BlogList Malaysia

Selatan Online

Fenomena UAC Tawan Hati Anak Muda Endau

Posted by Unknown on 29 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Ibn_Bacoks

MERSING – Sokongan anak muda kepada Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu fenomena yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

Terbaru, program Pelancaran Kelab UAC (Ust Azam Club) sebagai kelab penyokong telah berjaya di adakan pada 20hb Mac lalu di Suara’s Chelat Tenglu Laut Mersing, dekat sini.

“UAC adalah hasil cetusan idea rakan-rakan dengan usaha mengalakkan sokong orang-orang muda yang mahukan kepada perubahan.

“Alhamdulliah dengan kerja dan kerjasama semua AJK UAC mereka berjaya mengumpulkn hampir 200 orang anak muda dari sekitar Dun Endau.

“Terima kasih saya rakamkan buat Sdr Idris Ahmad selaku Pengerusi UAC dan ahli jawatankuasanya, UAC sebagai pentas baru anak muda di Dun Endau untuk membangkitkan kesedaran anak-anak muda dalam menghadapi PRU 13.

“Saya bangga dengan kesedaran anak-anak muda, dan terharu atas sokongan anda semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, program bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 11.30 malam itu sarat dengan pelbagai aktiviti anak-anak muda.

“Saya diminta merasmikan pelancaran UAC-kelab sokongan anak muda kepada perjuangan saya bersama PAS / PR untuk perubahan. Sejuta terima kasih khas Idris, Zam, Rafi, Zarin, Fendi, Tak di lupakan Pak Lias Benaung, Din, Fakhrul serta rakan-rakan, Hermen, Adi, Ali dan semua yg terlibat.

“Saya amat menghargi dan menyayangi kalian, bantu kalian cukup bermakna pada saya. Semoga Allah merahmati dan meredhai kalian semua, semoga akan berlaku Perubahan di Endau. Masa untuk berubah,” katanya lagi.

Retorik Politik Tiada Dalam Agenda – Azam

Posted by Unknown on 3 Mac 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING – PAS bagi Parlimen ini tidak akan menjadi pemimpin yang retorik tapi akan berusaha meningkatkan pembangunan yang akan dirasai rakyat jika mandat diberikan dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ustaz Azam Abd Razak dengan katanya, tumpuan utama perjuangan merupakan pembelaan kepada rakyat untuk dinikmati.

“Malahan tidak pernah timbul soal kecewa sekiranya tumpas dan putus asa untuk meneruskan perjuangan,” katanya lagi.

Menurut Azam lagi, pihaknya melihat peluang untuk menang dianggap cerah dan pihaknya tidak sedikitpun rasa gentar.

“Kalah merupakan perkara biasa, tapi kebimbangan jika memenangi kerusi dalam konteks memikul amanah kerana tanggungjawab sebagai pemimpin perlu dilaksanakan agar tidak menjadi beban di dunia dan akhirat kelak,” katanya lagi.

Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau berkata, PRU dilihat lebih menarik di mana bakal menjadi era kebangkitan rakyat dan kesedaran yang ditonjolkan terutama di kalangan belia.

Menurutnya, usaha yang telah lama dijalankan sejak penubuhan pusat hampir lima tahun itu menunjukkan keberkesanan di mana banyak aduan secara berkala diterima pihaknya.

“Di Mersing sendiri, pusat telah menerima banyak aduan berkaitan isu nelayan, bantuan, kerosakan awam dan cuba untuk menyelesaikannya dengan perbincangan dan keputusan pihak atasan.

“Sekiranya menang atau kalah, pihak kami akan terus kekal menjadi medium bagi masyarakat Mersing untuk membantu membawa permasalahan mereka ke pihak berkenaan,” katanya.

Azam berkata, majoriti bangsa di Mersing adalah Melayu yang bekerja sebagai petani dan nelayan.

“Oleh itu, misi saya adalah ingin memperjuangkan isu pembelaan rakyat bawahan dalam semua aspek secara saksama,” ujarnya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

PAS Mersing Santuni Masyarakat Cina

Posted by Unknown on 6 Februari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

ENDAU: Sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut dan diraikan oleh masyarakat Cina tidak beberapa hari lagi, PAS Kawasan Mersing hari ini telah menyantuni masyarakat Cina dengan aktiviti mengagihkan limau dan kad ucapan selamat tahun baru Cina kepada masyarakat Cina sekitar zon Endau.

Turut bersama menjayakan program tersebut iailah Ust Azam Hj. Razak, TYDP PAS Mersing yang juga merupakan Penyelia PAR Dun Endau yang turun padang bertemu masyarakat Cina di Pekan Endau.


Menurut Ustaz Azam, kedatangan PAR Endau mendapat sambutan yang baik dari mereka. Antara lokasi edaran iaitu kedai-kedai dan kedai-kedai makan sekitar Pekan Endau, Taman Fajar,Taman Hj Atiffin, Taman Makmur, Perkampungan Cina di Kampung Hubung.

Menangis Lihat Rumah Dinaiki Air

Posted by Unknown on 23 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING - “Air mata makcik mengalir ketika membantu ahli keluarga menyelamatkan barang-barang di rumah kerana mengenangkan nasib kami yang terpaksa berpindah bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku nanti."

Luah ibu kepada empat anak, Noresah Dahlan, 50, dari Kampung Che Wok kawasan Sri Pantai, dekat sini, dengan nada sebak.

Bagaimanapun, Noresah akui dia tetap bersyukur kerana keluarga dan barang-barang mereka dapat diselamatkan.

Menurutnya, kejadian rumahnya dinaiki air adalah bencana kedua dialaminya dalam tahun ini.

“Selepas Maghrib, penghulu datang dan mengarahkan kami untuk berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai. Disebabkan lokasi pusat dan rumah berdekatan, kami ambil keputusan untuk berjalan kaki ke situ.

“Kami terpaksa berhati-hati meredah air setinggi paras dada untuk menuju ke kawasan yang selamat sambil melihat rumah dinaiki air,” katanya.

Cerita Noresah, kebanyakan rumah yang ditenggelami air di situ adalah kawasan yang berdekatan dengan tepi sungai di mana tapak rumahnya merupakan bekas tanaman sawah padi pada ketika dulu.

“Saya khuatir, jika cuaca tidak menunjukkan sebarang perubahan, mata pencarian suami sebagai penoreh juga akan terjejas kerana terpaksa berhenti menoreh buat seketika kerana pokok getah turut ditenggelami air,” katanya.

Manakala bagi mangsa banjir, Azian Mohd Idris, 46, dia berharap agar dapat berpindah segera ke rumah masing-masing dalam waktu terdekat bagi memudahkan anak-anaknya kembali ke sekolah seperti biasa.

“Saya berharap cuaca akan kembali pulih seperti sedia kala, dan menerima takdir ini sebagai ujian daripada ALLAH,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Mangsa Banjir Sg. Mersing 40 Tahun Diabaikan

Posted by Unknown on 22 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh:
Haris al-Selanjuri

Mersing, 22 Januari – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Endau, Ustaz Azam Razak, berkesempatan meluangkan masa melawat dan juga menghulurkan sumbangan berupa bantuan makanan kepada mangsa banjir di pusat penempatan yang baru dibuka di Sekolah Agama Mersing Kanan, pada pagi tadi.

Mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan ini terdiri daripada penduduk dari Kampung Bahagia dan Kampung Sri Lumpur. Kehadiran penyelia PAR DUN Endau pagi tadi menceriakan suasana di pusat pemindahan itu. Ustaz Azam Razak turut berkesempatan untuk bermesra bersama penduduk di samping mendengar beberapa keluhan rakyat di pusat tersebut.

Kawasan perumahan mereka yang terletak di pinggir Sungai Mersing memang berisiko besar untuk banjir ketika fenomena air pasang besar yang berlaku setiap tahun. Majoriti penduduk di kawasan tersebut adalah nelayan dan menumpang di tanah orang lain.

Saban tahun Persatuan Nelayan Kawasan Mersing (PNKM) mengadakan mesyuarat mengusulkan kepada kerajaan agar menyediakan rumah kepada para nelayan tetapi hasilnya usul ini tidak diambil endah langsung oleh pihak kerajaan.

"Saya lihat ini adalah perkara serius yang perlu pihak kerajaan tangani dengan segera. Saya hadir pagi ini sebagai mengambil-alih tempat saluran yang dinafikan oleh kerajaan dan juga YB yang menyebabkan rakyat menderita dengan pengabaian terhadap aduan penduduk sebelum ini," ujar Ustaz Azam Razak.

Tambah beliau lagi, YB Palimen Mersing merupakan Timbalan Menteri dan YB ADUN juga merupakan Exco Agama, mempunyai jawatan besar tetapi tidak mampu membela nasib penduduk dan mangsa banjir yang telah bergelumang dengan masalah ini hampir 40 tahun lamanya.

Penduduk Kampung Bahgia Mohon Pembelaan

Posted by Unknown on 6 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Ustaz Azam Razak

Mersing adalah antara daearah yang kedudukannya paling jauh daripada ibu negeri, malah bukan saja pada lokasinya tetapi dalam masa yang sama daerah Mersing juga jauh ketinggalan dari sudut kemajuan dan pembangunan berbanding daerah lain di negeri Johor. Kemiskinan penduduk daerah Mersing adalah antara persoalan yang kritikal dan memerlukan perhatian serta pembelaan pihak bertanggungjawab, terutama yang melibatkan golongan nelayan. Golongon nelayan adalah agak ramai di daerah Mersing, daerah pendaratan ikan antara yang terbesar di negeri Johor, disamping Mersing juga terkenal julukan daerah pelancungan.

 Baru-baru segolongan nelayan di daerah ini telah mengadakan satu himpunan aman untuk menuntut pembelaan terhadap nasib mereka yang perlukan perhatian dan pembelaan semua pihak, termasuk pihak Kerajaan dan wakil-wakil rakyat kawasan mereka. Isu yang mereka suarakan dan tuntut pembelaan adalah isu penempatan golongan nelayan yang semakin kritikal dan telah lama berlarutan yang seolah-olah tidak ada apa-apa perhatian dan tindakan pihak-pihak berkaitan. Menurut mereka isu ini telah banyak kali di suarakan oleh mereka melalui pelbagai saluran, termasuk mengemukakan usul melalui mesyuarat agong Persatuan Nelayan Kawasan Mersing (PNKM) setiap tahun sejak tahun 2000 lagi, selepas itu hampir setiap tahun mesyuarat agong PNKM meluluskan usul penempatan untuk nelayan. Tetapi sehingga kini usul hanya tinggal usul dalam minit mesyuarat saja, tidak nampak usaha-usaha di buat oleh pihak bertanggungjawab dan kerajaan untuk berbincangan dan menyelesaikan isu ini.

 Kecewa dengan keadaan yang dah berlarutan ini, sebahagian daripada nelayan ini bersama sebahagian penduduk dari kampung Sri Lumpur, Kampung Bahgia dan Jalan Md Arif telah mengadakan pertemuan dengan saya selaku Penyelia PAR Dun Endau untuk menyuarakan masalah. Mereka mengharapkan PAR membantu memperjuangkan isu penempatan mereka ini, agar YB-YB yang ada dan pihak Kerajaan dapat buka mata melihat kesengsarasn dan kedhaifan hidup mereka. Menurut mereka dah lebih 40 tahun mereka hidup di dalam kawasan berpaya dan berbecak, lebih menyedihkan apabila menghadapi musim tengkujuh dan hujan, dan lebih teruk lagi kalau bertembung dengan air pasang besar yang menyebabkan lempahan air memenuhi ruang dapur rumah-rumah mereka, dan menyebabkn banyak kerosakan harta benda.

 PAR Dun Endau akan melihat isu dengan serius dan akan berbincang untuk memgambil tindakan yang perlu termasuk menghantar memorendum mendesak MB Johor menyelesaikan isu penempatan mereka.

*Penulis merupakan Penyelia PAR Dun Endau

Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan

Posted by Unknown on 2 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, di sini, apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah treler yang diletakkan di tepi jalan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Stainrod Collin Etian, 26, yang memandu Proton Wira meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Mersing, di sini, kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid mengesahkan kejadian dan berkata, mangsa adalah anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Pahang.

Menurutnya, mangsa dipercayai baru pulang bercuti di kampungnya di Kuching, Sarawak dan baru tiba di Rompin, kelmarin.

“Mangsa dikatakan akan mula bertugas hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian.

“Pemandu traler dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak berada di dalam kenderaan berkenaan disebabkan berehat di rumah seorang rakannya di Endau,” katanya.

Mohd Nor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Anak Muda Mersing Sambut Tahun Baru Bersama PAS

Posted by Unknown on 1 Januari 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ustaz Azam Razak

MERSING: PAS Mersing telah menganjurkan program sambutan ambang tahun baru 2013. Program yang dilaksanakan itu bermula pada waktu petang lagi di  Tanjung Endau, Mersing.

Antara acara yang dijalankan ialah Sukaneka Kanak-kanak, pertandingan mewarna kanak-kanak, soccer kid, pertandingn mengupas bawang dan menjahit butang baju untuk para ibu, pertandingan takraw dan majlis penyampaian sumbangan beg, buku-buku dan alat tulis sempena penggal persekolahan 2013 untuk golongan yang kurang berkemampuan dari kampung Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau.

Acara malam pula, diadakan solat Maghrib telah diadakan solat hajat khas dan munajat sempena sambut tahun baru di Surau Kampung Tanjung Endau. Kemuncaknya malam ini persembahan ABC Band di bawah Unit Amal Pemuda PAS Johor, dengan di selangi ucapan-ucapan pimpinan, majlis penyampaian hadiah, tanyangan klip video soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus dan persembahan ABC Band.

 Ust Azam Razak selaku Timbalan YDP PAS Mersing berucap meraikan anak-anak muda sempena malam tahun baru. Dalam ucapan beliau menyatakan, Islam tidak haramkan hiburan asalkan dalam kerangka syariat, berakhlak dan bermoral. Kerana hiburan adalah naluri setiap manusia apatah lagi jiwa muda, sepatah kata Ust Azhar Idrus.

Tepat detik 12.00 tengah malam, Ust Azam mengetuai melaungkan takbir sebanyak 3 kali kemudian diikuti Nyianyan lagu Negaraku, Asmaul Husna dan ditutup dgn doa sempena Tahun Batu 2013, disamping itu tahun baru di raikan dengan pertunjukan bunga api bagi menutup acara sambutan ambang tahun baru 2013,

Bantuan Nelayan Dikhianati

Posted by Unknown on 23 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Satu sidang media telah diadakan di Johor Bahru berkenaan isu 'Bantuan Baikpulih Rumah Nelayan' yang mana nilai bantuan yang diperuntukan adalah RM10,000 seorang.

Namun apa yang mengecewakan adalah nilai bantuan yang sepatutnya diperolehi oleh para nelayan ini telah dikhianati.

Menurut salah seorang mangsa keadaan, Ramli Bin Yaakub dari Kampung Bahagia, Mersing beliau telah menerima bantuan namun tidak seperti yang ditetapkan.

"Saya hanya menerima bantuan baikpulih rumah dengan anggaran tak lebih daripada RM1500 - RM2000 saja." katanya dalam aduan yang dibuat kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) PR Mersing,

Beliau merasa amat kesal dan terkilan kerana pelbagai aduan telah dibuat namun tidak dipedulikan sehinggalah beliau menemui pihak PAR untuk membantu agar permasalahan ini dikemukakan ke pihak media.

Beliau berharap agar dengan pendedahan di media ini akan ada pihak yang bertanggungjawab tampil memberikn perhatian sewajarnya. 

Kata beliau lagi, tindakan ini diambil sedemikian melalui PAR untuk menuntut hak beliau di samping membantu rakan-rakan seangkatan dengan beliau yang terdiri daripada golongan nelayan yang nasibnya tidak di bela dan supaya tidak terus di zalimi.

Sidang media ini di buat dengan kerjasama pihak PAR Negeri Johor bersama Penyelianya Saudara Tuan Syed Osman Abdullah dan Ustaz Azam Razak. Turut hadir bersama ialah Tuan Hj. Abd Rahman Yusof Naib Pengerusi DAP Mersing. 

Rupa-rupanya UMNO takut juga doa ulama PAS

Posted by Unknown on 22 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING – Isu ‘doa’ yang dimainkan media arus perdana hanya ditujukan kepada parti UMNO bukan buat ahlinya. Demikian tegas Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Bagaimanapun Azam mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang bimbang dengan ‘doa’ berkenaan sedangkan selama ini mereka dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada PAS.

”Kawan-kawan UMNO marah apabila Ust Nik Razi Nik Mat mendoakan Kehancuran UMNO BN semasa Solat hajat sempena Himpunan Rakyat di Stadium Muhammad yg lalu, kebetulan saya turut bersama di sana mlm itu.

”Rupa-rupanya UMNO ni takut juga doa Ulama-ulama orang-orang PAS. Bagi saya, Kalau pemimpin UMNO tak buat zalim, tak rasuah, tak seleweng wang rakyat, tak buat mungkar, tak hina dan tolak Hukum Islam. Apa yang nak dibimbangkan dan ditakuti kepada doa Ulama-ulamak dan Ahli PAS.

”Selama ni apa yang pimimpin-pemimpin UMNO dan bloggers-bloggers UMNO tak tuduh, tak fitnah, tak sesatkan PAS?

”Kenapa dok takut sangat? ke UMNO dok takut amaran Rasulullah. Sabda Rasul yang bermaksud:” Takutlah kamu doa orang-orang yang dizalimi, sekalipun orang yang dizalimi itu orang-orang kafir, kerana tidak ada hijab antara mereka dengan Allah.

”Ingatlah dan fahamilah wahai sahabat-sahabat ku ahli-ahli UMNO. Kami hanya mendoakan kehancuran UMNO BN saje, bukannya kehancuran ahli2 UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Ibn Bacoks

Kedai Buku Terpakai Pertama

Posted by Unknown on 19 November 2012 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING - “Setiap buku mempunyai ilmu dan petua tersendiri, jika sekadar disimpan dalam almari dan tidak dikongsi ia akan jadi sia-sia”.

Bait ayat yang dibaca dalam laman sosial membuatkan hati pemilik YgLain Enterprise, Amran Salleh, 45, tersentuh dan nekad membuka kedai buku dan majalah terpakai yang terletak di terminal bas di daerah ini.

Terletak di lokasi strategik, membolehkan orang ramai termasuk pelancong yang menunggu bas atau teksi memanfaatkan masa dengan membaca bahan bacaan yang dijual.

Menurutnya, minat terhadap bahan penulisan ini lahir sejak zaman sekolah lagi apabila dia mula menyimpan koleksi novel, komik, dan majalah yang dibeli.

“Selain menjual buku koleksi peribadi, kebanyakan novel dan majalah yang dijual merupakan sumbangan orang ramai dan ada di antaranya yang baru dibeli.

“Memang pada mulanya terbit rasa sayang untuk menjual koleksi simpanan, tetapi niat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain, saya rela menjualnya”, katanya kepada Sinar Harian.

Amran berkata, kedai yang baru beroperasi awal bulan ini adalah yang pertama menjual buku terpakai di daerah tersebut.

Jelasnya, walaupun masih baru dibuka, penjualan buku terpakai ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Saya mempunyai koleksi jualan sebanyak 200 buku antaranya koleksi penulis novel, Eyman Hykal, Aleya Sofea, Ramlee Awang Murshid, dan Norzailina Nordin,” katanya.

Ketika ditanya mengenai strategi pemasaran, Amran berkata, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk membantu melancarkan proses penjualan bukunya.

Menurutnya, kedainya menawarkan perkhidmatan mengepos buku di seluruh negara ini.

“Selain itu, kami juga membeli novel terpakai dengan separuh harga daripada kenalan yang ingin menjual koleksi peribadi masing- masing,” katanya.

Jelasnya, dia berimpian untuk mengetengahkan identiti Mersing kepada pelancong luar yang datang ke sini dengan menghasilkan barang kraftangan melambangkan produk
Mersing seperti baju, alat perhiasan dan rantai kunci.

Tambahnya, ia masih dalam perancangan dan berharap dengan cara ini dia dapat membantu meningkatkan ekonomi sektor pelancongan memperkenalkan Mersing kepada masyarakat luar.


Sumber: Sinar Harian

UMNO Mersing Dicabar Mengajar Kitab di Masjid

Posted by Unknown on 5 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


MERSING – “Dengan ini, saya cabar mana-mana pimpinan UMNO Mersing untuk memberikan kuliah agama dan baca kitab di mana-mana Surau dan Masjid di Mersing,” demikian penegasan Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Ustaz Azam berkata demikian berhubung isu Exco Agama kerajaan Johor selaku ADUN Endau, telah mengarahkan Penyelaras Surau dan Masjid agar mengambil tindakan ke atas dua orang ustaz yang baru memegang jawatan ini, seorang bekas guru dan seorang lagi bekas Pengetua, yang didakwa mengajar tanpa tauliah.

“Sebab kalau dia orang beriya-iya dan berusaha nak sekat dan halang majlis-majlis Ilmu di surau dan masjid dengan kuasa yang dia orang ada, ia adalah satu tindakan yang zalim dan tak bertanggungjawab.

“Sebagai mengambil tanggungjawab, mereka mesti sahut cabaran saya, demi agama dan memastikan Rumah Allah terus diimarahkan dan makmur.

“Dengar cerita dari kejauhan. Hasil lawatan MB ke DUN Endau dan Mersing, MB terima aduan tentang dua orang ustaz PAS yang aktif menyampaikan kuliah-kuliah di surau dan masjid sekitar Endau Mersing,” katanya selepas menyampaikan kuliah Maghrib dari kitab Tanbihun Ghafilin di Surau Hj Ali Uda Mersing Kanan Mersing, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun katanya lagi, atas dasar keinsafan melihatkan kurangnya ilmu agama dalam diri, penyelaras masjid tersebut dikatakan tidak sanggup bersemuka dengan pihak yang telah dikenakan tindakan terbabit.

“Yang menariknya, Penyelaras tu pula dengarnya tak berani nak berjumpa kedua-dua ustaz ni kerana katanya, dia tak mampu nak halang sebab dia sedar dia tak punya ilmu tentang agama, sebab beliau bekas Pegawai Tadbir.

“(Malangnya) Yang mengadu kepada MB tu pula jenis tak pernah datang masjid untuk dengar kuliah agama.

“Kalau macam tu (pihak yang dikenakan tindakan), kita minta pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Mersing buat kuliah dan baca kitab di surau-surau gantikan ustaz-ustaz ni. Macam mana, boleh?” cabarnya lagi.

Penduduk Endau Dapat Pembelaan

Posted by Unknown on 3 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING – Penduduk di Kampung Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, dekat sini, mendapat pembelaan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Mohd Azam Razak setelah masalah yang mereka hadapi didedahkan kepada umum.

Menurut Ustaz Azam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu lagi, para penduduk disifatkannya menagih janji ‘pemimpin’ sejak beberapa tahun lalu berhubung penempatan baru bagaimanapun sehingga kini belum tertunai.

“Banyak isu yang di sini yang tergendala. Antaranya isu penempatan baru Penduduk Kg. Tanjung Endau dan Bulang Endau, isu janji-janji pemimpin UMNO Mersing kepada penduduk Kg Tanjung Endau dan Jalan Bulang Endau, tentang penempatan yang tak tertunai sejak sekian lama, janji sejak 2004, 2008 dan janji terbaru 2012," jelas beliau.

“Lebih malang lagi ada pihak yg mengenakan bayaran RM300 seorang kepada yang mahu nama mereka tesenarai untuk dapat bantuan rumah, dan ada seorang wanita dari kg Sg Padang dikenakan bayaran berjumlah RM3000 kerana merayu agar nama dia juga tersenarai,” katanya dalam satu kenyataan.

Ustaz Azam berkata demikian dalam satu ceramah Jom Ubah anjuran PAS Kawasan Mersing, di Kampung Tanjung Endau, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Selebriti Leman Raja Lawak dan Ust Azman Safawi Abd Rani, mantan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaysia.

Sementara itu, Ustaz Azam turut berkata, disebalik pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh pihak berkuasa didakwa boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat konsesi kroni UMNO-Barisan Nasional.

“Isu Kamera AES yang sedang giat di pasang oleh JPJ, saya ingin menyebutkn lokasi di mana AES di pasang. Antaranya di sekitar jalan-jalan laluan Mersing yang akan menguntungkn 2 syarikat konsesi kroni UMNO sebanyak RM 700juta setahun,” katanya lagi.


‘Karut’ Tangguh Haji Untuk PRU, Ia Pemikiran Sekular – Ust Azam

Posted by Unknown on 14 Jun 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

MERSING – Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor membidas kenyataan yang menganggap ‘karut’ dengan menangguh bagi menunaikan haji sebagai memberi laluan kepada perjalanan proses pilihan raya (PRU) 13 adalah pemikiran daripada UMNO.

Ustaz Azam turut menyifatkan kenyataan sedemikian nyata sealiran dengan fahaman sekular yang memisahkan agama dengan urusan pemerintahan negara.

”Ada orang mempertikai saranan Ketua Penerangan PAS PUsat, Ustaz Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli PAS menangguhkan pergi Haji kerana menghadapi PRU 13

”Dia kata saranan itu karut. Kerana PRU nak tegakkan politik bukan nak tegakkan agama. Bagi saya itu adalah pemikiran UMNO yang memisahkan politik dari agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ustaz Azam berkata demikian sebagai mengulas arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Sumber : Ibn Bacoks

RISDA Tarik Balik Saman, Peserta PSK Tarik Nafas Lega

Posted by Unknown on 10 Jun 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Ibn_Bacoks


MERSING – Para peserta Program Tanam Semula Komersil (TSK) Jamaluang 1 dan 2 boleh menarik nafas lega apabila Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) menark balik saman berhubung perjanjian yang telah tamat tempoh di Mahkamah Majistret jalan Ahmad, dekat sini, semalam.

Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, para peserta yang diwakili peguam Mohd Fadhly Ramly itu, menyifatkan perbicaraan kes yang memakan masa yang amat panjang akhirnya membuahkan hasil dan sekaligus memberi kemenangan kepada mereka.

Ustaz Azam yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing turut menyatakan penghargaan kepada peguam PSK kerana berjaya memenangi kes tersebut.

“Gambar luar mahkamah Mersing bersama sebahagian peserta Program Tanam Semula Komersil (TSK) Jamaluang 1 & 2 yg telah tamat tempoh perjanjian dengan Pihak Risda tetapi telah disaman oleh Risda.

“Setelah turun naik mahkamah beberapa kali, akhirnya pagi ini 07-06-12 pihak Risda melalui peguamnya telah menarik kembali saman tersebut.

“Sekaligus ianya memberikan kemenangn kepada peserta. Terima Kasih Peguam kita. saudara Mohd Fadhli Ramly,” ujarnya lagi dalam satu kenyataan.

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini