PAS Johor Bangga Kejayaan Graduan UTM
Posted by Unknown on 13 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
SKUDAI – Kejayaan para graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diterjemahkan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke 49 kali ini adalah merupakan hasil usaha gigih mahasiswa yang tidak ternilai dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Kegembiraan para graduan menerima segulung ijazah ini turut dirai bersama oleh kepimpinan PAS negeri Johor melalui Pengerusi Badan Perhubungan PAS negeri Johor semalam.
Menurut Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, ketika dihubungi berkata, “Kami PAS Johor mengucapkan tahniah kepada semua graduan UTM yang bergraduasi kali ini. Kita harap graduan Islam khususnya dapat memberi sumbangan pada pembangunan Islam selepas ini.
“PAS amat mengharapkan support daripada anak-anak muda yang masih mempunyai tenaga yang kuat dan fikiran yang mantap untuk terus menerajui kepimpinan negara,” jelas beliau lagi.
Menurutnya lagi, dalam soal pendidikan khususnya pendidikan di peringkat pengajian tinggi, PAS sememangnya menekankan tentang peri pentingnya menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
“PAS Johor sekiranya diberi mandat untuk mentadbir negeri Johor ini, kita akan berusaha untuk menambah bilangan pusat-pusat pengajian seperti ini. Dan kita juga akan menambah baik kemudahan pusat pengajian yang ada di negeri Johor seperti YPJ.
“Lihat seperti mana di Selangor kita sudah berjaya menubuhkan KUIZM dan KUIN di Kedah. Ini juga merupakan salah satu tawaran dalam manifesto kita,” tegas beliau lagi.
Tambah beliau lagi, PAS menekankan model pendidikan berteraskan ilmu wahyu yang menitikberatkan soal akidah dan syariat.
“Konsep ilmu yang PAS tekankan adalah berteraskan ilmu wahyu, kemudian baru kita kembangkan dalam bidang yang lain seperti kejuruteraan, perubatan, perguruan dan sebagainya. Asasnya berdasarkan akidah dan syariat yang benar.
“Hal ini untuk kita pastikan supaya apa sahaja yang kita terokai selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam,” ujar beliau.
Ketika disoal berkaitan penglibatan mahasiswa dalam pentas politik, Dato’ Mahfodz menyatakan bahawa mahasiswa yang tidak berani berkecimpung dalam arena politik ini sebenarnya akan hilang matlamat perjuangan hidup mereka.
Majlis Konvokesyen UTM kali ke-49 pada tahun ini yang bermula pada 13 hingga 16 Oktober 2012 menyaksikan ribuan graduan UTM bakal menerima ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda dalam semua bidang kejuruteraan, pengurusan teknologi, sains dan juga perguruan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**







0 komen pembaca for "PAS Johor Bangga Kejayaan Graduan UTM"
Leave a reply