BlogList Malaysia

Selatan Online

Gelang Patah Panas, Bilik Gerakan MCA Bakal Ditutup?

Posted by Unknown on 16 April 2013 | 7 komen pembaca


GELANG PATAH: Pengumuman Datuk Abdul Ghani Otman sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Gelang Patah mengundang pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak. Kerusi yang tradisinya ditandingi oleh  MCA itu telah terlepas pada PRU-13 ini kepada UMNO.

Menurut Tn. Hj. Dzulkefly ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, pencalonan Datuk Abdul Ghani Othman itu menimbulkan tanda tanya apabila kerusi tersebut bukanlah kerusi yang selamat untuk beliau kerana 52% pengundi adlaah terdiri daripada masyarakat Cina.

"Pengundi Melayu di Gelang Patah hanya 36% daripada keseluruhan pengundi di Gelang Patah. Adakah ada maksud tersurat dan tersirat daripada percalonan ini?

"Kita bimbang percalonan ini bukannya untuk memenangkan beliau tetapi lebih untuk mecapai apa yang telah disebut oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir iaitu membakar api perkauman dan permusuhan antara Melayu dan Cina dalam negara kita", jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, Pakatan Rakyat komited terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang aman dimana semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya boleh hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang merdeka.

Sementara itu, penyokong Jason Teoh, Ketua MCA Gelang Patah yang disebut-sebut sebagai calon BN di sini dikatakan telah berkumpul menyatakan bantahan terhadap pencalonan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon Gelang Patah.

Malah, menurut sumber terdekat MCA, bilik-bilik gerakan akan ditutup sebgai tanda boikot terhadap penguguran Jason Teoh sebagai calon disini. MCA memnangi kerusi PArlimen Gelnag Patah pada PRU-12 yang lalu menewaskan calon daripada PKR.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


7 komen pembaca for "Gelang Patah Panas, Bilik Gerakan MCA Bakal Ditutup?"

  1. Tanpa Nama says:

    Masyarakat Melayu Johor khususnya di Gelang Patah harus menilai antara momokan dakyah palsu UMNO-Barisan Nasional kononnya DAP adalah bahaya kepada Melayu dengan apa yang sebenarnya telah dilakukan UMNO-Barisan Nasional kepada Melayu.

    Tanyakan diri siapa yang telah mengambil alih tanah-tanah orang Melayu di Gelang Patah dengan pampasan yang tidak senilai dengan tanah.

    Tanyakan diri siapa yang setelah mengambil alih tanah-tanah orang Melayu di Gelang Patah, kemudiannya membenarkan pembinaan hartanah mencecah ribuan dan jutaan ringgit yang mana tidak mampu dibeli milik oleh orang Melayu.

    Tanyakan diri siapakah penghuni-penghuni rumah-rumah mewah ditanah lama orang Melayu.

    Tanyakan diri siapa yang menyerahkan isu Pulau Batu Putih ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa tampa membuat persediaan menyeluruh dan rapi sehinggakan orang Melayu hilang Pulau Batu Putih untuk selama-lamanya.

    Tanyakan diri siapa yang mengambil tanah dan pesisir pantai Lido anugerah alam oleh tuhan untuk kenikmatan umatnya dan membenarkan pembinaan kondo-kondo mewah di sepanjang pantai Lido yang membuat bukan sahaja orang Melayu tidak mampu beli milik tetapi lenyap dimata anugerah tuhan pantai Lido.

    Tanyakan diri siapa yang telah membenarkan pengambilan tanah stesen keretapi dan tanah-tanah KTM di Singapura dan ditukar milik dengan tanah yang dinilai oleh pihak Singapura.

    Renung dan insaflah bahawa orang Melayu dibawah Barisan Nasional dan UMNO dan dibawah Menteri Besar Ghani Otman calun UMNO Barisan Nasional telah mengalami kerugian yang besar. Tidak hairanlah baru-baru ini Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Johor membuat deklarasi bahawa orang Melayu Johor ialah kaum yang termiskin di Malaysia.

    Pilihan perubahan dan masadepan ditangan anda. Buat perubahan wahai orang Melayuku.

  2. Tanpa Nama says:

    Wahai orang Melayu yang beriman sekiranya datangnya orang fasik membawa berita, selidiklah dahulu kesahihan berita tersebut agar kita sendiri pun menanggung dosa mempercayai dan menerima sebagai benar berita yang sedang disampaikan.

    Jika benar Lim Kit Siang ada menurunkan bendera UMNO dan bendera Malaysia dan kencing ditiang bendera dikediaman Menteri Besar Selangor pada tahun 1969, sudah tentu ada bukti gambar dan rekod-rekod untuk menunjukkan angkara yang dikatakan telah dilakukan Lim Kit Siang.

    Hakikatnya Lim Kit Siang pada ketika itu dalam kapal terbang dalam perjalanan pulang dari Sabah. Justru itu jika benar Lim Kit Siang kencong pada tiang bendera, mungkin Lim Kit Siang pecahkan atau turunkan tingkap kapalterbang dan "aim" terus dan tepat pada tiang bendera atau tandas kapal terbang ketika itu bocor dan Lim Kit Siang berada di dalam tandas semasa itu atau juruterbang pada masa itu adalah ahli DAP yang menyimpang laluan sah dan terbang diatas rumah Menteri Besar Selangor ketika itu.

    Wahai orang Melayu, kita dikurniakan akal dan fikiran. Marilah kita cari kebenaran. Jauhilah pembohongan UMNO Barisan Nasional.

  3. Tanpa Nama says:

    Haha..Dr Zaini mmg org dh tau kes2 dia..kalau tdk xkanla org2 umno g.patah gelar dia 'penyamun'..berucap pun entah apa2..masa dtg rasmi majlis kt sekolah rendah tempat aku siap cakap suruh budak2 sek rendah tu marah mak bapak dia kalau x sokong BN..padan muka Umno G.Patah..akhirnya Najib pilih perasuah yg xde otak jugak yg jd calon..hahaha

  4. Lan GP says:

    Sekarang di gp kecoh cina2 nk boikot BN..mula2 marah sbb dgn x beradab membuli org2 cina dgn membuang jason teoh tanpa adab dan muafakat politik,sekarang diorg lbh marah bila umno ketengahkan perasuah yg kedekut utk jd wakil dun nusajaya..cina protes & akan undi DAP & melayu protes xkan kuar mngundi..maklumat dr risikan sendiri

  5. jeffri says:

    Dr Zaini yg klinik inang tu kan?? Mmg bungkusla BN kali ni..org2 gp smua tau yg dia ni bermasalah dn penyamun..jgn harap aku ngan org2 kg aku nk undi dia..org2 umno pun ramai x suka dgn dia ni..hahaha..tahniah BN..

  6. Persatuan Kontraktor Nusajaya says:

    Nampaknya makin kecoh pasal calon,inilah yg Allah bantu PR dgn menutup hati pemimpin BN memilih calon yg boleh menang,mlm tadi heboh bila 27 cawangan umno akan sokong PAS sbb calon pok jibby semakin sombong dn celupar bila pulaukan AJK Bhg dn Cawangan bila sengaja cakap "aku peduli apa ngan korang,tunggu lps aku jd YB korang semua aku cantas",patutla member2 ramai suruh tgk page nusajayakini ni,aku pasti kemarahan ahli2 umno diperingkat najib kerana meletakkan calon Rosmah ni mmg bukti jelas BN akan berkubur buat selamanya

  7. Tanpa Nama says:

    ASSALAMUALAIKUM..DAN SELAMAT BERBINCANG KEKAWAN.
    GUA ORANG JATI JOHOR BELUM PERNAH PANGKAH BN DAH..HEHEHEHE..DUN PAS DAAA..BIARLAH SIGHANI KER, SI DR. TU KER NAK BERTANDING.. BAGILA SAPEPUN BERTANDING KAT KAW GUA NIH...MASUK KUBUR GALI SENDIRILA..
    SO GELANG-PATAH TU BAKAL KUBUR SIGHANI..MELAYU JOHOR PALING SEMEKIN.. GADUH2 X GUNA TUMBANGKAN JER BARISAN NERAKA TUH!!!!!!!

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini