BlogList Malaysia

Selatan Online

Ghani Othman Ibarat Kambing Hitam UMNO?

Posted by Unknown on 16 April 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

Apakah tujuan sebenarnya tindakan UMNO/BN meletakan Dato' Abdul Ghani Othman sebagai calon Parlimen Gelang Patah untuk berhadapan dengan Lim Kit Siang sedangkan jika melihat kepada komposisi pengundi, Parlimen Gelang Patah adalah kawasan yang tidak selamat untuk Dato' Ghani itulah sebabnya selama ini kerusi Parlimen Gelang Patah adalah milik MCA. 

Pengundi Cina 52%, India 12% & Melayu 36% sahaja. Apakah ada maksud yang tersurat disebalik yang tersirat? 

Kebimbangan kita adalah tujuan UMNO/BN meletakan Dato' Ghani Othman sebagai calon Parlimen Gelang Patah bukan untuk memenangi kerusi tersebut tetapi lebih untuk mencapai apa yang telah disebutkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad iaitu membakar dan menyemarakan api perkauman dan permusuhan antara Melayu-Cina dalam negara kita (rasist confrantation). 

Jika ini benar, maka negara kita akan menuju kehancuran sedangkan Pakatan Rakyat mengimpikan sebuah negara yang aman di mana semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan budaya boleh hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang merdeka.

Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
YDP PAS Gelang Patah

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini