BlogList Malaysia

Selatan Online

Sabotaj Markas : Pasir Gudang Makin Panas

Posted by Unknown on 12 April 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PASIR GUDANG – Suasana politik di Parlimen ini semakin panas apabila dicemari dengan pelbagai sabotaj dan provokasi yang tidak menampakkan kesudahannya.

Terbaru, bangunan PAS Pasir Gudang telah diconteng oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Malah, ada sekumpulan 30 anak muda dikesan membakar dan menurunkan bendera PAS minggu lalu.

Sementara itu, ramai pengguna laman sosial Facebook melahirkan kekesalan berhubung insiden ini nyata pengamal budaya songgang terbabit tidak menghormati demokrasi berpolitik.

“Lumrah dalam pertempuran ada yang terkorban & ada yang tercedera, yang penting fokus dalam perjuangan lipat gandakan kemahiran dan strategi, kata Facebook Mohd Najib Yahya.

“Sabar dan tenang dulu, lepas pilihan raya kita cat semula, sesungguh nya Allah bersama sama dengan orang-orang yang sabar .Tapi bendera kita banyak yang kena bakar , apa tindakan kita ?

“Ingatkan gelaja samseng Kat Markaz PAS Johor Jaya je, rupenya dah merebak kat area pasir gudang,” kata Admin Pas Johor Jaya.

“Ini lah perjuangan…Kesabaran di uji , kebijaksanaan di tagih, kerjasama di perkukuh. In shaa Allah kebatilan akan tumbang. Jamaah kita bertarbiah. bertindah biar berstrategi,” kata Bakar Ahmad.

Sumber : Ibn Bacoks

BN Johor Belajar Jadi Pembangkang

Posted by Unknown on 7 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHRU – Rata-rata dalam kalangan pengguna media alternatif menganggap UMNO BN sudah bersiap sedia menjadi pembangkang negeri Johor.

Hal ini kerana dalam satu program yang dianjurkannya memperlihatkan ia diadakan di kawasan tertutup seolah-seolah menggambarkan suatu yang pelik bagi sebuah negeri yang mempunyai stigma kubu kuat UMNO.

Menurut pemilik Facebook Pas Tenggara, beliau mempersoalkan bagaimanakah sebuah negeri yang terkenal dengan kekuatan dan keanggotaan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang ramai, namun program yang dianjurkan di peringkat negeri tidak mendapat sambutan.

Hal ini menimbulkan tanda tanya yang besar iaitu adakah UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai sokongan diperingkat akar umbi daripada ahli-ahlinya di negeri Johor ini?

Namun apa yang dapat disaksikan seumpama tidak menepati apa yang diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional itu.

“Himpunan BN peringkat Negeri Johor..sebegitu je? Kesian MB Johor, TPM dan pimpinan BN, sudahlah bagi baju percuma,bas percuma, tapi yang datang sebegitu je, kata UMNO ahlinya ramai, ini (program) peringkat negeri", jelas pemilik FB berkenaan.

“Buat kat stadium tertutup pulak, kenapa tak buat kat (stadium) larkin? mmm tak pe, belajar jadi pembangkang di Johor, kami dah biasa camni, tapi sekarang dah terbalik, itu tandanya UMNO dan BN akan tumbang.

“Ramainya, standard Konvo Pasti Kawasan Tenggara 2012 je yang diadakan di Dewan Kejora Bandar Tenggara,” kata pemilik Facebook Pas Tenggara.

Adminnya berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berhubung program Gelombang Biru peringkat negeri di Stadium Tertutup Pasir Gudang baru-baru ini.

MBJB Didakwa Lepas Tangan

Posted by Unknown on 21 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibn Bacoks

PASIR GUDANG – Majlis Bandaran Johor Bahru (MBJB) didakwa mengambil sikap lepas tangan terhadap satu insiden yang dialami oleh mangsa, Chong Sin Fei, 31, di Jalan Permas Jaya 3 dekat sini.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya memberi tempoh sehingga seminggu kepada Pihak berkuasab tempatan (PBT) terbabit sebelum melantik peguam.

“Pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) memberitahu mereka dalam perundingan dengan pihak MBJB.

“Sekiranya dalam tempoh seminggu masalah itu tidak dapat diselesaikan kita akan membantu pengadu melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan Sin Fie apabila MBJB mengambil tindakan membesarkan longkang berhampiran kediamannya.

Bagaimanapun, dia mendakwa masalah timbul berikutan tindakan kontraktor yang dilantik MBJB mengorek longkang menggunakan jentolak menyebabkan tembok pagar rumahnya runtuh selang sehari kemudian.

Dia mendakwa, pihak terbabit lepas tangan dalam masalah tembok pagar berkenaan.

Katanya lagi, selepas insiden itu, dia beberapa kali berulang alik ke MBJB meminta tembok pagar rumahnya dibaik pulih segera, namun selepas lebih lima bulan berlalu masalah itu belun diselesaikan.

Malah katanya lagi, keadaannya menjadi tertekan apabila dia sekeluarga terdedah dengan kes kecurian apabila pernah dimasuki pencuri bulan lepas.

Sehubungan itu, MBJB diminta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang menimpanya.

Pembuangan Sampah Haram, Lapor BPA - Syed Othman

Posted by Unknown on 19 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PASIR GUDANG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas akan memanjangkan rungutan para penduduk Taman Megah Ria, dekat sini, kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

Selain itu, Syed Othman berkata, aduan kepada pihak bertanggungjawab pernah diajukannya sebelum ini pada Oktober tahun lepas, bagaimanapun masalah yang sama semakin menjadi-jadi.

“Sekiranya dalam masa terdekat masalah itu tidak diselesaikan, kita akan mendapatkan sokongan penduduk melalui tanda tangan mereka untuk dihantar kepada pihak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Jelatang 35, Taman terbabit beberapa hari lepas.

Difahamkan, lokasi lot parkir berhampiran kediaman penduduk yang dijadikan lokasi pembuangan sampah pukal bukan sahaja menjadi pembiakan nyamuk, malah turut mengundang bau busuk.

Mengulas lanjut, Syed Othman berkata, masalah yang berlarutan sejak lima bulan lalu semakin kritikal apabila barang buangan seperti perabot lama dan bahan binaan semakin banyak dilonggokkan di lokasi itu.

Sehubungan itu, pihak berwajib didesak agar tindakan lanjut diambil bagi mengelak keadaan menjadi parah.

Sumber : Ibn Bacoks

Konflik Umno Johor, Rakyat Perlu Buka Mata

Posted by Unknown on 26 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sebahagian besar cawangan parti di Pasir Gudang menutup bilik gerakan kerana kecewa dengan tindakan Abdul Ghani yang masih belum memberi hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Laporan berkenaan memetik kenyataan pegerusi tetap Umno bahagian tersebut, Abu Bakar Alibi yang mendakwa lima bilik gerakan ditutup dan empat lagi dijangka mengambil tindakan sama menjelang pilihan raya.

"Kegagalan Abdul Ghani dalam mempertahankan kampung-kampung melayu dan juga tanah menyebabkan orang-orang Melayu di sana akan kehilangan tanah mereka.

"Kampung-kampung Melayu juga semakin terpinggir apabila kerajaan negeri gagal memberi jamin untuk mempertahankan hak mereka, apabila Umno lebih mementingkan pembangunan dari menjamin hak orang Melayu terutama dalam isu tanah," kata Salahudin.

Menurut beliau lagi, isu pengambilan tanah yang diperjuangkan PAS terutamanya di Pengerang membuktikan bahawa isu tanah adalah isu serius di negeri itu.

Ianya juga membuktikan kegagalan Umno BN negeri itu membela nasib rakyat termasuk ahli Umno sendiri berhubung isu itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan didakwa mengeluarkan amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan tersebut.

Ahmad berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber: Harakahdaily

Warga Emas 58 Tahun Belum Miliki MyKad

Posted by Unknown on 2 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

LAI SENG (tengah) dan Bah Bee (kiri) meminta bantuan Syed Othman (kanan) bagi menyelesaikan masalah Ah Seng di Pasir Gudang semalam.

PASIR GUDANG – Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) di sini bukan sahaja tidak dapat menikmati keindahan hidup seperti orang lain malah ketiadaan MyKad telah menyulitkan lagi kehidupannya.

Menurut abangnya, Ong Lai Seng, 61, penderitaan adiknya, Ong Ah Seng, 58, bermula sejak dia mengalami demam panas sewaktu berusia dua tahun menyebabkan dia lumpuh.

“Kehidupan kami sekeluarga miskin dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila bapa kami meninggal dunia beberapa tahun selepas adik saya dilahirkan.

“Sejak itu, ibu saya terpaksa menjaga kami tujuh beradik dan kesilapan bermula apabila ibu meminta bantuan rakannya untuk membuat surat beranak dan MyKad Ah Seng, tetapi rakannya hilang begitu sahaja,” katanya yang bekerja sebagai tukang kayu ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Negeri Johor di sini semalam.

Program Qurban PAS Kawasan Pasir Gudang Penyatuan Masyarakat Berteraskan Islam

Posted by Unknown on 30 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Abusiraj Almuner

PAS Kawasan Pasir Gudang melakukan ibadat qurban di setiap 11 cawangannya di dalam Parlimen Pasir Gudang.

Di antara cawangan yang terlibat termasuklah cawangan Permas Jaya, Taman Mawar, Taman Sceintex, Taman Saujana, Cendana , Sri Alam, Tmn Rinting, Kota Putri Megahria, Plentong dan Air Biru.

Sebanyak 40 ekor lembu dan 6 ekor kambing telah di qurbankan pada tahun ini. Satu peningkatan menggalakkan, hasil daripada kerjasama dari semua pihak bukan sahaja daripada ahli PAS sendiri bahkan dari masyarakat setempat.

Bermula pada hari Jumaat, PAS Cawangan Permas Jaya telah menganjurkan ibadat qurban untuk kali yang ke 2 di rumah seorang anak yatim di Jalan Permas 2/4. 3 ekor lembu telah dikorbankan. Ramai pertugas yang hadir membantu adalah dari penduduk sekitar. Seramai 100 orang fakir miskin, yatim piatu dan ibu tunggal yang telah mendapat kupon menerima agihan daging qurban.

“Selain program qurban ini, PAS Cawangan Permas Jaya kerap mengadakan sumbangan keperluan asas kepada 100 keluarga miskin sekitar Permas Jaya. Beliau juga berharap dengan adanya program sebegini ia lebih mengeratkan lagi hubungan ukhuwah masyarakat setempat dengan PAS”, kata Rahim Abdullah, 53 tahun, seorang pesara yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Permas Jaya.

Di PAS Cawangan Sri Alam 2 ,di Bandar Sri Alam Masai, sambutan Majlis Qurban yang diadakan itu amat meriah sekali dengan kehadiran hampir 80 peratus penduduk Sri Alam. Kehadiran penduduk yang hadir membantu di luar jangkaan, mereka yang hadir adalah tentera dari penempatan tentera yang berhampiran, petugas rela, warga Sabah dan turut sama hadir adalah ahli-ahli UMNO Cawangan Sri Alam.

“Penganjuran kali ini adalah yang ke 5. 13 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diqurbankan hasil daripada penyertaan penduduk dan ahli PAS sendiri. Setiap tahun katanya peningkatan penyertaan amat menggalakan hinggakan ada lembu yang diagihkan ke cawangan lain.

"Kali ini seramai 80 orang yang layak menerima dan akan diberi sebanyak 2 kilo setiap penerima. Kumpulan yasin wanita UMNO cawangan turut menyumbang 2 ekor lembu kerana dakwa mereka pengurusan PAS Cawangan Sri Alam adalah telus dalam pengagihan”, ujar Amran Abdul Aziz, 45 tahun yang juga Setiausaha PAS Cawangan Permas Jaya.

Ramai pemimpin-pemimpin dari perbagai parti turut hadir. Antaranya dari UMNO dan PKR.

Turut berkata, Murad Jalani Ketua AMK Pasir Gudang,“Program seperti ini boleh diteruskan dan dijadikan acara tahunan untuk menghidupkan suasana Sambutan Aidiladha dikalangan penduduk setempat tidak mengira fahaman politik.”

Rosli B Samiun, 52 tahun, Ketua Rela Sri Alam yang juga bekas Ketua UMNO berkata, “Rela membantu apa sahaja program rakyat tanpa mengira fahaman politik.”

Program qurban Pas kawasan pasir gudang ini turut disertai oleh rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Di Sri Alam, Saudara Jimmy Puah Pusat Khidmat PKR Johor Jaya telah membantu Penyelia PAR Permas Syed Othman, mengagihkan kepada yang layak dan juga kepada petugas.

Kehadiran rakan-rakan dalam pakatan rakyat ini dalam program qurban yang dianjurkan adalah satu daripada dakwah serta kefahaman mereka terhadap Islam. Islam tidak melarang orang bukan Islam turut sama bekerjasama dalam ibadat qurban kerana ibadat qurban itu sendiri adalah sebahagian dari masyarakat. Ia juga satu dakwah untuk mereka mengenal dan mendekati dengan Islam.

Program qurban terakhir adalah di PAS Cawangan Plentong pagi semalam, di mana 3 ekor lembu diqurbankan. Program qurban di Plentong ini adalah kali ke 3. Tahun ini penyertaan peserta qurban meningkat dan kehadiran penduduk kampung sekitar juga bertambah.

“Peserta bertambah tahun ini dan sebelum itu PAS Cawangan Plentong hanya mampu untuk melakukan qurban hanya satu ekor sahaja tetapi tahun ini peserta yang menyertainya bertambah tanpa dijangka. Hadir sama pada program qurban pagi tadi adalah rakan-rakan dari DAP Johor Jaya”, menurut kata Setiausaha Cawangan PAS Plentong Abusiraj Almuner.

“Satu peningkatan setiap tahun peserta qurban bersama PAS bahkan dari UMNO cawangan pun berminat untuk menjadi peserta kerana sistem pengurusan dan pengagihan yang telus. PAS kawasan tidak akan menolak walaupun berbeza pandangan politik kerana ibadat qurban adalah untuk semua yang beragama Islam.

"Selain itu, PAS Kawasan Pasir Gudang juga aktif dalam menjalankan program kebajikan untuk fakir miskin dan juga kerap mengadakan majlis ilmu untuk semua yang berminat tidak kira juga fahaman politik”, ulas Abdul Aziz B Abdullah, 43 tahun, Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Pasir Gudang.

Dialog Isu Rakyat Setempat Bersama YB Boo Cheng Hau dan Kepimpinan DAP DUN Johor Jaya

Posted by Unknown on 18 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Abusiraj Almuner

Johor Bahru, 18 Oktober - Perkara yang amat ditakuti oleh UMNO dan MCA ialah gandingan mantap Pakatan Rakyat khususnya antara parti PAS dan DAP. Kalau melihat suasana serangan politik terhadap PAS mahupun DAP yang dilakukan oleh kedua-dua parti utama BN ini, ternyata mereka cuba meruntuhkan sedaya upaya hubungan yang terjalin antara dua parti ini di dalam PR. Fitnah serta tohmahan bagaikan air pasang yang tiada surutnya, semata-mata ingin melihat kerjasama DAP dan PAS gagal. Kerap kali sentimen Islam sentiasa dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh mereka, hanya satu matlamat bagi mereka, iaitu untuk memecah-belahkan kedua-dua parti besar ini.

Bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DAP DUN Johor Jaya sebentar tadi, satu dialog telah diadakan antara Pemimpin DAP Negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Pakatan Rakyat DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hou; Ketua Pemuda DAP Negeri Johor, Tuan Tan Hong Pin; Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung; Penyelia PAR Permas yang juga AJK BPPNJ, Tuan Syed Othman dan Majlis Kepimpinan DAP Johor Jaya.

Dialog serta pertemuan empat mata ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi gandingan usahasama dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. Dialog ini juga banyak membincangkan suasana isu politik setempat dan kaedah jalinan gerak-kerja bersama dalam mendekati rakyat.

Seusai majlis dialog itu, DAP DUN Johor Jaya telah melancarkan Pusat Khidmat Masyarakat mereka di DUN Johor Jaya yang akan dikendalikan oleh Cik Liow Cai Tung.

"Saya berharap dengan gandingan usahasama ini, Pakatan Rakyat Khususnya di Parlimen Pasir Gudang dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat sekitar Parlimen Pasir Gudang," ucap YB Dr. Boo yang juga merupakan Adun Skudai.

Manakala Tuan Syed Othman pula menegaskan dengan usahasama ini, masalah rakyat marhein akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Lubang 'puaka' tunggu mangsa

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

PASIR GUDANG – Rata-rata pengguna jalan raya di Jalan 11 ½ Jalan Masai Lama, di sini menggelarkan lubang seperti kawah di tengah jalan sebagai lubang 'puaka' kerana kerap mengundang kemalangan.

Seorang pengadu, Mohd Latif Mohamad, 32, berkata, jalan itu kerap digunakan pekerja industri yang menghubungkan Lebuh Raya Pasir Gudang ke kawasan perindustrian Plentong.

Menurutnya, lubang yang pada awalnya kecil semakin besar dan dalam selepas dibiarkan lebih enam bulan tanpa tindakan membaik pulih di jalan berkenaan.

“Ramai yang menjadi mangsa angkara lubang ini kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan sehingga banyak kenderaan yang mengalami kerosakan.

“Saya sendiri tercedera selepas motosikal yang ditunggang gagal mengelak lubang ini sehingga terlibat kemalangan, malah ada peristiwa yang hampir meragut nyawa penunggang motosikal,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Latif berkata, keadaan bertambah bahaya pada waktu malam kerana sepanjang laluan dari kawasan perindustrian Plentong ke Lebuh Raya Pasir Gudang itu gelap tanpa diterangi cahaya lampu jalan.

Menurutnya, dalam kebimbangan pekerja industri memikirkan keselamatan melalui jalan gelap berkenaan, masih ramai yang tersungkur ke dalam lubang itu sekiranya tidak berhati-hati.

“Ada yang menjadi mangsa pada musim hujan kerana limpahan air hujan ke permukaan lubang di tengah jalan itu membuatkan pengguna jalan raya tidak nampak keadaan itu

“Kita minta jasa baik pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera dengan menurap semula jalan berkenaan kerana kita tidak mahu ada yang terkorban akibat lubang yang semakin besar itu,” katanya.

sumber: sinarharian

Penduduk Rujuk PAR Permas

Posted by Unknown on 6 Mac 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ibnu_Bacoks

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas telah menerima 12 aduan daripada penduduk yang menjadi mangsa jenayah pecah rumah di Jalan Teratai 14, Taman Johor Jaya, di sini.

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, penduduk sepatutnya tidak serik membuat laporan polis walaupun melibatkan kes jenayah kecil.

Difahamkan, para penduduk di situ diancam ragut dan jenayah pecah rumah ekoran kawasan semak berhampiran rumah kosong sejak tiga tahun lalu dipercayai menjadi tempat persembunyian penjenayah yang ingin meragut dan merompak.

Selain menyarankan kepada mereka supaya laporan polis dibuat, pihak bertanggung jawab turut digesa menebang pokok berhampiran kediaman supaya tidak lagi menghalang cahaya kampu jalan pada sebelah malam.

”Kita minta penduduk beri kerjasama kepada pihak polis agar segera membuat laporan polis sekiranya berlaku kes pecah rumah agar data yang diperolehi dapat diambil tindakan tegas.

”Kita juga minta polis meningkatkan kawalan dan rondaan di kawasan terbabit,” ujar ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu dalam satu kenyataan.

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini