BlogList Malaysia

Selatan Online

Unidi Protes Kepada Calon BN Bakal Berlaku

Posted by Unknown on 30 April 2013 | 2 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Calon BN Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad bakal menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusinya kerana berdepan dengan undi protes daripada para penyokongnya sendiri.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Bachok Welang, pihaknya berjaya mengesan sebilangan penyokong BN yang terdiri daripada anak muda mula beralih arah di beberapa Unit Peti Undi dalam DUN ini.

“Ada beberapa kawasan anak muda bertemu kami meminta poster dan bendera. Apabila ditanya mengapa, sedangkan mereka penyokong tegar BN. Mereka kata, telah ditipu dan calon BN jarang turun padang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis BBQ dan Tayangan Pacak di Pusat Rekreasi Tampok, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian dan Firdaus Jaafar, Setiausaha Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, beliau menambah lagi, petanda sokongan kepada UMNO-BN semakin terhakis boleh dilihat kepada penganjuran program seumpama itu.

“Jika sebelum ini, PAS tidak pernah mengadakan sebarang program dalam kampung ini bagaimanapun malam ini, alhamdulillah ramai pengunjung terdiri daripada orang tempatan khasnya anak-anak muda. Ini menunjukkan PAS sudah tidak asing buat mereka,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Keperibadian Tok Guru Tarik Minat Pelakon Sertai PAS

Posted by Unknown on 19 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Pelakon terkenal, Abu Bakar Omar, 64, mengakui tertarik dengan keperibadian Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abd. Aziz Nik Mat sehingga tergerak hati ingin menggabungkan diri dalam gerakan Islam PAS.

Selain itu, menurut selebriti yang pernah meraih anugerah Skrin 2012 bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, faktor usia dan kesihatan telah mendorongnya beralih ‘kapal’ memandangkan rasa tanggungjawab untuk mewariskan sesuatu yang berharga buat anak-cucunya kelak.

“Saya ayah kepada 4 orang anak. Bapa mertua kepada tiga orang menantu. Ada tujuh orang cucu. Memperlihatkan umur dan tahap kesihatan, maka saya perlu buat perkara yang betul dan berkeyakinan.

“Kepada siapa saya nak mewariskan masa depan anak dan cucu saya. Nak jadi apa kalau saya silap (mencaturkan) waris(an),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Hi Tea bersamanya di pekarangan Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Noor Saiful Amri A Suloh, Ketua Solidariti Anak Muda (SAMM) cabang Pontian.

Mengulas lanjut, perbandingan antara Mursyidul Am PAS dengan UMNO cukup ketara ekoran Menteri Besar Kelantan mempunyai sifat kesederhanaan dan tidak suka menonjol diri.

Sebaliknya, pemimpin UMNO lebih cenderung katanya mengumpulkan kuasa, harta dan mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara dalam pentadbiran.

Anak kelahiran Alor Setar yang mana kampungnya bersebelahan dengan tempat asal usul Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bekas Perdana Menteri itu merupakan individu yang bertanggung jawab mengharamkan UMNO.

Kini katanya lagi, UMNO Baru yang lahir pada 1988 begitu cenderung kepada kerakusan kuasa yang menyebabkan rakyat negara ini diperbodohkan oleh mereka.

“UMNO 88 inilah yang nak kita lawan. Pimpinan UMNO ini yang berusaha memperbodohkan kita. Mereka fikir rakyat boleh diperbodohkan,” jelasnya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Kejutan buat Mat Maslan : 60 pemuda sertai PAS

Posted by Unknown on 17 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, mantan ahli Parlimen Pontian sudah pasti tidak boleh berbangga yang kawasannya masih kekal kubu kuat UMNO.

Seramai 60 orang pemuda menyertai PAS dalam program diadakan di markas baru Pulai Sebatang yang berhampiran IKBN, dekat sini baru-baru ini.

Penyerahan borang kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS memberi satu kejutan dan tamparan buat beliau termasuk seluruh kepimpinan Bahagian ini.

Hal ini kerana pada malam penyerahan borang PAS itu, UMNO BN turut melancarkan gerak gempurnya di Benut bagaimanapun kehadiran yang dikatakan ribuan orang itu, 30 peratus dipercayai tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Malah, insiden provokasi turut dilakukan oleh anak-anak muda yang membawa bendera ‘dacing’ yang melalui kawasan ceramah pastinya menterjemahkan satu persepsi yang mana perkembangan yang dilalui PAS amat ditakuti oleh mereka.

Mujurlah tindakan pantas anggota Polis dengan membuat sekatan jalan raya membuatkan suasana ‘panas’ kembali reda.

Menurut Salahuddin, suasana yang dilihatnya hari ini jauh berbeza dengan zamannya ketika memimpin Pemuda Pontian.

“Bukan mudah di Pontian ini dapat seorang ahli kerana kita berada dalam kubu kuat UMNO. Sayalah orang yang paling layak katakan begitu kerana di daerah ini saya dilahirkan,” katanya lagi.

Beliau yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya berkata, suasana hari ini turut memperlihatkan perubahan yang amat ketara apabila setiap ceramah yang dianjurkan disertai juga dengan kehadiran kaum bukan Islam.

” Ada kawan saya orang Cina di Segamat. Dia balik Pontian dan kami bertemu dia nyatakan sokongan kepada kita. Ini perbezaan ketara berlaku di Johor,” katanya lagi.

Beliau berkata, sokongan kaum bukan Islam merupakan petanda ‘PAS langkahnya jauh ke hadapan’ dan bukan lagi sebuah parti yang digeruni kaum Cina setelah isu-isu perkauman yang sentiasa dimainkan oleh musuh.

“PAS bukan lagi parti yang digeruni dan dibimbangi Cina atas isu yang dimainkan MCA-Gerakan dikatakan.bila PAS perintah, Hudud dilaksanakan maka gambaran ‘potong’ (digembar gembur) sana-sini.

“Saya bangga orang Cina sudah faham dengan perjuangan kita. Pagi tadi, seorang Cina bukan Islam telah diisytihar jadi calon. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chau diberi peluang jadi calon Parlimen Ayer Hitam,” jelasnya lagi.

Sumber: Ibn Bacoks

Ada Warga Pontian Dakwa Tak Dapat BR1M

Posted by Unknown on 9 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dihubungi oleh sebuah keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Kampung Api-api, dekat sini.

Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, bukan sahaja BRIM peringkat kedua tidak diterima malah pada peringkat pertama juga pengadu mengalami nasib yang sama.

“Kedua-dua BRIM tidak diterima hingga kini. Dia tahu jiran dan rakan semua telah menerimanya.

“Malahan kehidupan jiran lebih baik. Kenapa mereka dipinggirkan? Ini yang ditanya pengadu.

“Saya difahamkan, dia sendiri yang menghantar borang ke Pejabat Daerah Pontian. Bahkan, masalah ini telah dilaporkan kepada Ketua Kampung dan pihak berkenaan, namun tiada khabar (tindakan susulan diambil),” katanya lagi.

Mengulas lanjut, pihaknya akan mendapatkan jawapan daripada pihak berkenaan sebagai ikhtiar menyelesaikan kemelut ini.

“Diharap pengadu bersabar, Insya Allah,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Terminal Bas - Perlu Tunggu Syiling Runtuh?

Posted by Unknown on 7 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Selepas Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang mendedahkan nasib penduduk rumah Pangsa Taman Seri Api-Api, dekat sini berkaitan kebocoran air najis yang mengalir dari tingkat satu ke bawah blok tersebut beberapa minggu lalu namun dipandang sepi.

Bagaimanapun, satu lagi insiden dikesan membabitkan para peniaga yang menyewa premis Majlis Daerah Pontian di Terminal Pengangkutan Awam Pontian.

Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, menpersoalkan tindakan Majlis Daerah Pontian (MDP) yang dikatakan kurang peka kepada masalah berbangkit sehingga banyak masalah yang diutarakan tidak mendapat tindakan yang sewajarnya.

“Kebocoran air najis di syiling pintu masuk tandas awam tersebut telah berlaku lebih setahun, telah di laporkan berkali-kali, namun tidak jua diambil tindakan.

“Yang paling menjijikkan, air yang menitis tersebut pernah jatuh mengenai pakaian mereka dengan bau nya yang busuk, juga menganggu mereka untuk mengerjakan solat .

“Apa sudah jadi dengan unit penyelenggaraan MDP? Adakah mahu menunggu sehingga syiling runtuh ?” katanya lagi bernada sinikal.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan itu digesa bertindak bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber : Ibn Bacoks

Bakar Bendera Pula, Selepas Tampar dan Conteng Salib

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Selepas dikejutkan dengan insiden tampar kepada petugas PAS ketika memasang bendera di persimpangan Parit Madirono, Benut dekat sini, akhir bulan Januari lepas, kini ia merebak kepada contengan Salib di bendera dan Billboard.

Walaupun, satu laporan Polis telah dibuat berhubung dengan dua insiden ini bagaimanapun ia tidak membawa kepada sebarang penyelesaian apabila satu lagi siri sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggung jawab.

Difahamkan terdapat beberapa helai bendera telah dibakar dan dipancung telah dikesan sekitar Pejabat Pos hingga ke Kampung Sepah Beruang.

Malah, perbuatan itu dianggap keterlaluan apabila cebisan bendera yang dibakar sengaja diletakkan di hadapan rumah petugas PAS.

"Tindakan ini nyata ingin melakukan provokasi dan ia boleh mencetuskan pergaduhan jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan,” kata Zainubzabha, Setiausaha Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya lagi, insiden ini sengaja dilakukan dipercayai berasa bimbang dengan perkembangan gerak kerja Pakatan Rakyat (PR) khasnya PAS yang semakin diterima masyarakat.

“Mereka sebenarnya gerun dengan gerak kerja kami sejak 3 tahun lalu yang tidak henti-henti mendekati pengundi dengan pelbagai pendekatan.

“Malah, kami melihat dengan ribuan pacakan bendera BN begitu agresif sepanjang jalan Batu Pahat ke Pontian nyata menggambarkan kegusaran mereka berada pada tahap maksima, wal hal di tempat lain tidak ketara seperti di Pontian ini.

Sehubungan itu, pihak polis diminta menyiasat kes tersebut dan dapat membawa pelaku ke muka pengadilan.

Ke Mana Perginya Kekayaan Johor Selama Ini?

Posted by Unknown on 27 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Kerajaan UMNO-BN didesak untuk memberikan penjelasan di manakah perginya kekayaan hasil mahsul negeri yang banyak agar dinikmati oleh rakyat keseluruhan.

Dahulu, kata Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Johor pernah dikategorikan antara negeri berpendapatan tinggi kerana kaluasan tanahnya melalui hasil balak, perlombongan, kelapa sawit, pasir, kopi, koko, kopra dan buah-buahan tempatan.

Di samping itu, Johor turut menyumbang pendapatan di peringkat pusat melalui kutipan cukai dan perkhidmatan Pelabuhan Pasir Gudang serta aktiviti di Tambak Johor.

Namun ujarnya, rakyat Johor khusus orang Melayu masih berada di tahap rendah.

“Yang kaya raya adalah di kalangan pemimpin dan kroni mereka. Masuklah ke kawasan pendalaman, lihat sendiri dan bandingkan dengan kawasan pendalaman di negeri lain.

“Johor sepatutnya sudah lebih maju ke hadapan berdasarkan kedudukannya di apit oleh Singapura dan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kini, dakwa Dr Ungku, ia hanya tinggal kenangan apabila ada pemimpin yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan diagih-agihkan kepada kroni masing-masing.

“Semua nya tinggal kenangan dek pemimpin rakus Muhyiddin antara pemimpin UMNO Johor yang membawa masuk Syed Bukhari bagi meratah harta pusaka untuk di faraid di kalangan mereka .

Sumber : Ibn Bacoks

Tubuhkan Jawatankuasa Untuk Suarakan Masalah

Posted by Unknown on 22 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Para penduduk Kampung Parit Sungai Besar Laut bertindak menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi tujuan menyuarakan masalah prasarana di kampung itu didakwa dipinggirkan.

Menurut Ketuanya, Masek Alias, 40, dalam pertemuan dengan wakil Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut, jalan tidak berturap dan berlubang telah dikenal pasti masalah yang dipanjangkan oleh penduduk di situ. “Jalan hanya separuh diturap. Kesukaran penduduk semakin menjadi-jadi apabila banyak lopak-lopak di sepanjang jalan mengundang kemalangan. 

“Pernah ada seorang penduduk yang hantar anak ke sekolah terjatuh. Ada kes lagi, warga emas guna jalan ini turut terjatuh. Jalan ini adalah alternatif dan jalan pintas ke Parit Satu, Parit Makuaseng, jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Sri Bugis dan jalan terus Tampok Lapis laut. Disamping itu, penduduk turut menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan hasil tanaman akibat jalan yang tidak selesa seperti berlopak, berdebu ketika musim panas dan berlecak ketika hujan,” jelasnya lagi ketika menyerahkan memorandum bantahan, dengan mewakilkan kepada PAR Benut. 

Sementara itu, Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika dihubungi mengesahkan telah menerima aduan penduduk dan tindakan susulan akan dirujuk kepada pihak berwajib.

Sumber: Ibn Bacoks

Sabotaj Bendera PAS Semakin Melampau

Posted by Unknown on 15 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


PONTIAN – Para penduduk di Parlimen ini telah dikejutkan dengan penemuan beberapa bendera PAS dan billboard diconteng lambang salib serta tulisan love Jesus.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Mumazaini Misri, penemuan itu berjaya dikesan di sekitar DUN Benut dan Pulai Sebatang yang melibatkan satu billboard milik penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood.

“Pada hari Rabu bersamaan 13 Februari jam 8 pagi saya telah dimaklumkan oleh petugas saya Ahmad b. Fuad bahawa banner tersebut telah dibuang dan papan tanda serta bendera yang tersebut di atas telah diconteng dan dirosakkan.

“Antaranya, Billboard Ungku Mohamad Noor Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang diconteng ‘Love Jesus’ dan bendera PAS diconteng dengan lambang salib,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian (IPD), dekat sini, semalam.

Dr Mumamazaini dilihat memasuki IPD itu pukul 5.55 petang dengan diiringi Dr Ungku Mohd Noor dan beberapa ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan.

Katanya lagi, pihaknya percaya bahawa perbuatan tidak bertamadun itu merupakan suatu jenis vandalisme dan pencerobohan serta kerosakan ke atas harta benda peribadi.

“Tujuan saya membuat laporan ini adalah bagi pihak Polis serta mana-mana pihak bertanggung jawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara ini.

“Laporan ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang tindakan lain, termasuklah dan tidak terhad kepada tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak aaya atau mana-mana pihak yang berhak untuk mengambil tindakan,” katanya lagi

Sumber : Ibn Bacoks

Lagi 'Janji Tidak Ditepati' di Pontian

Posted by Unknown on 12 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibn Bacoks

PONTIAN – PAS Benut mangambil inisiatif sendiri menyiapkan projek memperbaiki sebuah rumah milik seorang ibu tunggal secara bergotong royong.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, langkah ini dibuat berikutan peruntukan yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu tidak ditunaikan oleh pihak berwajib sehingga sebahagian bahan-bahan binaan yang ada kian reput dan tidak boleh digunakan.

“Saya difahamkan, Zainon Salleh, 42, telah menerima bantuan membaiki rumah beberapa tahun lalu berjumlah RM5000, malangnya pihak terbabit gagal menyiapkan seperti yang dirancang,” katanya lagi.

Menurut Raden Sarobo lagi, PAS Cawangan Parit Mansor bersama kira-kira 50 orang dari kalangan Unit Amal serta penduduk kampung telah mengadakan aktiviti gotong royong selama dua hari bagi tujuan tersebut.

“Kami hanya menyempurnakan usaha ini dengan mengumpul kira-kira RM 10,000 bagi menyiapkan ruang dapur, bilik air, lantai, dinding, bumbung dan lain-lain,” katanya lagi ketika ditemui di Parit Mansor, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Zainon berkata, dia kesal dengan pihak terbabit yang gagal menyiapkan rumah seperti mana yang dijanjikan.

“Saya kesal dengan dia. Bersimpatilah. Saya ada tiga orang anak. Semuanya masih bersekolah. Yang bongsu pula, kategori OKU (Orang Kurang Upaya).

“Saya hanya dapat bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Itupun khas buat anak. Saya tak dapat. Saya kecewa kerana pemimpin UMNO tak pernah datang menjengok apa lagi membantu.

“Terima kasih kepada PAS yang sudi buat bergotong royong menyiapkan rumah yang sudah tiga tahun terbengkalai,” katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban ibu tunggal ini, pihak PAS Benut mengambil langkah membantu mendapatkan bantuan daripada agensi berwajib.

Lagi gambar di SINI.

Masih Guna Jalan Tanah Merah, Penduduk Kesal

Posted by Unknown on 11 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Para penduduk di Kampung Parit Sungai Besar laut, Benut dekat sini terkilan dan mendakwa dipinggirkan berikutan jalan kampung mereka masih menggunakan jalan tanah merah.

Menurut Ketua Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Besar, Mohamad Tahir, 61, berkata, kemudahan asas seperti jalan hanya diturap sepanjang 2 kilometer sedangkan selebihnya dibiarkan.

“Jalan hanya separuh diturap. Kesukaran penduduk semakin menjadi-jadi apabila banyak lopak-lopak di sepanjang jalan mengundang kemalangan.

“Pernah ada seorang penduduk yang hantar anak ke sekolah terjatuh. Ada kes lagi, warga emas guna jalan ini turut terjatuh,” katanya lagi ketika ditemui baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Abdul Wahid Salim, 56, berkata, para penduduk amat memerlukan jalan yang sempurna kerana ia merupakan jalan pintas ke kampung bersebelahan.

“Jalan ini adalah alternatif dan jalan pintas ke Parit Satu, Parit Makuaseng, jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan Sri Bugis dan jalan terus Tampok Lapis laut.

“Disamping itu, penduduk turut menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan hasil tanaman akibat jalan yang tidak selesa seperti berlopak, berdebu ketika musim panas dan berlecak ketika hujan,” jelasnya lagi.

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Benut ketika dihubungi mengesahkan telah menerima aduan penduduk dan tindakan susulan akan dirujuk kepada pihak berwajib.

Sumber : Ibn Bacoks

Rakyat Atau Pemimpin Yang Didahulukan?

Posted by Unknown on 11 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Jumlah hutang negara sehingga ke paras 54% telah menimbulkan tanda tanya adakah perbelanjaan negara yang diurus itu untuk kepentingan rakyat atau menyelamatkan kuasa sang pemerintah.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, hutang negara kini hampir mencecah 55% dan ia merupakan suatu jumlah yang boleh menyebabkan negara ini akan menghampiri kepada tahap muflis.

”Hanya kurang 1% sahaja lagi menuju paras muflis iaitu pada 55%.

”Namun Najib terus berbelanja besar menghamburkan wang negara melalui pelbagai projek merasuah pengundi bagi menyelamatkan bebanan pada UMNO BN yang kini ditolak rakyat.

”Yang sepatutnya beliau berhemah demi mengurangi bebanan hutang negara,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan daripada YB Dr Mujahid Yusuf Rawa pada program Pelancaran 100 hari menuju Pilihan raya (PRU) 13, di Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Pontian, dekat sini, semalam.

Hadir sama, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (Dhpp) Pusat, Subramaniam, Ketua Penerangan DHPP Johor, Nasir Prayitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Johor, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua Pontian dan Dr Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua.

Sementara itu, Dr Ungku Mohd Noor begitu optimis bahawa Bajet 2013 merupakan bajet untuk menyelamatkan kuasa UMNO BN bukan mengurangkan hutang negara.

”Yang akhirnya rakyat memikul bebanan tersebut,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Pemimpin atau rakyat yang didahulukan?

Posted by Unknown on 18 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – ”Pemimpin atau rakyat didahulukan, bandaraya dan Putrajaya kediaman pemimpin bermandikan cahaya,” demikian kata bernada sinikal oleh Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Katanya lagi, PAR Pulai Sebatang sering menerima aduan penduduk berkaitan permohonan lampu jalan yang hingga kini tidak mendapat perhatian.

”Antara yang telah lama dipohon, laluan masuk ke Kampung Seri Dungun dan Parit Ibrahim yang sangat merbahaya kepada keselamatan penduduk ketika berselisih malah diancam binatang berbisa,” katanya lagi,

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhar berhubung rungutan penduduk Kampung Pulai Sebatang yang mahukan pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang lampu jalan di kawasan berhampiran KKBN, Pusat Jalur Lebar Komuniti ( PJK ) dan Masjid.

Hal ini kerana katanya, apabila melalui jalan tersebut ia terlalu gelap pada waktu malam.

Disamping itu, KKBN yang telah beroperasi lebih 15 tahun tetapi kelihatan malap pada watu malam, tidak seceria institusi lain.

Sumber: Ibn_Bacoks

MTTP Bakal Semarakkan Perjuangan Rakyat

Posted by Unknown on 9 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Majlis Tindakan Penduduk Pontian (MTTP) yang baru sahaja ditubuhkan bertujuan menjejaki pelbagai penyelewengan urus tadbir serta memenuhi keperluan dan kebajikan penduduk Pontian yang nyata ketinggalan berbanding daerah lain.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, MTPP turut melahirkan kekesalan terhadap kegagalan Datuk Ahmad Maslan, selaku Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri dan pemimpin tertinggi UMNO didakwa tidak berupaya meningkatkan prasarana serta menangani masalah semasa penduduk setanding dengan kedudukannya.

”MTPP akan menyiapkan risalah mengandungi sejumlah maklumat berkaitan kelemahan dan penyelewengan dalam urus tadbir Daerah Pontian selama ini .

”MTPP juga sudah mendapat seorang penasihat Guaman dan kerjasama dari agensi berkaitan iaitu SPRM bagi menggerakkan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama beberapa NGO, wakil penduduk, pekebun dan nelayan semalam.

Sehubungan itu, Penduduk Pontian diminta untuk berani ke hadapan dalam memberi kerjasama kepada badan ini .

”Semoga akan berlaku suatu perubahan budaya urus tadbir negara ke arah yang lebih baik di samping mengembalikan kuasa, NEGARA HAK MILIK RAKYAT “

Sumber : Ibn Bacoks

Demontrasi Masakan : Wanita DHPP dan Muslimat PAS bergabung

Posted by Unknown on 24 Oktober 2012 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – ”Program santai (Hi Tea DHPP & Demontrasi Masakan oleh Muslimat dan Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini bertujuan untuk timba ilmu, kongsi pengetahuan, saling bertemu dan silaturrahim. Ia turut pertemuan hubungan antara manusia yang dituntut Islam,” kata Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Raden berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis Hi Tea bersama Non Muslim & Demontrasi Masakan di Dewan Utama Pusat Tarbiah PAS Kawasan Pontian, Kampung Api-api, dekat sini. semalam.

Hadir sama, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong demikian kata Richard Wong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, Richard dalam ucapannya menyeru ahli PAS kawasan ini supaya melipat gandakan kerja bagi menumbangkan UMNO-BN di negeri ini.

”Kalau UMNO sini (Pontian) tak tumbang, susah nak ke Putrajaya. (justeru) kita (Pakatan Rakyat) kena bangun dan bersatu hati lawan (benamkan UMNO-BN di Pontian)” katanya lagi.

Manakala Dr Ungku Mohd Noor pula berkata UMNO, yang sebuah parti yang mendominasi rakan sekutunya dalam BN dakwanya gagal berperanan menyatukan kesemua bangsa dalam negara ini.

“Saya memang bekas ahli UMNO. Pilihan raya 1982 saya jadi Ketua Urusan Kenderaan. Diperuntukkan sebanyak RM20.000 di DUN Rengit. Tahun 1984 saya isytihar masuk PAS. 1986 saya bertanding di DUn itu.

“Saya ingin ceritakan pengalaman saya. Sewaktu berumur 28 tahun, saya berpeluang untuk mengerjakan Haji. waktu itu masih UMNO. Dalam UMNO saya disogokkan satu fahaman yang karut seperti CIna ini Komunis dan sebagainya.

“Peliknya, bila saya berada di Safwa dan Marwa. Ada satu peristiwa yang menyayat hati saya. Saya lihat ada sekumpulan orang Cina mengerjakan Haji berehat di situ. Meleleh air mata saya. ni saudaraku. Orang Cina saudara kita. Tapi dibiarkan UMNO (kerana kurang berusaha melebarkan dakwah kepada kaum itu).

“Berasa nak segera pulang nak jumpa. Ini sangat bahaya (kalau cuba tiupkan sentimen perkauman). Oleh itu, tahun 1986 saya masuk PAS. Ini UMNO tak ajar kita (waktu masih berada dalam parti itu,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

Penyerahan Bantahan Peniaga Kepada MDP oleh PAR

Posted by Unknown on 19 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Arahan kepada program mengecat semula bangunan oleh Majlis Daerah Pontian di sini menerima bantahan kira-kira 600 peniaga dan penyewa bangunan.

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tanjung Piai, Ghazely Ayub berkata, penyerahan bantahan itu dilakukan setelah aduan diterimanya kepada Yang Dipertua MDP, Miswan Yunus, dekat sini, baru-baru ini akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan pengadu.

”Bantahan berkenaan melibatkan tiga perkara iaitu notis terlalu singkat iaitu 16 hari dan hanya satu jenama cat dan pembekal sahaja dibenarkan untuk melaksanakan program terbabit serta kos yang tidak jelas,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Johor.

Hadir sama, Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor dan Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Justeru, pihaknya mencadangkan beberapa perkara penambahbaikan yang boleh diambil pihak MDP seperti mengadakan dialog terbuka kepada semua peniaga dan penyewa.

Jelasnya lagi, dialog terbuka ini penting agar peniaga lebih jelas dan faham mengapa program tersebut dilakukan.

sumber: Ibn_Bacoks

Cawangan Baru Akan Ditubuhkan Di Benut – Mazlan

Posted by Unknown on 18 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibnu Bacoks

PONTIAN – Arus perubahan di Johor telah menampakkan riaknya apabila ada satu lagi cawangan baru yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini, demikian kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor.

"Malam ini saya bersama ‘Leftenan Adnan’, Hairie Othman dan YDP PAS Kawasan Batu Pahat berceramah di satu lagi kawasan kubu kuat UMNO, Kg. Belahan Tampok. Berceramah di rumah Hj. Nor, Ketua PAS Cawangan di situ.

"Saya difahamkan oleh petugas-petugas, ramai orang tempatan yang hadir khususnya anak muda. Selesai ceramah, ada orang Benut jumpa saya dan minta berceramah di tempatnya. Belum ada cawangan PAS di situ.

"Beberapa penyokong PAS sedang dikumpul untuk tubuhkan cawangan baru. Mereka minta saya datang lepas Hari Raya Qorban ini.

"Alhamdulillah, semakin subur sokongan kepada PAS. Bekas-bekas pemimpin masyarakat, pemimpin dan aktivis UMNO serta anak-anak muda bertali arus menyertai PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mazlan turut mendedahkan bagaimana projek RAPID dan isu FGVH didakwa merupakan pengkhianatan UMNO-BN kepada rakyat negara ini.

Malah, projek itu dilakukan semata-mata untuk mengkayakan kroni mereka dengan merampas tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Saya fokus kepada dua isu sahaja, iaitu projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Pengerang dan FGVH. Bukti pengkhianatan pemimpin Umno kepada bangsanya sendiri. Rampas tanah penduduk, kayakan kroni," katanya lagi.

Tuduhan Non Muslim Jauh Dengan PAS disangkal

Posted by Unknown on 16 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN – Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor hari ini menyangkal sangkaan ‘jahat’ UMNO-BN berkaitan hubungan PAS dengan masyarakat Non Muslim dikatakan terlalu jauh.

Sedangkan, kerjasama yang dijalinkan selama ini nyata memberi gambaran yang baik bahawa kaum itu semakin dekat sekaligus merungkai kekusutan yang berkait dengan ‘Hudud’.

”Disebalik tuduhan dan sangkaan jahat BN, hubungan PAS dengan non muslim semakin erat. Hitea di Pekan Sanglang, Pontian dihadiri ramai kaum cina.

”Sudah 80 orang mengisi borang menjadi ahli DHPP. Sesuatu yang tidak termimpi dahulu bagaimana orang cina boleh menyokong PAS.

”Bila ditanya mengenai hudud, mereka kata, ‘ apa gua takut, hudud utk org jahat maa’..

”Nampaknya mereka lebih faham daripada sesetengah orang melayu sendiri .Hari ini satu bas daripada PAS Kawasan Pontian bawa penduduk cina sekitar Air Baloi dan Sanglang ke Kelantan. Mereka cukup seronok dimaklumkan akan dapat bertemu Tok Guru Nik Aziz,” katanya lagi.

Mazlan berkata demikian sebagai mengulas program Hi tea bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, di pekarangan Unit Peti Undi (UPU) Sanglang, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang.

Katanya lagi, program tersebut turut membuktikan yang kekuasaan Allah swt lebih tinggi daripada makhluk.

”Inilah kekuasaan Allah dan nikmat perjuangan Islam. Moga kita istiqomah menyampaikan dakwah kepada masyarakat termasuk golongan Bukan Islam,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Ungku Mohd Noor memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memulakan bibit kebencian antara kaum termasuklah UMNO agar insafi amanah Pencipta yang diberikan.

”Mereka juga makhluk Allah. Hak mereka ada pada kita. Sudahkah kita tunaikan? Insaflah wahai extremis Melayu-Islam. Tunaikan amanah Allah. Hindari kebencian kerana berlainan kaum,” katanya lagi.

Sumber: Ibn_Bacoks

Tiada paksaan dalam agama – Ust Dollah

Posted by Unknown on 15 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


PONTIAN – ”Tiada paksaan dalam agama. Orang bukan Islam bebas berniaga, bersosial dan bergerak dalam sebuah negara Islam. Hak mereka dijamin oleh agama,” demikian penegasan daripada Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor.

Ustaz Abdullah berkata demikian pada majlis Meraikan Bakal Haji dan Tazkirah Khas Untuk Kaum Tionghua anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut di pekarangan rumah Abdullah Genu dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Nasir Payitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Johor, Tan Ah Kaw, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pontian.

Terdahulu, kira-kira 8 orang jemaah Haji bakal berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah ini nanti.

Sementara itu, Nasir berkata, program semumpama ini nyata dapat meleraikan kekusutan berkaitan tentang Islam.

”Sebelum ini, orang Cina ingat tanda orang Islam pergi Haji ke Mekah dengan memakai kopiah. Tapi dengan penjelasan Ustaz Abdullah tadi sekurang-kurangnya sampai maksud kepada mereka akan kehendak Haji itu,” kata Nasir lagi yang bertindak sebagai penterjemah kepada bahasa Mandarin.

sumber: ibn_bacoks

Tidak Terbela : Impi kediaman baru

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PONTIAN - Usia yang semakin lanjut tidak menghalang pasangan suami isteri yang tinggal di Kampung Serkat, di sini untuk mencari pendapatan sampingan dengan menghasilkan dodol tradisional kampung.

Ismail Abdul Samad, 59, dan isterinya, Marshah Maidin,56 masih menggunakan kaedah tradisi kampung untuk menghasilkan dodol bermula daripada kerja memarut kelapa sehinggalah mengadun dan mengacau dodol di dalam kawah.

Ismail berkata, mereka menerima tempahan daripada pelanggang terlebih dahulu sebelum kerja membuat dodol dimulakan.

“Biasanya, menjelang hari raya banyak tempahan yang akan diterima, namun kami hanya mampu membuat mengikut apa yang kami terdaya sahaja,” katanya Sinar Harian.

Menurutnya, pendapatan sampingan yang diperoleh dari menjual dodol akan digunakan untuk perbelanjaan harian di samping pendapatan yang diperoleh dengan bekerja kampung.

Bagi Marshah, dia amat berharap agar impian mereka untuk menduduki rumah baru terlaksana kerana kediaman sekarang tidak lagi selesa untuk didiami.

Jelasnya, rumah yang dibina sejak 1982 itu, menjadi tempat berteduh untuk mereka sekeluarga, meskipun pada awalnya tiada sambungan air di situ.

“Bekalan air baru sahaja disambung ke rumah kira-kira sebulan lalu, membolehkan kami mendapatkan bekalan air bersih sendiri dan tidak perlu lagi membuat penyambungan air dari rumah jiran.

“Anak-anak seramai empat orang turut membantu setiap hari bagi meringankan beban kami, di samping anak bongsu menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM),” katanya.

Menurutnya, keadaan kediaman yang semakin uzur akibat dimakan anai-anai membuatkan mereka bimbang dengan keselamatan mereka menghuni rumah itu.

Tambahnya, beberapa bahagian rumah terutamanya di bahagian hadapan sudah dimakan anai-anai, menyebabkan ia tidak selamat lagi untuk diduduki.

“Ini menyebabkan, saya dan suami serta seorang anak yang masih lagi bersekolah akan tidur di bahagian tengah rumah yang ruangnya agak sempit,” katanya.

Justeru, Ismail amat berharap agar permohonan mereka untuk mendapatkan rumah baru akan tercapai.

“Sudah dua kali permohonan rumah PPRT di buat sejak tahun 2009, namun tiada sebarang jawapan yang diberikan sehingga ke hari ini.

“Saya dan isteri amat berharap agar jawapan dapat dapat diberikan terhadap permohonan kami oleh pihak Pejabat Daerah,” katanya lagi.

Sumber : Sinar

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini