BlogList Malaysia

Selatan Online

Unidi Protes Kepada Calon BN Bakal Berlaku

Posted by Unknown on 30 April 2013 | 2 komen pembaca


PONTIAN – Calon BN Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad bakal menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusinya kerana berdepan dengan undi protes daripada para penyokongnya sendiri.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Bachok Welang, pihaknya berjaya mengesan sebilangan penyokong BN yang terdiri daripada anak muda mula beralih arah di beberapa Unit Peti Undi dalam DUN ini.

“Ada beberapa kawasan anak muda bertemu kami meminta poster dan bendera. Apabila ditanya mengapa, sedangkan mereka penyokong tegar BN. Mereka kata, telah ditipu dan calon BN jarang turun padang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis BBQ dan Tayangan Pacak di Pusat Rekreasi Tampok, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ustaz Mohd Faizul Hakim Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pontian dan Firdaus Jaafar, Setiausaha Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, beliau menambah lagi, petanda sokongan kepada UMNO-BN semakin terhakis boleh dilihat kepada penganjuran program seumpama itu.

“Jika sebelum ini, PAS tidak pernah mengadakan sebarang program dalam kampung ini bagaimanapun malam ini, alhamdulillah ramai pengunjung terdiri daripada orang tempatan khasnya anak-anak muda. Ini menunjukkan PAS sudah tidak asing buat mereka,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


2 komen pembaca for "Unidi Protes Kepada Calon BN Bakal Berlaku"

  1. Tanpa Nama says:

    Bendera BN diturunkan di kg Gua..
    Nk Tau psl apa..Psl yg tukang pacak bendera BN tu sbnrnya x penah pon mengundi BN selama ni..Hanya wayang utk kaburkan mata YB yg poyo kt tempat gua tuh..Suh buat Bilik gerakan dorang buat..suh pasang poster dorang buat..tgh2 mlm dorang supply duit kt bilik gerakan PR utk kerja2 Kempen PR..
    Mampos YB kena kencing..
    hahahaha...

  2. Tanpa Nama says:

    tumpang tanya sikit ........kg gua mana tu

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini