MTTP Bakal Semarakkan Perjuangan Rakyat
Posted by Unknown on 9 November 2012 | 0 komen pembaca
PONTIAN – Majlis Tindakan Penduduk Pontian (MTTP) yang baru sahaja ditubuhkan bertujuan menjejaki pelbagai penyelewengan urus tadbir serta memenuhi keperluan dan kebajikan penduduk Pontian yang nyata ketinggalan berbanding daerah lain.
Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, MTPP turut melahirkan kekesalan terhadap kegagalan Datuk Ahmad Maslan, selaku Ahli Parlimen bertaraf Timbalan Menteri dan pemimpin tertinggi UMNO didakwa tidak berupaya meningkatkan prasarana serta menangani masalah semasa penduduk setanding dengan kedudukannya.
”MTPP akan menyiapkan risalah mengandungi sejumlah maklumat berkaitan kelemahan dan penyelewengan dalam urus tadbir Daerah Pontian selama ini .
”MTPP juga sudah mendapat seorang penasihat Guaman dan kerjasama dari agensi berkaitan iaitu SPRM bagi menggerakkan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama beberapa NGO, wakil penduduk, pekebun dan nelayan semalam.
Sehubungan itu, Penduduk Pontian diminta untuk berani ke hadapan dalam memberi kerjasama kepada badan ini .
”Semoga akan berlaku suatu perubahan budaya urus tadbir negara ke arah yang lebih baik di samping mengembalikan kuasa, NEGARA HAK MILIK RAKYAT “
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "MTTP Bakal Semarakkan Perjuangan Rakyat"
Leave a reply