Bala Bagi Yang Melawan BN
Posted by Unknown on 1 Mei 2013 | 3 komen pembaca
PENGERANG, 1 Mei 2013 - Gambar arwah Cikgu Azli (abah) calon PAS N.38 DUN Penawar, Anis Afida Mohd Azli bertaburan di sekitar kawasan Air Tawar 4, Air Tawar 5, Bandar Mas dan Bandar Penawar awal pagi tadi. Menurut Anis, beliau mendapat panggilan telefon daripada atuk saudaranya di Felda Sungai Mas pagi tadi, memaklumkan apa yang telah berlaku.
Gambar yang dipercayai dicetak dan disebarkan oleh penggerak parti Barisan Nasional itu tertulis ayat "BALA BAGI YANG MENENTANG BARISAN NASIONAL", cukup menggambarkan kerendahan moral ahli parti tersebut, malah dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti ahli keluarga arwah.
Anis Afida memuat naik gambar ini di Facebooknya pagi ini dengan kenyataan 'cukuplah Allah bagiku'. Anis dan ahli keluarganya tenang sahaja dengan provokasi pihak BN, malah bersedia untuk menghadapi sebarang fitnah yang tidak dijangka pada hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi Ahad ini.
Oleh: Nusaybah Kaab
Oleh: Nusaybah Kaab
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
itu lah akibat melayu dibodohkan selama 55th olih parti melayu haprak lagi bangsat!!!
yang penting yang melakukuan itu musuh namanya musuh. musuh wajib dilawan
lawan tetap lawan.
lihat kepada segala apa yang dicakap dan yang dilakukan adakah seiring dengan syariat agama Islam atau tidak.
jika "ya" , umat rasulullah dan jika "tidak" , pengikut syaitan .Tiada antara keduanya.