MBJB tukar pelan untuk halang ceramah?
Posted by Unknown on 17 Oktober 2012 | 1 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Gara-gara kerap menganjurkan ceramah di sekitar taman perumahan di kediaman milik Suhaiaza Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) didakwa menukarkan pelan perumahan bagi memberi laluan kepada binaan lain.
Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam itu turut mendakwa, mengikut perancangan asal, difahamkan pembinaan bangunan seperti Balai Polis, Tadika dan Balai raya akan dilakukan di situ.
Bagaimanapun, katanya lagi, berikutan kekerapan ceramah dilakukan maka MBJB bertindak membina rumah kediaman dipercayai bagi mewujudkan kesesakan tempat letak kenderaan.
Masalah kesesakan ini boleh berlaku katanya dengan tujuan agar dapat memperlahankan aktiviti penganjuran ceramah daripada Pakatan Rakyat (PR).
“Ada pihak nak halang saya untuk buat ceamah di rumah saya. Bila depan rumah saya sudah ada rumah maka kawasan akan jadi padat. Maka penduduk akan komplain. Inilah motifnya. Inilah khianat politik namanya.
“Inikah yg dikatakan janji ditepati?,” tanyanya lagi bernada kesal dalam satu kenyataan yang di hantar kepada Ibn_bacoks semalam.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Ni nk tanya sikitla.. Berapa kerap ceramah kat rumah suhaizan tu ea? 2 tahun sekali ke? Kerapnya? Atau..jiran2 tak selesa dgn saudara suhaizan?