Dialog Isu Rakyat Setempat Bersama YB Boo Cheng Hau dan Kepimpinan DAP DUN Johor Jaya
Posted by Unknown on 18 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
Johor Bahru, 18 Oktober - Perkara yang amat ditakuti oleh UMNO dan MCA ialah gandingan mantap Pakatan Rakyat khususnya antara parti PAS dan DAP. Kalau melihat suasana serangan politik terhadap PAS mahupun DAP yang dilakukan oleh kedua-dua parti utama BN ini, ternyata mereka cuba meruntuhkan sedaya upaya hubungan yang terjalin antara dua parti ini di dalam PR. Fitnah serta tohmahan bagaikan air pasang yang tiada surutnya, semata-mata ingin melihat kerjasama DAP dan PAS gagal. Kerap kali sentimen Islam sentiasa dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh mereka, hanya satu matlamat bagi mereka, iaitu untuk memecah-belahkan kedua-dua parti besar ini.
Bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DAP DUN Johor Jaya sebentar tadi, satu dialog telah diadakan antara Pemimpin DAP Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Pakatan Rakyat DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hou; Ketua Pemuda DAP Negeri Johor, Tuan Tan Hong Pin; Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung; Penyelia PAR Permas yang juga AJK BPPNJ, Tuan Syed Othman dan Majlis Kepimpinan DAP Johor Jaya.
Dialog serta pertemuan empat mata ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi gandingan usahasama dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. Dialog ini juga banyak membincangkan suasana isu politik setempat dan kaedah jalinan gerak-kerja bersama dalam mendekati rakyat.
Seusai majlis dialog itu, DAP DUN Johor Jaya telah melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat mereka di DUN Johor Jaya yang akan dikendalikan oleh Cik Liow Cai Tung.
"Saya berharap dengan gandingan usahasama ini, Pakatan Rakyat Khususnya di Parlimen Pasir Gudang dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat sekitar Parlimen Pasir Gudang," ucap YB Dr. Boo yang juga merupakan Adun Skudai.
Manakala Tuan Syed Othman pula menegaskan dengan usahasama ini, masalah rakyat marhein akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Dialog Isu Rakyat Setempat Bersama YB Boo Cheng Hau dan Kepimpinan DAP DUN Johor Jaya"
Leave a reply