BlogList Malaysia

Selatan Online

Jeneral Bersara Mahu Tawan JB Dengan Taktik 'Bosnia'

Posted by Unknown on 23 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Bekas ketua turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein berkata beliau akan menggunakan strategi sama seperti ketika menangani perang saudara Bosnia-Herzegovina dalam usahanya untuk merampas kerusi parlimen Johor Bahru.

Beliau berdepan orang kuat BN Datuk Shahrir Abdul Samad di kerusi berkenaan.

"Saya tidak akan mendedahkannya (strategi) buat masa ini, tapi memadai jika dikatakan ia rancangan yang sama (di Bosnia) walaupun kita perlu menyesuaikan dengan keadaan di Johor Bahru.

"Saya ada ijazah sarjana dalam kajian peperangan dan kami mengkaji peperangan. Tentulah, sebagai seorang tentera saya akan menggunakannya di lapangan," kata Hashim dalam satu wawancara dengan KiniTV lewat petang semalam.

Sumber : Malaysiakini

Menifesto Pakatan Rakyat Johor Disambut Tepukan Gemuruh Rakyat

Posted by Unknown on 13 April 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Majlis Pelancaran Menifesto Pakatan Rakyat Johor berlangsung dengan kehadiran luar jangka apabila ratusan rakyat Johor membanjiri Dewan Ballroom Hotel New York, Johor Bahru hari ini.

Majlis dihadiri oleh beberapa personaliti penting Pakatan Rakyat ini yang antaranya ialah Mursyidul Am, Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Dato’ Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Dato’ Saifudin Nasution dan mantan ahli parlimen Ipoh Timur.

Beberapa janji yang mengutamakan kebajikan dan keutamaan rakyat dibentangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut mantan ahli parlimen Kubang Kerian, Saudara Salahuddin Ayub, Menifesto Rakyat Johor yang dibentangkan hari ini jelas membuktikan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat Johor benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat Johor.

Antara yang disenaraikan dalam menifesto rakyat Johor adalah berkenaan pemberian kontrak secara terbuka, menghadkan pemerintahan menteri besar kepada dua penggal, membasmi rasuah dan ketirisan, mengkaji semula polisi penswastaan yang merugikan rakyat, 10 meter padu air percuma, kurangkan kadar cukai tanah dan kurangkan kadar cukai harta.


Selain itu, menifesto rakyat Johor ini juga mengemukakan bantuan RM1000 untuk kelahiran anak, gaji minimum RM1100 dan mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

"Kita yakin bahawa menifesto rakyat Johor yang diutarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat Johor mampu untuk meyakinkan seluruh warga Johor untuk memenagkan semua calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam PRU-13 5 Mei ini," jelas belliau.




Rakyat Johor Sudah Mula Celik

Posted by Unknown on 25 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Johor suatu ketika dahulu negeri yang terkenal dengan pantai Lidonya menjadi tumpuan penganalisis politik sama ada kalangan profesional mahupun amatur mengandaikan satu caturan politik yang serba unik.

Disamping ia terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO dalam dunia, perkembangan politik negeri ini riuh sedikit dan tidak menampakkan mahu reda apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR mengumumkan kepulangan YB Lim Kit Siang ke Johor.

Saban hari banyak kejutan berlaku memungkinkan perkembangan politik ini mendapat tempat dan barang kemungkinan rakyat Johor sudah mula celik dengan apa yang dialami selama ini.

“Hari ini rakyat Johor sudah mula buka mata. Sudah mula protes. Protes bukan
bermaksud menderhaka. Tapi beri makna yang kita anak2 jati Johor ada maruah dan harga diri. Rakyat sudah muak disuap dan digula2. Rakyat Melayu Johor mahukan perubahan!,” kata pemilik akauan Facebook Firdauz Noh.

Mengambil contoh katanya, rakyat Melayu Johor terutamanya di Johor Bahru masih ramai menetap di kawasan setinggan. Perjuangan penduduk setinggan menuntut pemilikan tanah bukan isu baru di Johor. Perjuangan yang sudah belasan tahun lamanya. Rakyat Johor selama ini setia menanti janji-janji yang ditabur pemimpin negeri dikotakan. Hari berganti hari tahun berganti tahun, PRU berganti PRU. Hakikatnya janji telah dicapati. Rakyat Johor tertipu.

“Sedarlah bahawa Rakyat Melayu Johor adalah antara rakyat PALING MISKIN di Malaysia. Yang jadi tokey2 besar di Johor, beli tanah, beli banglo mewah,
kondominium mewah, projek juta2 majoritinya orang2 cina dan singapore. Melayu masih merempat, perjuangkan setinggan yang entah bila boleh dapat, kerja makan gaji, ambil upah jadi kuli, buat part-time, kerja banting tulang siang malam, semata-mata nak cari duit bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, bayar sekolah anak-anak dan mahu tampung kos sara hidup di Johor yang semakin meningkat.

“Tidak perlu jauh2, perhatikan sahaja orang2 disekeliling kita. Kalau orang-orang Johor perasan sebenarnya tiada satu pun dari kalangan pemimpin negeri yang menafikan kenyataan Datuk Syed Ali Alattas, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia dan 80 % tanah di Iskandar Malaysia (221,634 hektar) adalah milik orang asing. Sebabnya, orang2 Johor sendiri tahu akan hakikat sebenar yang mesti ditelan biarpun rasanya pahit,” katanya lagi.

Sumber: Ibn Bacoks

Nasi Lemak Rakyat

Posted by Unknown on 21 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU– Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Kempas terus menghangatkan bahang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) dengan mengadakan program pengagihan nasi lemak rakyat kepada penduduk sekitar kawasan Taman Sri Bahagia dan Taman Indah Kempas, lapor Amni Jagat, sastrawan muda Pakatan Rakyat.

Katanya, kerja amal ini dilaksanakan oleh MTD PAS Kempas bersama-sama ahli dari PAS Cawangan Taman Dahlia bermula seawal pagi dengan memberi buah tangan nasi lemak serta risalah kepada penduduk.

Ahli jentera pilhanraya PAS Kempas Azhar A.J. berkata program seperti ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat setempat tanpa menggira latar belakang politik penduduk.

“Kami dari parti PAS sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada masyarakat di sekeliling tanpa menggira fahaman politik mereka kerana bagi kami dari parti PAS kewajipan sebagai wakil kepada masyarakat lebih diutamakan.

“Kebaikan dari program yang diadakan pada hari ini akan memberi manfaat kepada masyarakat umum setempat untuk berhubung secara langsung kepada kami dari PAS jika berlaku permasalahan yang tertangguh sekian lama untuk dibangkitkan semula.,” katanya.

Hadir sama dalam program itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Suhaizan Kaiat yang juga nama yang disebut-sebut sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Kempas.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Pulai Abdullah Ariff berkata antara lain matlamat program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim yang dituntut di dalam Islam.

“Sebagai seorang umat Islam, kita dituntut untuk mengadakan hubungan baik dengan masyarakat ia dipanggil silaturrahim maka dari itu program mengedarkan nasi lemak rakyat ini yang dilakukan dari rumah ke rumah cukup mencapai objektif silaturrahim itu.

“Pergerakkan aktif di Kempas oleh saudara Suhaizan membuatkan kebanyakkan penduduk memberi sambutan yang positif terhadap program yang dilakukan hari ini,” Tegas Ariff.

Tegas Ariff lagi, program ini harus diteruskan bagi menghangatkan lagi bahang PRU yang bakal muncul tidak lama lagi sekaligus mengeratkan silaturrahim antara ahli PAS dan penduduk setempat.

Sumber: Ibn Bacoks

Tuntut Baki Pampasan

Posted by Unknown on 12 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Seramai 272 penduduk dari empat kampung di Gelang Patah, di sini, mendesak kerajaan negeri segera menunaikan janji menyerahkan baki pampasan Felcra Tebing Runtuh yang dianggarkan berjumlah hampir RM2.5 juta yang tertunggak sejak 17 tahun lalu.

Empat kampung yang terlibat adalah Kampung Pendas, Kampung Sungai Melayu, Kampung Tebing Runtuh serta Kampung Danga.

Mereka mendakwa tanah mereka diambil alih oleh kerajaan sekitar tahun 1996 untuk membangunkan kompleks pentadbiran Lerajaan Negeri Johor dengan menawarkan pampasan RM70,000 bagi setiap 0.4 hektar seperti termaktub dalam perjanjian secara bertulis yang dibuat.

Bagaimanapun, mereka mendakwa menerima tidak sampai sebahagian daripada nilai pampasan tanah masing yang mana melibatkan 2.4 hektar bagi setiap 100 penduduk, manakala 172 penduduk sebanyak 1.6 hektar.

Kesemua penduduk mahu perkara itu diselesaikan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Penduduk, Jamilah Kosni dari Taman Nusa Perintis berkata, dia kecewa kerana masalah itu tidak diselesaikan dan beberapa memorandum yang dihantar sebelum ini seolah-olah dipandang sepi oleh kerajaan negeri.

“Saya hanya menerima RM173,000 dan menuntut baki pampasan sekitar RM240,000 lagi. Perkara ini telah termasuk dalam perjanjian secara bertulis yang pernah dibuat 17 tahun lalu. Bahkan kami pernah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Sebenarnya, kalau ikut nilai taksiran semasa, lebih tinggi kerajaan negeri perlu bayar. Nilai perjanjian yang adapun tidak dapat dijelaskan. Kami sekadar mahukan hak kami,” katanya ketika ditemui di Bangunan Datuk Jaafar di Kota Iskandar, dekat sini, semalam.

Bagi Harun Sulaiman, 53, dari Kampung Pendas berkata, pendapatannya sebagai nelayan yang tidak menentu menyebabkannya berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi menampung perbelanjaan harian.

“Selama ini saya hanya menerima RM137,000 sedangkan jumlah yang sepatutnya saya terima adalah RM280,000 membabitkan 1.6 hektar. Jadi, saya sangat berharap agar kerajaan memandang serius masalah kami ini dan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Tebing Runtuh, Pandak Ahmad berkata, selepas demonstrasi itu, mereka akan berusaha untuk mengaturkan pertemuan bersama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman secepat mungkin.

“Kami bukannya berniat untuk membantah kerajaan jauh sekali menolak pembangunan, namun hak kami juga tidak harus diketepikan dan dipandang sepi. Sebelum ini, kami pernah membawa perkara ini kepada kerajaan persekutuan namun ditolak.

“Mereka meminta kami mengadakan perundingan dengan kerajaan negeri terlebih dulu. Justeru, kami berharap usaha kami dipertimbangkan kerajaan negeri untuk diselesaikan dengan seberapa segera supaya kami tidak rasa teraniaya,” katanya.

Terdahulu, 100 penduduk terbabit terdiri daripada peserta Felcra Kampung Tebing Runtuh mengadakan demonstrasi secara aman memegang sepanduk masing-masing di hadapan bangunan itu sekitar 10 minit sebelum menghantar memorandum kepada wakil Menteri Besar.


Sumber: Sinar Harian

Tubuh Markas, Tanda Hampir Ke Nusajaya

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Arus kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dilihat sukar dikekang ekoran bercambahnya markas- markas dan pembukaan bilik gerakan di pelusuk negeri ini.

Terbaru, PAS cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka.

Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden ‘lakonan’ demontrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.

‘Alhamdulilah Setelah kian lama menunggu Pas Cawangan Taman Johor Jaya Dengan Kerjasama Pas Kawasan Pasir Gudang Berjaya Menubuhkan Markaz Dan Bilik Gerakan Pas Cawangan Taman Johor Jaya di No 23 Jalan Bakawali 64 Tmn Johor Jaya.

“Segala Bentuk Sumbangan Wang Ringgit dan Tenaga amat diperlukan. Sumbangan Bolehlah disalurkan Melalui Hj Manan 010 3756373 @ Lutfi 017 7190483 .Segala Sumbangan yang anda berikan akan dinilai ganjaran oleh Allah SWT,” kata sumber yang dipetik daripada Facebook Pas Cawangan Taman Johor Jaya.

Oleh: Ibn_Bacoks

Ugut Guna Batu Nisan Satu Cara Hina

Posted by Unknown on 7 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Gabungan NGO Pengerang mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera bagi menangkap suspek yang terbabit dalam kes ugutan menggantung batu nisan di rumah beberapa ahli jawatankuasa NGO berkenaan baru-baru ini.

Setiausaha kerjanya, Zaaba Abdul Samad berkata, ugutan berkenaan merupakan satu perkara serius dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan keselamatan mangsa terlibat lebih terjamin.

“Tindakan mengukir nama dan tarikh kematian mangsa pada batu nisan adalah tindakan yang amat hina dan ini menunjukkan ugutan yang dibuat adalah serius.

“Keadaan ini juga boleh menyebabkan kekeliruan dan salah anggap dalam kalangan penduduk dan orang ramai,” katanya dalam satu sidang media.

Zaaba berkata, setakat ini, tiada perkembangan lanjut diterima daripada pihak berkuasa berhubung kes berkenaan dan kejadian yang berlaku turut menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli jawatankuasa gabungan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rashid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kes itu masih dalam siasatan, namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes ini dikendalikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah.

Belum ada tangkapan dibuat dan kita masih meneruskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli mendakwa menerima ugutan bunuh apabila menemui sebuah batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar penawar, Kota Tinggi, 24 Februari lalu.

Selain Anis, Setiausaha Cabang PKR Pengerang, Taufik Tahir dan penduduk, Yahaya Maspie mendakwa turut menerima ugutan sama yang tertera nama dan tarikh kematian mereka.

Ugutan itu dipercayai berkaitan penentangan mereka terhadap Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Sumber : Sinar Harian

Isu ADUN Layang-layang, Memo Akan Diserah Ke Pejabat MB

Posted by Unknown on 11 Februari 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) Simpang Renggam akan bertindak menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar atau menggunakan saluran undang-undang.

Langkah ini dilakukan kata Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang,Onn Md Yassin enggan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Onn kata Suhaizan dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika berucap di sebuah majlis perasmian Kursus Asas Haji di Masjid Al Falah, 3 Februari lalu.

“Kita desak Onn mohon maaf sama ada di masjid yang sama selewatnya Jumaat depan di mana lokasi dia membuat ucapan yang mencetuskan api perkauman.

“Sekiranya gagal, PR akan bertindak menghantar memorandum ke pejabat Menteri Besar atau menggunakan saluran undang-undang,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan.

Suhaizan berkata, ucapan yang dibuat Onn itu boleh disiasat di bawah Akta 574, Seksyen 298 dan 298(a) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Sementara itu, Ketua PKR Cabang Simpang Renggam, Mohd Ishak Shir Mohd berkata, pada jam 10 pagi itu, Onn telah mengeluarka kenyataan fitnah semata-mata meraih undi.

“Seramai 100 bakal haji yang berada di situ dan kita menerima lima laporan yang diajukan mengenai kenyataan Onn itu.

“Ia sebagai satu ugutan kepada orang Islam yang sengaja untuk mencetuskan situasi huru-hara,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Janji Pemaju Ditagih

Posted by Unknown on 23 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibn Bacoks

JOHOR BAHRU – Sikap pemaju yang tidak menunaikan janji membuatkan penduduk mengadakan bantahan bagi pembinaan projek perumahan menggunakan lot kemudahan awam.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kempas, Suhaizan Kaiat, penduduk fasa Carnarion Taman Pulai Indah terdorong mengadakan bantahan itu setelah pembinaan itu seperti diwartakan di dalam geran hak milik sementara sejak 2005.

Katanya, pembeli kediaman fasa berkenaan sebelum ini tertarik untuk membeli kediaman di kawasan terbabit kerana kedudukannya yang strategik selain berhampiran dengan pelbagai kemudahan awam seperti dijanjikan pemaju.

Menurutnya, selama hampir lapan tahun mendiami perumahan itu, penduduk terus menunggu pembinaan tadika, balai raya, gerai dan tempat letak kereta sehingga mereka dikejutkan dengan pemasangan cerucuk bagi pembinaan kediaman baru, pada akhir Disember lalu.

“Menurut Rajeli Luta, pengerusi Jawatankuasa bertindak, mereka terkejut kerana lot yang sepatutnya dibina kemudahan seperti yang dijanjikan diubah kepada pembinaan rumah teres dua tingkat sebanyak 60 unit tanpa perbincangan dan notis.

“Pembinaan rumah teres baru adalah bertentangan dengan pelan asal semasa perjanjian jual beli dibuatm kami juga difahamkan kesemua kediaman baru itu telah habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan.

Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) Terus Dipantau

Posted by Unknown on 11 Disember 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.

"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri, di Nusajaya hari ini.

Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.

Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Datuk Hoo Seong Chang berkata dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat.

Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di Nusajaya.

"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar; Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Baharu; Kota Tinggi; Pontian; Taman Maju Jaya di Labis; Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata. - Bernama

Mohon Jalan Pintas Dibuka

Posted by Unknown on 10 Disember 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Penduduk dari Taman JP Perdana, di sini, memohon agar laluan Jalan Persiaran Jaya Putra yang menghubungkan pasar dan balai polis berhampiran dibuka kepada orang ramai.

Wakil penduduk, Ching Kim Choon, 51, mendakwa, laluan itu sepatutnya dibuka bagi memudahkan orang ramai untuk ke pusat komersil Setia Indah yang terletak kurang satu kilometer dari penempatan mereka.

“Saya telah tinggal di sini sejak lima tahun lalu, dan mengikut pelan pembangunan yang dirancang di situ, ada sebuah jalan yang menghubungkan perumahan ini ke pasar berdekatan.

“Saya tidak faham mengapa laluan ini tidak dibuka kepada orang awam sedangkan ia telah lama siap.

"Akibat adanya pengadang ini, kami terpaksa berpusing sejauh lima kilometer dengan memakan masa 10 minit, sedangkan hakikatnya ia terletak kurang satu kilometer dari rumah,” katanya.

Manakala bagi pesara, Mohd Sapar, 58, juga kesal dengan penutupan laluan itu kerana laluan memberi kemudahan buat ramai orang jika ianya dibuka.

“Pernah berlaku kecemasan untuk ke balai polis, kami terpaksa berpusing jauh dan mengambil masa yang panjang untuk menemui pihak berkuasa,” katanya.

Aduan terbabit turut disuarakan kepada Timbalan Setiausaha PKR, Steven Choong yang telah mengajukan permasalahan penduduk di situ ke pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kami telah rujuk perkara ini untuk tindakan PBT untuk memberi perintah membuka laluan ini,” katanya.

Permasalahan penduduk tersebut turut diajukan kepada pemaju berkenaan dan menurut jurucakapnya, jalan terbabit merupakan laluan persendirian yang hanya akan dibuka sebaik semua projek pembangunan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Kita menutup laluan tersebut bagi kenderaan kerana ia berbahaya buat pengguna melalui jalan tersebut dan kami mempunyai kuasa kerana ia milik persendirian.

“Bagaimanapun terdapat kenderaan seperti motosikal yang tetap menggunakan laluan itu secara tidak sah. Kita tidak menghalang namun sekiranya berlaku sesuatu ia di bawah tanggungjawab individu tersebut,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Cubaan Berpolitik Dalam Surau Dikesan

Posted by Unknown on 28 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibn Bacoks

JOHOR BAHRU – Satu kumpulan yang digelar Geng Usrah Pemuda JB mendakwa terdapat sebuah surau di daerah ini telah dijadikan bilik gerakan UMNO-BN dipercayai digunakan bagi persediaan parti itu menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Jurucakapnya, Abd Hafizd Abd Karim berkata, pihaknya terkejut dengan penemuan ini dan ia dianggap satu penyalahgunaan kuasa terhadap rumah ibadah seperti itu.

Tambahan pula, surau yang dianggap ‘hidup segan mati tak mahu’ itu merupakan tempat kumpulannya mengadakan sesi perbincangan agama.

“Apakah yang anda semua nampak? Bilik Gerakan UMNO BN! Di mana? Di tanah Surau tu! Jalan Harimau Kumbang. Berhadapan dengan KSL City. Dekat dengan Holiday Plaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya membantah tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab itu dan mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia mencemarkan kesucian agama.

“Minta Jabatan Agama Islam siasat segera!. Ini penyalahgunaan surau. Jika surau diimarahkan tak kisah. Tapi kini surau mati dan sunyi. Bilik gerakan di sebalik surau boleh dihidupkan.

“Kami geng Usrah Pemuda JB membantah kezaliman ini,” jelasnya lagi.

Pro Canselor UTM Diiktiraf

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai warganegara Malaysia paling senior pernah menjejakkan kaki ke Everest Base Camp (EBC) di Nepal, 12 November lalu.

Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, 72, yang disertai dua kakitangan UTM dan lima mahasiswa berjaya tiba di EBC pada ketinggian 5,365 meter dari aras laut sekitar jam 10.50 pagi waktu Nepal selepas memulakan perjalanan selama lapan hari.

Kejayaan beliau itu disahkan menerusi surat yang dikeluarkan oleh Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah.

Salleh bersama kumpulannya berlepas ke Nepal 2 November lalu untuk mendaki Lobuche Peak (6,135m) dan Islan Peak (6,189m).

Mahasiswa yang terlibat ialah penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Azim Afif Ishak, 23; Anis Zulaikha Zabani, 22, (Ijazah Sarjana Pangkalan Data); Nur Fadzillah Nawawi, 20, dan Mohammad Syafiq Ab Rashid, 20, (Ijazah Sarjana Muda Petroleum) serta Siti Norizati Azmi, 20, (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan).

Menceritakan kembali pengalamannya, Salleh berkata, kejayaan itu merupakan hasil doa dan sokongan keluarga, Kementerian Pengajian Tinggi, UTM, serta penaja.

Menurutnya, perjalanan dan pendakian ke EBC meluaskan pengalamannya berikutan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sepanjang berada di kaki gunung tertinggi di dunia itu.

“Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi untuk EBC, namun Alhamdulillah saya bersama dua warga UTM serta lima mahasiswa berjaya tiba ke sana.

“Sebelum ke sana, saya kerap ke gimnasium dan berenang tiga kali seminggu bagi mendapatkan kecergasan. Tambahan pula, apabila di kaki Gunung Everest, saya dibantu oleh warga UTM lain yang turut sertai ekspedisi ini termasuk seorang sherpa,” katanya kepada Sinar Harian ketika temui, di sini, semalam.

Salleh berkata, pengalaman di EBC akan dikongsi seterusnya dibukukan dan diterbit pada masa akan datang.

“Antara cerita menarik yang akan dicoretkan adalah saat-saat sukar pada hari terakhir apabila jari jemari saya menjadi beku, manakala kaki pula kesejukan.

“Pengalaman ini amat mencabar dan ia tidak sama seperti ekspedisi saya ke Antartika bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, kejayaan Pro Canselor UTM itu mampu memberi suntikan semangat kepada warga kampus khususnya mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan mendaki gunung yang semakin digemari oleh rakyat di negara ini.

“Pemergian mahasiswa ini ke sana adalah untuk menjalankan penyelidikan projek akhir mengikut keperluan jurusan yang diambil.

“Malah program pendakian ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan lima mahasiswa UTM terlibat untuk menawan puncak Everest pada tahun 2014,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Saran Guna Lebuhraya EDL

Posted by Unknown on 19 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU - Pengguna jalan raya dari arah Johor Bahru ke Johor Jaya disaran tidak menggunakan Jalan Tebrau berhampiran simpang Kampung Ubi, Jalan Tampoi pada waktu kemuncak untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, pengguna jalan raya dari arah Johor Bahru boleh menggunakan Lebuhraya EDL kerana perjalanan lebih lancar pada waktu kemuncak.

Menurutnya, ini memandangkan jalan utama tiga lorong kawasan berkenaan telah ditutup dan laluan alternatif dua lorong dari arah Johor Bahru menghala ke Johor Jaya dibuka sejak Khamis lepas.

“Kita dah minta pihak bertanggungjawab bersedia dengan satu lagi lorong tambahan sekiranya dua lorong sementara itu tidak mampu menampung jumlah pengguna jalan yang menggunakan laluan alternatif berkenaan.

“Sepanjang laluan itu tidak akan ada lagi laluan keluar masuk kerana lampu isyarat ke Tampoi akan ditutup terus untuk melancarkan perjalanan di kawasan itu.

Sumber: Sinar Harian

Hanya Orang Bodoh Percaya Tohmahan Ni!

Posted by Unknown on 2 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


JOHOR BAHRU
– “Hanya orang bodoh percaya tohmahan ni,” demikian kenyataan tegas Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman PKR Johor berhubung isu dakwaan PAS membenarkan merogol wanita bukan ISlam.

Beliau berkata demikian yang dipetik Facebook Keadilan Johor yang dihantar kepada Ibn_bacoks sebelum ini.

Mengulas lanjut, Jimmy Puah turut menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie itu adalah kenyataan ‘bodoh’ terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Menteri Besar Kelantan.

“Saya seorang non-islam malu dengan Heng Seai Kie ni. Fitnah Tok Guru dengan kenyataan yang begitu bodoh. Hanya orang bodoh percaya tohmahan ni.” kataya lagi.

Media sebelum ini melaporkan bagaimana Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

Bilik Darjah Pelajar Sekolah Agama Johor Di Rumah Kedai

Posted by Unknown on 19 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR - Laporan Audit Kelemahan Kerajaan Negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi.


"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan.

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama.

Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan.

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta.

"Semenjak tahun 2009 hingga kini, tiada program baik pulih dilaksanakan walaupun terdapat permohonan pada tahun 2010 dan 2011 oleh SA Kampung Pasir Putih dan SA Pekan Nanas.

"Keadaan ini telah menyebabkan suasana tidak selesa dan selamat
kepada murid, guru dan harta benda sekolah selain mengaibkan imej SA berbanding sekolah kebangsaan," kata laporan itu.

Antara masalah lain yang dihadapi oleh sekolah agama di Johor ialah kekurangan kemudahan infrastruktur asas, perabot sekolah yang rosak dan uzur, kekurangan guru dan kakitangan sokongan serta pengurusan aset dan inventori yang perlu dibaiki.

Menurut maklum balas Jabatan Agama Johor dalam laporan itu menyebut, kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah agama disebabkan kekangan kewangan sehingga pihak mereka perlu peruntukan daripada Majlis Agama Islam Johor bagi memenuhi keperluan tersebut.

Maklum balas itu menyebut lagi, pada tahun 2011, tiada peruntukan untuk pembelian perabot diterima daripada kerajaan negeri.

Sumber: Malaysiakini

Dialog Isu Rakyat Setempat Bersama YB Boo Cheng Hau dan Kepimpinan DAP DUN Johor Jaya

Posted by Unknown on 18 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Abusiraj Almuner

Johor Bahru, 18 Oktober - Perkara yang amat ditakuti oleh UMNO dan MCA ialah gandingan mantap Pakatan Rakyat khususnya antara parti PAS dan DAP. Kalau melihat suasana serangan politik terhadap PAS mahupun DAP yang dilakukan oleh kedua-dua parti utama BN ini, ternyata mereka cuba meruntuhkan sedaya upaya hubungan yang terjalin antara dua parti ini di dalam PR. Fitnah serta tohmahan bagaikan air pasang yang tiada surutnya, semata-mata ingin melihat kerjasama DAP dan PAS gagal. Kerap kali sentimen Islam sentiasa dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh mereka, hanya satu matlamat bagi mereka, iaitu untuk memecah-belahkan kedua-dua parti besar ini.

Bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DAP DUN Johor Jaya sebentar tadi, satu dialog telah diadakan antara Pemimpin DAP Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Pakatan Rakyat DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hou; Ketua Pemuda DAP Negeri Johor, Tuan Tan Hong Pin; Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung; Penyelia PAR Permas yang juga AJK BPPNJ, Tuan Syed Othman dan Majlis Kepimpinan DAP Johor Jaya.

Dialog serta pertemuan empat mata ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi gandingan usahasama dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. Dialog ini juga banyak membincangkan suasana isu politik setempat dan kaedah jalinan gerak-kerja bersama dalam mendekati rakyat.

Seusai majlis dialog itu, DAP DUN Johor Jaya telah melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat mereka di DUN Johor Jaya yang akan dikendalikan oleh Cik Liow Cai Tung.

"Saya berharap dengan gandingan usahasama ini, Pakatan Rakyat Khususnya di Parlimen Pasir Gudang dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat sekitar Parlimen Pasir Gudang," ucap YB Dr. Boo yang juga merupakan Adun Skudai.

Manakala Tuan Syed Othman pula menegaskan dengan usahasama ini, masalah rakyat marhein akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

MBJB tukar pelan untuk halang ceramah?

Posted by Unknown on 17 Oktober 2012 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Gara-gara kerap menganjurkan ceramah di sekitar taman perumahan di kediaman milik Suhaiaza Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) didakwa menukarkan pelan perumahan bagi memberi laluan kepada binaan lain.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam itu turut mendakwa, mengikut perancangan asal, difahamkan pembinaan bangunan seperti Balai Polis, Tadika dan Balai raya akan dilakukan di situ.

Bagaimanapun, katanya lagi, berikutan kekerapan ceramah dilakukan maka MBJB bertindak membina rumah kediaman dipercayai bagi mewujudkan kesesakan tempat letak kenderaan.

Masalah kesesakan ini boleh berlaku katanya dengan tujuan agar dapat memperlahankan aktiviti penganjuran ceramah daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Ada pihak nak halang saya untuk buat ceamah di rumah saya. Bila depan rumah saya sudah ada rumah maka kawasan akan jadi padat. Maka penduduk akan komplain. Inilah motifnya. Inilah khianat politik namanya.

“Inikah yg dikatakan janji ditepati?,” tanyanya lagi bernada kesal dalam satu kenyataan yang di hantar kepada Ibn_bacoks semalam.

Sumber : Ibn Bacoks

PAS Johor Bangga Kejayaan Graduan UTM

Posted by Tanpa Nama on 13 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

SKUDAI – Kejayaan para graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diterjemahkan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke 49 kali ini adalah merupakan hasil usaha gigih mahasiswa yang tidak ternilai dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Kegembiraan para graduan menerima segulung ijazah ini turut dirai bersama oleh kepimpinan PAS negeri Johor melalui Pengerusi Badan Perhubungan PAS negeri Johor semalam.

Menurut Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, ketika dihubungi berkata, “Kami PAS Johor mengucapkan tahniah kepada semua graduan UTM yang bergraduasi kali ini. Kita harap graduan Islam khususnya dapat memberi sumbangan pada pembangunan Islam selepas ini.

“PAS amat mengharapkan support daripada anak-anak muda yang masih mempunyai tenaga yang kuat dan fikiran yang mantap untuk terus menerajui kepimpinan negara,” jelas beliau lagi.

Menurutnya lagi, dalam soal pendidikan khususnya pendidikan di peringkat pengajian tinggi, PAS sememangnya menekankan tentang peri pentingnya menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

“PAS Johor sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri Johor ini, kita akan berusaha untuk menambah bilangan pusat-pusat pengajian seperti ini. Dan kita juga akan menambah baik kemudahan pusat pengajian yang ada di negeri Johor seperti YPJ.

“Lihat seperti mana di Selangor kita sudah berjaya menubuhkan KUIZM dan KUIN di Kedah. Ini juga merupakan salah satu tawaran dalam manifesto kita,” tegas beliau lagi.

Tambah beliau lagi, PAS menekankan model pendidikan berteraskan ilmu wahyu yang menitikberatkan soal akidah dan syariat.

“Konsep ilmu yang PAS tekankan adalah berteraskan ilmu wahyu, kemudian baru kita kembangkan dalam bidang yang lain seperti kejuruteraan, perubatan, perguruan dan sebagainya. Asasnya berdasarkan akidah dan syariat yang benar.



“Hal ini untuk kita pastikan supaya apa sahaja yang kita terokai selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam,” ujar beliau.

Ketika disoal berkaitan penglibatan mahasiswa dalam pentas politik, Dato’ Mahfodz menyatakan bahawa mahasiswa yang tidak berani berkecimpung dalam arena politik ini sebenarnya akan hilang matlamat perjuangan hidup mereka.

 Majlis Konvokesyen UTM kali ke-49 pada tahun ini yang bermula pada 13 hingga 16 Oktober 2012 menyaksikan ribuan graduan UTM bakal menerima ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda dalam semua bidang kejuruteraan, pengurusan teknologi, sains dan juga perguruan.

10 Kawasan Perumahan Miliki Taman Mainan yang Mengecewakan

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibnu Bacoks

JOHOR BAHRU – DAP bagi DUN Stulang melahirkan rasa kesal apabila taman permainan di sepuluh kawasan perumahan kebanyakannya tidak berfungsi dan tidak dapat digunakan.

Ketua Pusat Aduan DAP Johor Bahru, Andrew Chen Kah Eng berkata kecederaan boleh berlaku sekiranya peralatan itu digunakan oleh kanak-kanak tanpa dipantau ibu bapa masing-masing.

Katanya lagi, sebanyak 71 kerosakan telah dikesan termasuklah di Taman Pelangi, Taman Maju Jaya, Taman Iskandar, Taman Sri Tebrau, Kampung Menteri Sulaiman, Taman Sri Stulang dan Perumahan Rakyat Iskandar.

"Kerosakan alat permainan seperti jongkang jongket, tempat duduk dan meja, papan tanda dan lampu telah kami rekodkan.

"Bukan itu sahaja, tinjauan juga mendapati rumput di dua kawasan taman permainan tidak dipotong dan kebersihan kurang memuaskan. Ini dikhuatiri menimbulkan masalah lain termasuk haiwan berbisa," katanya lagi.

Sehubungan itu, Andrew yang juga Setiausaha Pemuda DAP Johor berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bertindak segera dan memikirkan cara terbaik memulihkan semua taman permainan ini agar dapat digunakan semula.

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini