuntut Baki Pampasan

Posted by Unknown on 12 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Seramai 272 penduduk dari empat kampung di Gelang Patah, di sini, mendesak kerajaan negeri segera menunaikan janji menyerahkan baki pampasan Felcra Tebing Runtuh yang dianggarkan berjumlah hampir RM2.5 juta yang tertunggak sejak 17 tahun lalu.

Empat kampung yang terlibat adalah Kampung Pendas, Kampung Sungai Melayu, Kampung Tebing Runtuh serta Kampung Danga.

Mereka mendakwa tanah mereka diambil alih oleh kerajaan sekitar tahun 1996 untuk membangunkan kompleks pentadbiran Lerajaan Negeri Johor dengan menawarkan pampasan RM70,000 bagi setiap 0.4 hektar seperti termaktub dalam perjanjian secara bertulis yang dibuat.

Bagaimanapun, mereka mendakwa menerima tidak sampai sebahagian daripada nilai pampasan tanah masing yang mana melibatkan 2.4 hektar bagi setiap 100 penduduk, manakala 172 penduduk sebanyak 1.6 hektar.

Kesemua penduduk mahu perkara itu diselesaikan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Penduduk, Jamilah Kosni dari Taman Nusa Perintis berkata, dia kecewa kerana masalah itu tidak diselesaikan dan beberapa memorandum yang dihantar sebelum ini seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan negeri.

“Saya hanya menerima RM173,000 dan menuntut baki pampasan sekitar RM240,000 lagi. Perkara ini telah termasuk dalam perjanjian secara bertulis yang pernah dibuat 17 tahun lalu. Bahkan kami pernah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Sebenarnya, kalau ikut nilai taksiran semasa, lebih tinggi kerajaan negeri perlu bayar. Nilai perjanjian yang adapun tidak dapat dijelaskan. Kami sekadar mahukan hak kami,” katanya ketika ditemui di Bangunan Datuk Jaafar di Kota Iskandar, dekat sini, semalam.

Bagi Harun Sulaiman, 53, dari Kampung Pendas berkata, pendapatannya sebagai nelayan yang tidak menentu menyebabkannya berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi menampung perbelanjaan harian.

“Selama ini saya hanya menerima RM137,000 sedangkan jumlah yang sepatutnya saya terima adalah RM280,000 membabitkan 1.6 hektar. Jadi, saya sangat berharap agar kerajaan memandang serius masalah kami ini dan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Tebing Runtuh, Pandak Ahmad berkata, selepas demonstrasi itu, mereka akan berusaha untuk mengaturkan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman secepat mungkin.

“Kami bukannya berniat untuk membantah kerajaan jauh sekali menolak pembangunan, namun hak kami juga tidak harus diketepikan dan dipandang sepi. Sebelum ini, kami pernah membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan namun ditolak.

“Mereka meminta kami mengadakan perundingan dengan kerajaan negeri terlebih dulu. Justeru, kami berharap usaha kami dipertimbangkan kerajaan negeri untuk diselesaikan dengan seberapa segera supaya kami tidak rasa teraniaya,” katanya.

Terdahulu, 100 penduduk terbabit terdiri daripada peserta Felcra Kampung Tebing Runtuh mengadakan demonstrasi secara aman memegang sepanduk masing-masing di hadapan bangunan itu sekitar 10 minit sebelum menghantar memorandum kepada wakil Menteri Besar.


Sumber: Sinar Harian

BN Benar-Benar Takut - Salahuddin

Posted by Unknown on 8 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MUAR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyuarakan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) berkaitan konflik di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai penyebab kerajaan melewat-lewatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pembubaran Parlimen.

“Kita (PR) dah tunggu lepas sambutan Cap Goh Meh tapi tidak bubar juga, hendak tunggu bila lagi.
"Dun Johor bubar 21 haribulan (Mac) ni, takkan nak biar Dun Johor terbubar macam itu saja?

“Saya rasa apa yang berlaku hari ini membuktikan Barisan Nasional (BN) benar-benar takut berdepan dengan PR dan sebab itu mereka melengah-lengahkan pembubaran Parlimen,” katanya.

Salahudin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dan jangan jadikan Sabah sebagai alasan perlembagaan digantung dengan mengisytiharkan darurat supaya PRU13 ditangguhkan.

Menurutnya, PR sedia bersama memikirkan cara terbaik menjaga keselamatan negara daripada pencerobohan.

Katanya, sikap tidak menjelaskan peristiwa sebenar di Lahad Datu juga antara punca timbul pelbagai spekulasi.

“Majlis Tertinggi PR adakan mesyuarat tiga hari lalu dan desak keluarkan kenyataan supaya orang tahu, kita tak nak tuduh siapa salah.

“Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menjawabnya di Parlimen tetapi beliau tak buat,” katanya.

BN Johor Belajar Jadi Pembangkang

Posted by Unknown on 7 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Rata-rata dalam kalangan pengguna media alternatif menganggap UMNO BN sudah bersiap sedia menjadi pembangkang negeri Johor.

Hal ini kerana dalam satu program yang dianjurkannya memperlihatkan ia diadakan di kawasan tertutup seolah-seolah menggambarkan suatu yang pelik bagi sebuah negeri yang mempunyai stigma kubu kuat UMNO.

Menurut pemilik Facebook Pas Tenggara, beliau mempersoalkan bagaimanakah sebuah negeri yang terkenal dengan kekuatan dan keanggotaan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang ramai, namun program yang dianjurkan di peringkat negeri tidak mendapat sambutan.

Hal ini menimbulkan tanda tanya yang besar iaitu adakah UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai sokongan diperingkat akar umbi daripada ahli-ahlinya di negeri Johor ini?

Namun apa yang dapat disaksikan seumpama tidak menepati apa yang diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional itu.

“Himpunan BN peringkat Negeri Johor..sebegitu je? Kesian MB Johor, TPM dan pimpinan BN, sudahlah bagi baju percuma,bas percuma, tapi yang datang sebegitu je, kata UMNO ahlinya ramai, ini (program) peringkat negeri", jelas pemilik FB berkenaan.

“Buat kat stadium tertutup pulak, kenapa tak buat kat (stadium) larkin? mmm tak pe, belajar jadi pembangkang di Johor, kami dah biasa camni, tapi sekarang dah terbalik, itu tandanya UMNO dan BN akan tumbang.

“Ramainya, standard Konvo Pasti Kawasan Tenggara 2012 je yang diadakan di Dewan Kejora Bandar Tenggara,” kata pemilik Facebook Pas Tenggara.

Adminnya berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung program Gelombang Biru peringkat negeri di Stadium Tertutup Pasir Gudang baru-baru ini.

'Projek IC Mahathir' Didedah

Posted by Unknown on 1 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PETALING JAYA - Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Sumber : FB Pas KgBharu

Ke Mana Perginya Kekayaan Johor Selama Ini?

Posted by Unknown on 27 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Kerajaan UMNO-BN didesak untuk memberikan penjelasan di manakah perginya kekayaan hasil mahsul negeri yang banyak agar dinikmati oleh rakyat keseluruhan.

Dahulu, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Johor pernah dikategorikan antara negeri berpendapatan tinggi kerana kaluasan tanahnya melalui hasil balak, perlombongan, kelapa sawit, pasir, kopi, koko, kopra dan buah-buahan tempatan.

Di samping itu, Johor turut menyumbang pendapatan di peringkat pusat melalui kutipan cukai dan perkhidmatan Pelabuhan Pasir Gudang serta aktiviti di Tambak Johor.

Namun ujarnya, rakyat Johor khusus orang Melayu masih berada di tahap rendah.

“Yang kaya raya adalah di kalangan pemimpin dan kroni mereka. Masuklah ke kawasan pendalaman, lihat sendiri dan bandingkan dengan kawasan pendalaman di negeri lain.

“Johor sepatutnya sudah lebih maju ke hadapan berdasarkan kedudukannya di apit oleh Singapura dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kini, dakwa Dr Ungku, ia hanya tinggal kenangan apabila ada pemimpin yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan diagih-agihkan kepada kroni masing-masing.

“Semua nya tinggal kenangan dek pemimpin rakus Muhyiddin antara pemimpin UMNO Johor yang membawa masuk Syed Bukhari bagi meratah harta pusaka untuk di faraid di kalangan mereka .

Sumber : Ibn Bacoks

Pemimpin Pas Kena Berani -Salahuddin

Posted by Unknown on 19 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pas perlu berani tampil bagi menjelaskan kerjasama politik parti itu dengan DAP dan PKR tidak bertunjangkan kepada cita-cita politik semata-mata - memperoleh kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin parti itu tidak perlu takut untuk menjawab apabila timbul dakwaan dan persepsi kononnya Pas sudah tersasar daripada landasan perjuangannya serta menjadi kuda tunggangan DAP dan mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?

"Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online.

Mengakui begitulah cara Umno dan medianya berfungsi dalam menjatuhkan seteru politik mereka, Salahuddin mahu pemimpin Pas lebih bersikap terbuka dan proaktif dengan menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar dalam perikatan itu.

"Saya rasa, kita harus tampil menerangkan kepada masyarakat, tidak ada apa yang mereka perlu ditakutkan dengan DAP ini," katanya yang akan bertanding di Johor pada PRU13.

Bahkan perlu diingat katanya, Pas sama sekali tidak pernah menggadai prinsipnya apatah lagi jika ia melibatkan Melayu dan Islam.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kita tidak gadai dasar Islam kita. Kita tidak tinggal prinsip-prinsip asas tentang moral, akhlak, tentang apa sahaja yang menjadi pegangan Pas selama ini," ujar Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebaliknya, kata Salahuddin, Pas pada hari ini bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat telah pergi ke suatu dimensi yang lebih luas bagi menyediakan kehidupan jauh lebih selesa kepada rakyat.

"Kita tidak terikat kepada sentimen perkauman, Pas tidak duduk dalam kelompoknya sendiri pada hari ini. Tetapi kita telah mula keluar, kita telah mencipta satu platform yang lebih luas. Kita hari ini sudah bercakap tentang negara," kata Salahuddin.

Malah katanya, Pas terus mendapat dokongan daripada masyarakat khususnya Melayu berdasarkan kepada penyertaan dan komitmen ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti yang ditonjolkan dalam Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dua minggu lalu.

"Ini membuktikan bahawa kelompok-kelompok teras Melayu itu terus memberi dokongan kepada Pas. Tidak timbul isu Pas ini ditinggalkan oleh penyokong tegar mereka kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Pas, tidak benar sama sekali," tegasnya lagi.

Pada majlis itu, lebih 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang menyertai himpunan tersebut yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat ibu negara.

Mereka berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Pas bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Mengulas mengenai penegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sama sekali tidak akan mengulangi kerjasama politiknya dengan Umno, adakah itu bermakna Pas menolak perpaduan ummah, Salahuddin berkata, "tidak timbul pula satu teori yang mengatakan hanya bersama Umno sahajalah maknanya boleh membuktikan kita berpadu."

"Tidak betul sekiranya ada yang mendakwa begitu," katanya.

Tambah beliau, isu perpecahan ummah seperti satu kariah dua imam, suami isteri bercerai kerana perbezaan fahaman politik hanyalah kes terpencil yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya tidak pernah berlaku perpecahan ummah. Yang berlaku hanya perbezaan pandangan politik.
"Ummah khususnya orang Melayu pada hari ini tidak pernah berpecah memutuskan silaturrahim.

"Pas tidak memusuhi orang Melayu, kita hanya berlawan dengan Umno sebagai parti politik tetapi apa yang menjadi kekuatan Melayu, asas perjuangan Islam, tetap kita perjuangkan bersama," tegasnya lagi.

Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan kerajaan bersama BN. Hubungan itu retak pada tahun 1978.

Pas juga pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46). Parti S46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat.

Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR diikuti dengan DAP sejak PRU12.

Sumber : Sinar Harian

Benarkah Jika UMNO kalah, DAP Hapus Kuasa Melayu?

Posted by Unknown on 15 Februari 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...


Benarkah sekiranya United Malays National Organization kalah pada piliharaya umum 13 yang akan datang, boleh menyebabkan kuasa orang melayu hilang? Atau pun hak-hak keistimewaan orang melayu akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat?

Pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia diluar sana terutamanya pengundi atas pagar, rakyat yang tidak ada parti bahkan mungkin juga ada ahli-ahli United Malays National Organization masih tertanya-tanya dan keliru mengenai persoalan ini.

Namun, di dada-dada media perdana seperti Utusan, TV3 dan media-media yang seangkatan dengannya sering kali memainkan isu ini. Mengambil pendapat daripada pemimpin-pemimpin United Malays National Organization dan blog-blog mesra Barisan Nasional, menyatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang, orang melayu akan hilang kuasa. Hak keistimewaan orang Melayu akan terhapus. Mereka juga mendakwa jika saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka negara ini akan dijual kepada orang Cina. Tidak cukup dengan itu, media-media ini menambah DAP sedang menunggangi PKR dan PAS untuk tubuhkan negara Kristian.

Pada hemat saya, dakwaan pemimpin-pemimpin United Malays National Organization ini tidak punya asas yang kukuh atau mereka sekadar menghidupkan isu melayu hilang kuasa untuk menutup kesalahan-kesalahan yang mereka telah lakukan kepada rakyat.

Insha-Allah saya akan cuba mengutarakan beberapa pendapat mengenai persoalan ini. Saya bukan pakar undang-undang atau ahli politik tetapi sekadar seorang rakyat Malaysia yang perihatin terhadap apa yang berlaku dalam negara ini. Melalui pembacaan dan sedikit kajian, walaupun tidak sempurna namun akan tetap saya lontarkan.

Melayu tidak akan hilang kuasa sekiranya United Malays National Organization tewas kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan saya sertakan beberapa fakta seperti berikut;

1. Dakwaan majoriti pemimpin United Malays National Organization bahawa DAP akan menguasai Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara kristian adalah tidak benar kerana untuk meminda akta yang ada dalam perlembagaan perlu majoriti dua pertiga ahli parlimen sedangkan DAP hanya bertanding 48 kerusi dan hanya menang 29 kerusi Parlimen pada pilihanraya umum yang lalu. Dengan jumlah ini, bukan saja mahu tubuh kerajaan tidak boleh, apatah lagi mahu pinda akta.

2. Tambahan, rakyat yang menganut agama Kristian dalam negara ini cuma 9.1 % berbanding umat Islam yang merupakan penganut majoriti dengan 61.3 %.

3. Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen. Begitu juga dengan perkara 152 (Hak Kesitimewaan orang melayu) dan perkara 3 (Agama Islam sebagai Agama Persekutuan) kebal kerana terletak dibawah majlis raja-raja melayu. Ianya tidak boleh diusik oleh sesiapa walaupun mendapat persetujuan dua pertiga dewan rakyat.

4. Pada 8 September 2007, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR-PAS-DAP bersetuju untuk mempertahankan hak keistimewaan orang melayu, bahasa melayu dan agama Islam. Lim Guan Eng pula menyatakan DAP akan menghormati apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan termasuk 3 akta penting bagi orang melayu.

5. Di Pulau Pinang, kerajaan negeri yang dipimpin oleh saudara Lim Guan Eng daripada DAP telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Tahun 2009; RM33.3 juta. Tahun 2010; RM39.8 juta. Tahun 2011; RM45.7 juta dan Tahun 2012; RM64.03 juta. Tahun sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, dana untuk berkaitan hal ehwal Islam cuma RM25.7 juta. DAP yang didakwa sebagai pengkhianat Melayu Islam menaikkan peruntukkan tersebut sehingga 300%.

6. Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melancarkan program ‘Satu Keluarga, Satu Hafiz’ dan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz.

7. Selain itu, kerajaan yang diketuai Lim Guan Eng itu memperkenalkan tender terbuka yang berdasarkan faktor-faktor harga paling baik, kualiti dan pengurusan di mana 70% daripada kontrak telah dimenangi kontraktor Melayu.

8. Saguhati tahunan untuk KAFA, di zaman Barisan Nasional sebanyak RM659,000.00 (2008), di zaman Pakatan Rakyat RM879,000.00 (2009), RM913,200.00 (2010), RM900,000.00 (2011) dan RM900,000.00 (2012).

9. Media perdana yang dikuasai United Malays National Organization juga sering kali memainkan isu dengan mendakwa DAP cina telah menguasai Pulau Pinang apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan bekas-bekas Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini yang diterajui parti Gerakan (BN); Ketua Menteri pertama ialah Wong Pow Nee (1957 – 1969), yang kedua Lim Chong Eu (1969 – 1990), ketiga Koh Tsu Khoon (1990 – 2008). Saya rasa semua ketua menteri Pulau Pinang dahulu bukan bangsa melayu, semuanya cina. Jika saya salah tolong betulkan.

10. Semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan; pelbagai program kerohanian diperluaskan. Contoh yang boleh saya bawa adalah salah satu program yang bersejarah. Program GeMS – Generasi Idaman Selangor yang diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus, Ustaz Fauzi Mustafa, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Ismail Kamus dan ramai lagi ilmuan berbanding pihak satu lagi yang acap kali menganjurkan program berunsur maksiat (K-Pop) untuk anak-anak muda.

Inilah antara fakta yang dapat saya berikan melalui analisis ringkas, artikel ini tidak sempurna begitu juga dengan fakta yang cuba saya ketengahkan. Sesiapa juga yang pakar dalam bab politik atau undang-undang diluar sana boleh mengkritik artikel ini. Namun saya yakin hujah yang saya berikan ini lebih relevan daripada hujah beberapa pemimpin mahupun ahli United Malays National Organization.

Maklumlah, mereka hanya tahu hujah ‘Anwar Gay’, ‘LGBT’ , ‘Melayu hilang kuasa’ dan lain-lain lagi isu tetapi tidak kemukakan fakta dan bukti yang jelas, yang terbaru kalimah Allah juga dipolitikkan mereka. Insha-Allah akan datang saya akan ulas sedikit mengenai isu itu.

Saya harap artikel ini dapat beri sedikit pencerahan kepada orang-orang melayu Islam yang masih keliru diluar sana. Sekian.







Sumber analisa:

1.http://www.parlimen.gov.my/statistik.html?uweb=dr

2.http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?parti=DAP&p=All&Filter=Lihat&uweb=dr

3.http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120514/po_13/Melayu-terjejas-jika-BN-hilang-kuasa

4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kristian_di_Malaysia

5.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mandatduapertigapentinguntukpindaaktabercanggah_/Article/

6.http://www.malaysiakini.com/news/197690

7.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspdt=0319&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2012

8.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8938-tanah-rizab-melayu-menjawab-fitnah-umno

9.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/8710-sistem-pemerintahan.html

10.http://roketkini.com/2012/05/14/umno-dicabar-buktikan-orang-melayu-dipinggirkan-di-pulau-pinang/

11.http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajlisRaja-RajabentengkebalpertahanIslam_hakorangMelayu/Article

12.http://www.sinarharian.com.my/politik/ambang-2013-perang-bn-dan-pakatan-tarik-pengundi-1.117751

13.http://www.keadilandaily.com/lebih-100000-banjiri-sambutan-ambang-2013-di-selangor/

14.http://ulumquran.blogspot.com/2010/10/para-huffaz-harta-tidak-ternilai.html

15.http://pemudapenang.wordpress.com/2010/01/16/pulau-pinang-tambah-peruntukan-hal-ehwal-agama-islam/

16.http://www.selangorku.com/?p=7628

17.http://beritasemasa.com/agama-islam-pulau-pinang

18.http://www.malaysiakini.com/news/93208

Penulis : Faezuddin Puad

Ghairah Mahu Kekal Kuasa, Petanda Nak Kalah - PJ PAS Johor

Posted by Unknown on 3 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU- Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor memberitahu bahawa Barisan Nasional (BN) negeri telahpun mengetahui peralihan kuasa akan berlaku di peringkat DUN dan Parlimen kepada pembangkang setelah dilihat berhempas pulas ingin mempertahankannya.

Bagaimanapun katanya, keghairahan yang dilihat terlalu yakin untuk mengekalkan pemerintahan itu disifatkan sebagai retorik semata-mata.

“Jadi kata-kata itu hanya untuk menyedapkan hati orang ramai terutamanya kalangan ahli-ahli UMNO kerana bimbang sokongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS-PR sudah bersedia menghadapi PRU 13 dan persiapan yang dilakukan sejak tahun lalu kini sudah mencapai 75 peratus.

Katanya lagi, kesediaan itu dipengaruhi dengan maklum balas sangat baik yang diterima daripada rakyat melalui aktiviti yang dianjurkan seperti ceramah dan jelajah ke kawasan bertemu rakyat.

“PAS mensasarkan untuk menambah pengundi Melayu kerana sebelum ini sukar menarik golongan ini memandangkan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar BN.

“Pengundi Cina tidak berganjak menyokong PAS pada PRU lalu sehingga ke hari ini dengan kekuatan 70 peratus sokongan,” katanya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini menyebut Dr Mahfodz dilaporkan berkata, PAS menyusun strategi memberi tumpuan kepada DUN Gambir dan DUN Tangkak yang dipertandingkan sekaligua berpotensi untuk menang.

“PAS akan bertanding di DUN Gambir, manakala DUN Tangkak akan diisi oleh calon DAP atau PKR,” katanya lagi.

Dr Mahfodz berkata, kegagalan BN menyelesaikan kemelut isu tanah di Sengkang yang sudah berlarutan lebih 10 tahun lalu antara isu yang bakal memberi peluang kepada PAS untuk meraih lebih banyak sokongan rakyat pada PRU kali ini.

Sumber : Ibn Bacoks

“Untuk berubah, UMNO kena jadi pembangkang!”

Posted by Unknown on 5 Disember 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER - UMNO tidak mampu berubah melainkan dipilih menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini kerana ia memberi mereka kelebihan untuk melaksanakan proses “transformasi” dengan telus dan jujur.

Justeru, proses “mengubah UMNO kepada pembangkang” juga akan mewujudkan asas yang lebih kukuh dan kuat untuk proses demokrasi berparlimen yang lebih matang dan kompetitif.

Menyimpulkan realiti sebenar pada Perhimpunan Agung UMNO ke 66 baru-baru ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, UMNO tidak mampu berubah dan ianya sudah dibuktikan dalam ucapan pemimpin mereka dalam perhimpunan terbabit.

Dalam kenyataannya, beliau memberi contoh bagaimana Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil membangkitkan mengenai tragedi “13 Mei”, ia termasuk ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri perihal “huru-hara” yang akan berlaku jika UMNO tewas.

Semua kenyataan itu jelasnya bercanggah sama sekali dengan apa yang dikatakan Najib apabila ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno itu menyebut bahawa pilihan raya kali ini akan mencorakkan rupa wajah Malaysia sama ada sebagai sebuah negara yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.

“Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia, adakah UMNO-BN mempunyai kewibawaan dan legitimasi untuk merayu kepada rakyat supaya menyokong untuk “berkongsi nilai dan matlamat” biarpun tiada “perkongsian nilai dan matlamat di dalam BN?” soal beliau.

Apapun jelas Kit Siang, fitnah jahat, sandiwara, janji dan mainan politik kotor ini adalah bukti mutlak bahawa Perdana Menteri Najib Razak tidak mampu melaksanakan janji “transformasi” beliau.

“Tidak ada apa yang akan berubah apabila sama ada Najib atau mana-mana perwakilan UMNO gagal mengetengahkan masalah nombor satu negara iaitu rasuah, kronisme dan salah guna kuasa yang makin membarah.

“Sebab itu jika UMNO benar-benar mahu berubah dan melakukan transformasi, mereka perlu menjadi pembangkang!” tegas Kit Siang.

Antara wibawa UMNO-BN dan wibawa PR

Dalam perkara berkaitan, Kit Siang menjelaskan bahawa penguasaan berterusan UMNO-BN terhadap Malaysia tidak akan mampu merealisasikan hasrat untuk menjadi “negara demokrasi terbaik dunia” sepertimana menjadi slogan 1Malaysia yang dijaja Najib sendiri.

Contohnya, UMNO-BN secara terbuka menanam kebencian dan konflik dengan mesej yang saling bercanggah dengan memomokkan orang Melayu bahawa jika mengundi DAP itu bermakna mengundi untuk penindasan orang Melayu, manakala MCA pula memberi amaran kepada orang Cina bahawa mengundi DAP bermakna mengundi penindasan orang Cina.

Bagaimanapun, jelas Kit Siang, lain pula dengan apa yang diamalkan parti Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

“PR tidak menyembunyikan perbezaan ideologi dan komited dengan Kerangka Dasar Bersama PR untuk menegakkan kedaulatan ciri dan dasar perlembagaan Malaysia, menyemarakkan kesatuan kebangsaan, memulihkan demokrasi dan keadilan dan memastikan tadbir urus yang baik,

Kami juga terikat dengan prinsip bahawa perlu ada kesepakatan di kalangan tiga parti komponen PR sebelum sebarang perubahan dan dasar dipersetujui.” ujarnya.


Sumber: Roketkini.com

Laporan Polis Besar-besaran Terhadap Ketua Wanita Umno Malaysia

Posted by Unknown on 4 Disember 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengarahkan satu laporan polis secara besar-besaran terhadap Ketua Wanita Umno Malaysia iaitu Datuk Seri Sharizat Jalil berkaitan dengan satu kenyataan di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

DPPM mendapati bahawa beliau telah membuat kenyataan yang berniat jahat dengan mengaitkan bahawa jika kekalahan berpihak kepada Umno maka akan mengundang kembali peristiwa 13 Mei 1969 sehingga menyebabkan kestabilan politik negara akan terancam.

Kenyataan yang menggambarkan betapa Umno seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan jika kalah dalam PRU ini akan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

Justeru DPPM telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS di peringkat negeri untuk membuat laporan polis di negeri masing-masing pada 3 Disember 2012 pada pukul 10 pagi.

Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Trengganu, Sabah dan Sarawak telah mengesahkan akan akan melaksanakan laporan polis ini serta akan dituruti oleh Pulau Pinang dan Johor pada hari Selasa. Pemuda Pas Johor turut akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri.

Selangor - Petaling Jaya Selatan
Perak - Ipoh
Wilayah Persekutuan - Dang Wangi
Terengganu - Kuala Terengganu
Sabah - Kota Kinabalu
Sarawak - Kuching
Pulau Pinang - Seberang Prai Tengah
Johor - Semberong
Pahang - Temerloh


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Twitter : khairulfaizi73


Cubaan Berpolitik Dalam Surau Dikesan

Posted by Unknown on 28 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibn Bacoks

JOHOR BAHRU – Satu kumpulan yang digelar Geng Usrah Pemuda JB mendakwa terdapat sebuah surau di daerah ini telah dijadikan bilik gerakan UMNO-BN dipercayai digunakan bagi persediaan parti itu menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Jurucakapnya, Abd Hafizd Abd Karim berkata, pihaknya terkejut dengan penemuan ini dan ia dianggap satu penyalahgunaan kuasa terhadap rumah ibadah seperti itu.

Tambahan pula, surau yang dianggap ‘hidup segan mati tak mahu’ itu merupakan tempat kumpulannya mengadakan sesi perbincangan agama.

“Apakah yang anda semua nampak? Bilik Gerakan UMNO BN! Di mana? Di tanah Surau tu! Jalan Harimau Kumbang. Berhadapan dengan KSL City. Dekat dengan Holiday Plaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya membantah tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab itu dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia mencemarkan kesucian agama.

“Minta Jabatan Agama Islam siasat segera!. Ini penyalahgunaan surau. Jika surau diimarahkan tak kisah. Tapi kini surau mati dan sunyi. Bilik gerakan di sebalik surau boleh dihidupkan.

“Kami geng Usrah Pemuda JB membantah kezaliman ini,” jelasnya lagi.

Warga Pendidik Mangsa Propaganda UMNO

Posted by Unknown on 27 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ummu Zahra

JOHOR BAHRU - Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (NGO PENDIDIK) melahirkan rasa kesal dan dukacita atas laporan yang diterima baru- baru ini tentang Program Seminar Keselamatan Bersama Warga Pendidik Negeri Johor yang mengandungi propaganda UMNO Barisan Nasional.

Program yang diadakan pada 10 November 2012 lalu, menghimpunkan semua pengetua dan guru besar seluruh negeri Johor yang bertempat di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh. 

“Apa yang menyedihkan adalah taklimat yang kononnya di buat atas anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (Jabatan Perdana Menteri) itu menjemput salah seorangnya adalah Dato’ Shazryl Eskay Abdullah yang pernah menggemparkan tanah air dengan ‘kumpulan Trio’ dan terlibat dengan penyebaran CD yang cuba memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim”, menurut Puan Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala dalam satu kenyataan media yang dikirimkan kepada Nusajaya Kini hari ini.

“Harus diingat, bahawa tugas besar yang diamanahkan adalah mengurus soal pendidikan anak bangsa bukan tugas yang tidak ada kaitan dengan profession mereka. Hak mereka untuk memilih tampuk pemerintahan negara adalah hak asasi mereka selaku warganegara di negara ini selaras dengan saluran demokrasi yang ada di Malaysia. Kami ingin menegaskan bahawa jangan mengongkong ‘minda dan jiwa’ warga pendidik khususnya Pengarah Pelajaran, Pengetua dan Guru Besar dengan cara tidak bermaruah seperti itu kerana ini akan menambahkan lagi kebencian yang telah sedia ada terhadap UMNO Barisan Nasional.

“Dunia semakin berubah dan jangan fikir minda dan jiwa guru boleh diperbodohkan sedemikian rupa menjelang PRU 13 yang semakin hampir. Jangan menjadikan Pengetua, Guru Besar, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sebagai ‘perkakas’ untuk mengekalkan survival politik UMNO Barisan Nasional”, tegas beliau lagi yang juga merupakan Presiden NGO PENDIDIK.

Menurut beliau lagi, memorandum, laporan polis dan laporan SPRM akan dibuat dalam waktu terdekat terhadap isu ini.

Beliau turut menyeru kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia agar berani menyuarakan hak dan kebenaran demi kelangsungan generasi pewaris kepimpinan masa hadapan dan hak warga pendidik di negara yang tercinta ini.

Rupa-rupanya UMNO takut juga doa ulama PAS

Posted by Unknown on 22 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING – Isu ‘doa’ yang dimainkan media arus perdana hanya ditujukan kepada parti UMNO bukan buat ahlinya. Demikian tegas Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Bagaimanapun Azam mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang bimbang dengan ‘doa’ berkenaan sedangkan selama ini mereka dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada PAS.

”Kawan-kawan UMNO marah apabila Ust Nik Razi Nik Mat mendoakan Kehancuran UMNO BN semasa Solat hajat sempena Himpunan Rakyat di Stadium Muhammad yg lalu, kebetulan saya turut bersama di sana mlm itu.

”Rupa-rupanya UMNO ni takut juga doa Ulama-ulama orang-orang PAS. Bagi saya, Kalau pemimpin UMNO tak buat zalim, tak rasuah, tak seleweng wang rakyat, tak buat mungkar, tak hina dan tolak Hukum Islam. Apa yang nak dibimbangkan dan ditakuti kepada doa Ulama-ulamak dan Ahli PAS.

”Selama ni apa yang pimimpin-pemimpin UMNO dan bloggers-bloggers UMNO tak tuduh, tak fitnah, tak sesatkan PAS?

”Kenapa dok takut sangat? ke UMNO dok takut amaran Rasulullah. Sabda Rasul yang bermaksud:” Takutlah kamu doa orang-orang yang dizalimi, sekalipun orang yang dizalimi itu orang-orang kafir, kerana tidak ada hijab antara mereka dengan Allah.

”Ingatlah dan fahamilah wahai sahabat-sahabat ku ahli-ahli UMNO. Kami hanya mendoakan kehancuran UMNO BN saje, bukannya kehancuran ahli2 UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Ibn Bacoks

Setuju Bahas Soal Ummah, Bukan Soal Lawan - Hishammuddin

Posted by Unknown on 18 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh Nusaybah Kaab
Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein, Menteri Dalam Negeri di twitter beliau, bersetuju agar ahli Perhimpunan Agung UMNO berbahas soal ummah dan rakyat berbanding soal lawan dan sesama sendiri.

Kenyataan dari pengguna twitter, @nobisha kepada Datuk Seri Najib Razak itu disokong oleh beliau sejam yang lalu.

Jelas ketara dalam perhimpunan-perhimpunan yang lalu, ahli perhimpunan lebih banyak berbahas tentang parti lawan dari Pakatan Rakyat berbanding membicarakan isu-isu ummah, menyebabkan rakyat menegur pimpinan UMNO agar lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

3,324 Dislikes untuk Video UMNO di Youtube

Posted by Unknown on 7 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Nusaybah Kaab


Video propaganda terbaru UMNO yang baru sahaja dimuatnaik pada 2 November lepas mendapat 3,324 'dislikes' berbanding 39 'likes' setakat artikel ini ditulis pada hari ini.

Video tersebut yang memaparkan pelakon Afzan, bakat realiti TV Anak Wayang, membayangkan kononnya negara ini akan jahanam dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Jumlah 'dislikes' yang terlalu banyak daripada pengguna Youtube menunjukkan rakyat masih boleh berfikir jauh dan tidak terlalu bodoh untuk terus mempercayai propaganda seperti ini.


UMNO Mersing Dicabar Mengajar Kitab di Masjid

Posted by Unknown on 5 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


MERSING – “Dengan ini, saya cabar mana-mana pimpinan UMNO Mersing untuk memberikan kuliah agama dan baca kitab di mana-mana Surau dan Masjid di Mersing,” demikian penegasan Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Ustaz Azam berkata demikian berhubung isu Exco Agama kerajaan Johor selaku ADUN Endau, telah mengarahkan Penyelaras Surau dan Masjid agar mengambil tindakan ke atas dua orang ustaz yang baru memegang jawatan ini, seorang bekas guru dan seorang lagi bekas Pengetua, yang didakwa mengajar tanpa tauliah.

“Sebab kalau dia orang beriya-iya dan berusaha nak sekat dan halang majlis-majlis Ilmu di surau dan masjid dengan kuasa yang dia orang ada, ia adalah satu tindakan yang zalim dan tak bertanggungjawab.

“Sebagai mengambil tanggungjawab, mereka mesti sahut cabaran saya, demi agama dan memastikan Rumah Allah terus diimarahkan dan makmur.

“Dengar cerita dari kejauhan. Hasil lawatan MB ke DUN Endau dan Mersing, MB terima aduan tentang dua orang ustaz PAS yang aktif menyampaikan kuliah-kuliah di surau dan masjid sekitar Endau Mersing,” katanya selepas menyampaikan kuliah Maghrib dari kitab Tanbihun Ghafilin di Surau Hj Ali Uda Mersing Kanan Mersing, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun katanya lagi, atas dasar keinsafan melihatkan kurangnya ilmu agama dalam diri, penyelaras masjid tersebut dikatakan tidak sanggup bersemuka dengan pihak yang telah dikenakan tindakan terbabit.

“Yang menariknya, Penyelaras tu pula dengarnya tak berani nak berjumpa kedua-dua ustaz ni kerana katanya, dia tak mampu nak halang sebab dia sedar dia tak punya ilmu tentang agama, sebab beliau bekas Pegawai Tadbir.

“(Malangnya) Yang mengadu kepada MB tu pula jenis tak pernah datang masjid untuk dengar kuliah agama.

“Kalau macam tu (pihak yang dikenakan tindakan), kita minta pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Mersing buat kuliah dan baca kitab di surau-surau gantikan ustaz-ustaz ni. Macam mana, boleh?” cabarnya lagi.

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini