BlogList Malaysia

Selatan Online

Ketua Cawangan MIC Hilang Kepercayaan Kepada BN

Posted by Unknown on 18 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner

Permas, 17 Oktober - Kerajaan Barisan Nasional yang telah dipandu oleh UMNO dalam tampuk pemerintahan selama 53 tahun masih gagal untuk membawa kehidupan selesa kepada kesemua rakyat terutama masyarakat India. Dengan harga barang yang naik dan kos kehidupan yang kian meningkat menyebabkan bukan sahaja masyarakat India menghadapi kesannya, ia turut menyebabkan seluruh rakyat Malaysia, amnya, dibelenggu kemiskinan. Pengangguran yang meningkat dikalangan masyarakat India serta faktor lain turut menyumbang kepada masalah ekonomi yang tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin MIC, menyebabkan ia bertambah parah.

Semalam, PAR Permas serta pemimpin Pakatan Rakyat yang lain secara tidak sengaja bertemu dengan seorang Ketua Cawangan MIC Perumahan Suria, Sri Alam, Tuan Jai Seelan, 40. Tuan Jai mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya tahun 1997 dan pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Agung Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

Dalam pertemuan dengan Tuan Syed Othman, Penyelia PAR Permas dan Jimmy Puah, Ketua Cabang Keadilan Johor Jaya, beliau menyatakan telah hilang kepercayaan kepada MIC kerana gagal membela nasib masyarakat India. Pengangguran dikalangan masyarakat India sekarang katanya di taraf kritikal dan tiada usaha yang dilakukan oleh pemimpin MIC untuk menanganinya.

"Adakah pemimpin besar MIC sudah selesa dengan kehidupan mereka? Padahal ramai anak-anak muda lepasan universiti gagal mendapat perkerjaan. Saya percaya arus perubahan kian hampir dalam PRU 13 kali ini. Saya akan bersama Pakatan Rakyat!" tegas Tuan Jai Seelan.

Beliau yang bersama sebahagian AJK cawangannya turut memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti dan akan membantu berkempen untuk memastikan calon PR di DUN Permas dan DUN Johor Jaya menang di kedua-dua kerusi tersebut.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ketua Cawangan MIC Hilang Kepercayaan Kepada BN"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini