Ghani Othman Ibarat Kambing Hitam UMNO?
Posted by Unknown on 16 April 2013 | 1 komen pembaca
Apakah tujuan sebenarnya tindakan UMNO/BN meletakan Dato' Abdul Ghani Othman sebagai calon Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang sedangkan jika melihat kepada komposisi pengundi, Parlimen Gelang Patah adalah kawasan yang tidak selamat untuk Dato' Ghani itulah sebabnya selama ini kerusi Parlimen Gelang Patah adalah milik MCA.
Pengundi Cina 52%, India 12% & Melayu 36% sahaja. Apakah ada maksud yang tersurat disebalik yang tersirat?
Kebimbangan kita adalah tujuan UMNO/BN meletakan Dato' Ghani Othman sebagai calon Parlimen Gelang Patah bukan untuk memenangi kerusi tersebut tetapi lebih untuk mencapai apa yang telah disebutkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad iaitu membakar dan menyemarakan api perkauman dan permusuhan antara Melayu-Cina dalam negara kita (rasist confrantation).
Jika ini benar, maka negara kita akan menuju kehancuran sedangkan Pakatan Rakyat mengimpikan sebuah negara yang aman di mana semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya boleh hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang merdeka.
Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
YDP PAS Gelang Patah
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Ghani Othman adalah orang Melayu dan Menteri Besar UMNO-Barisan Nasional yang mrmbantu melenyapkan tanah-tanah otsng Melayu di Gelang Patah.
Wajarkah kita mengundi pengkhianat bangsa ini di Gelang Patah.