BlogList Malaysia

Selatan Online

37 Tahun Hidup Tanpa Pengenalan Diri

Posted by Unknown on 17 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner

PERMAS - Dalam negara yang sekian lama mencapai kemerdekaan dan menuju ke arah negara membangun, sudah pasti masalah yang melibatkan status warganegara dan pengenalan diri setiap warganegara sudah lama ditangani.

Pagi semalam, PAR PERMAS menerima aduan dari seorang lelaki bernama Zulkarnain bin Mohd Noh, berusia 38 tahun, berasal dari Kpg Batu 41, Simpang Renggam. Beliau gagal mendapatkan kad pengenalan kerana ketiadaan surat beranak.

Beliau yang sudah berkahwin dengan Zalifah Bt Mat Yatim, 27 tahun, mempunyai 2 orang anak yang berusia 7 tahun dan 6 tahun. Beliau yang berkahwin ketika itu, mengunakan surat pengenalan sementara. 

Beliau yang tidak pernah bersekolah itu, berkerja sebagai jurukimpal hanya mempunyai surat pengenalan sementara dan beberapa kali berusaha untuk mendapatkan kad pengenalan. Beliau memohon pada tahun 2009 tetapi ditolak kerana tiada bukti bertulis mengenai kelahirannya.

Menurut cerita ibu angkat yang menjaga beliau, Maimooh bt Basir, 60 tahun, pada tahun 1975 semasa beliau berada di Kempas, Johor, beliau telah didatangi oleh sepasang suami-isteri yang ingin menumpangkan Zulkarnain di rumah beliau dan katanya mahu keluar sekejap untuk membeli barangan keperluan. Akhirnya sepasang suami-isteri tersebut menghilangkan diri dan beliau terpaksa menjaga Zukarnain hingga umurnya sekarang mencecah 30 tahun.

Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman berkata, beliau akan mengadakan sidang media mengenainya dan sementara waktu beliau akan merujuk aduan ini ke pegawai JPA Pasir Gudang.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "37 Tahun Hidup Tanpa Pengenalan Diri"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini