BlogList Malaysia

Selatan Online

Tidak Terbela : Impi kediaman baru

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN - Usia yang semakin lanjut tidak menghalang pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Serkat, di sini untuk mencari pendapatan sampingan dengan menghasilkan dodol tradisional kampung.

Ismail Abdul Samad, 59, dan isterinya, Marshah Maidin,56 masih menggunakan kaedah tradisi kampung untuk menghasilkan dodol bermula daripada kerja memarut kelapa sehinggalah mengadun dan mengacau dodol di dalam kawah.

Ismail berkata, mereka menerima tempahan daripada pelanggang terlebih dahulu sebelum kerja membuat dodol dimulakan.

“Biasanya, menjelang hari raya banyak tempahan yang akan diterima, namun kami hanya mampu membuat mengikut apa yang kami terdaya sahaja,” katanya Sinar Harian.

Menurutnya, pendapatan sampingan yang diperoleh dari menjual dodol akan digunakan untuk perbelanjaan harian di samping pendapatan yang diperoleh dengan bekerja kampung.

Bagi Marshah, dia amat berharap agar impian mereka untuk menduduki rumah baru terlaksana kerana kediaman sekarang tidak lagi selesa untuk didiami.

Jelasnya, rumah yang dibina sejak 1982 itu, menjadi tempat berteduh untuk mereka sekeluarga, meskipun pada awalnya tiada sambungan air di situ.

“Bekalan air baru sahaja disambung ke rumah kira-kira sebulan lalu, membolehkan kami mendapatkan bekalan air bersih sendiri dan tidak perlu lagi membuat penyambungan air dari rumah jiran.

“Anak-anak seramai empat orang turut membantu setiap hari bagi meringankan beban kami, di samping anak bongsu menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM),” katanya.

Menurutnya, keadaan kediaman yang semakin uzur akibat dimakan anai-anai membuatkan mereka bimbang dengan keselamatan mereka menghuni rumah itu.

Tambahnya, beberapa bahagian rumah terutamanya di bahagian hadapan sudah dimakan anai-anai, menyebabkan ia tidak selamat lagi untuk diduduki.

“Ini menyebabkan, saya dan suami serta seorang anak yang masih lagi bersekolah akan tidur di bahagian tengah rumah yang ruangnya agak sempit,” katanya.

Justeru, Ismail amat berharap agar permohonan mereka untuk mendapatkan rumah baru akan tercapai.

“Sudah dua kali permohonan rumah PPRT di buat sejak tahun 2009, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan sehingga ke hari ini.

“Saya dan isteri amat berharap agar jawapan dapat dapat diberikan terhadap permohonan kami oleh pihak Pejabat Daerah,” katanya lagi.

Sumber : Sinar

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Tidak Terbela : Impi kediaman baru"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini