BlogList Malaysia

Selatan Online

Buat Laporan Polis Kalau PBT Enggan Bekerjasama

Posted by Unknown on 21 Mei 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT – “Buatlah laporan Polis,” demikian cadangan Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang kepada semua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) jika permohonan untuk menggunakan harta awam di kawasannya ditolak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain bertujuan supaya rakyat mengetahui sikap tidak profesional PBT terbabit ketika menjalankan tugas kata Dr Ungku lagi.

Malah, ia dilakukan agar penganjur tidak dipersalahkan umum kerana menganjurkan sesuatu program di tempat yang tidak sesuai.

“Seterusnya jangan di persalahkan jika YB tuan/puan terpaksa mengadakan majlis di lokasi yang tidak sesuai atau boleh dikaji sejauh mana boleh mengheret mereka ke muka pengadilan .

“Tindakan tidak bertamadun dan tidak menghormati rakyat sebagai pemilih yang wajib mendapat hak mereka di sebuah negara Demokerasi mesti di perangi habis-habisan.

“Semoga akan lahirlah sebuah negara yang rakyatnya hidup 'Bebas dan Merdeka Tanpa UMNO dan BN',” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks semalam yang berbunyi salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Sumber : Ibn Bacoks

Anak Muda Tidak Mahu Bersama UMNO?

Posted by Unknown on 15 April 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT – Program Mesra Belia Batu Pahat dihadiri puluhan ribu bunian dan hantu UMNO/BN canangkan satu dunia kononnya anak-anak muda kini bersama-sama dengan UMNO/BN, lapor pemilik akauan Facebook Wan Mansor Wan Salleh.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya di satu program mesra belia anjuran UMNO/BN malam tadi di Dataran Penggaram, Batu Pahat, katanya lagi.

“Bukan niat dan tujuan nak aibkan UMNO mau pun nak jadikan rakaman gambar sebagai bahan guruan dan kutukkan, tetapi ini adalah kisah benar dengan gambar sebagai saksi berbicara.

“Sila lihat rakaman gambar diatas…belia dan anak muda bersama UMNO/BN atau makhluk bunia dan hantu menyokong padu UMNO? Bolehkah lagi UMNO anggap dan ingat Johor negeri UMNO paling kuat sekali dalam dunia disebabkan UMNO lahir di Johor?

“Atau memang benar akan ramalan ramai rakyat dinegara ini yang dari Johor UMNO lahir dan di Johor juga UMNO akan dikuburkan.INI KALILAH TUKAR…..JOM UBAH…. SELAMATKAN MALAYSIA,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

"Sokong UMNO Dapat Sampah, Patut ke?"

Posted by Unknown on 3 Disember 2012 | 3 komen pembaca | Leave a comment...


BATU PAHAT: Beberapa orang penduduk tempatan dari Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor hadir bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi menyatakan kekesalan dan kemarahan terhadap Umno negeri itu yang dikatakan telah menginaya mereka.

Mereka membawa kain rentang raksasa bertulis, "Bantah, kami tak mahu sampah, sokong Umno dapat sampah" sebagai tanda protes dan kekesalan mereka terhadap Umno.

Hal ini merupakan susulan berikutan tindakan UMNO yang mereka sokong sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletakberhampiran dengan penempatan mereka.

UMNO dilihat sebagai parti yang gagal untuk memperjuangkan nasib mereka yang ditindas sekalipun beberapa siri tuntutan bantahan telah diadakan.

"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?

"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?" 

"Dia (UMNO) kata sampah tak kotor? Ade ke patut?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.

Sekitar 10 orang wakil penduduk kampung berkenaan hadir ke pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja bagi menyatakan kekecewaan mereka.

Nazrin dalam ucapannya, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu.

"Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya.

"Hidup Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya," laungan tersebut disambut dengan begitu semangat oleh hadirin yang hadir pada malam itu.

Oleh : Umar Farouk

Kehadiran Luar Jangka Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor

Posted by Unknown on 2 Disember 2012 | 14 komen pembaca | Leave a comment...



BATU PAHAT: Lautan rakyat Johor semalam membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa  ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program malam tadi bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.





Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.

Oleh : Umar Farouk

Ribuan Rakyat Bakal Berhimpun Di Johor

Posted by Unknown on 1 Disember 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.

Program yang dijangka akan bermula jam 3 petang ini akan berakhir dengan ucapan daripada pimpinan-pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di sebelah malam.

Seluruh rakyat negeri Johor dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini.

5 Peluru Hadapi PRU13

Posted by Unknown on 26 November 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh : Ummu Zahra


PARIT SULONG - Selari dengan kemajuan media baru yang semakin mempengaruhi kehidupan rakyat masa kini, PAS turut menyediakan alternatif kempen bagi menyebar luaskan sebaran maklumat kepada masyarakat.

5 peluru tersebut adalah Buku Jingga, Buku Hijau ‘Negara Berkebajikan Tawaran PAS’, Tawaran Jingga, Agenda Wanita Malaysia, Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia.

“3 perkara yang terkandung dalam Buku Jingga adalah Agenda bersama Pakatan Rakyat, penerangan krisis dalam negara dan 10 janji jingga untuk tempoh 100 hari setelah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya. Buku Hijau pula menyentuh berkenaan kedudukan Agama Islam manakala Tawaran Jingga menyeliputi 4 dasar utama yang akan diketengahkan”, terang Saudari Aiman Athirah Al Jundi dalam Program Taklimat Khas Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia di Dewan Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.

Beliau menyeru khususnya kepada ahli-ahli PAS bagi menghadam dan memahami bahan-bahan di atas bagi meningkatkan lagi kefahaman supaya dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Ini bertujuan agar masyarakat lebih peka terhadap isu di sekeliling mereka serta mengetahui tawaran yang akan diberikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya menjelang PRU13 yang bakal datang ini.

“20-30% singgung kelemahan UMNO Barisan Nasional, 70% selebihnya beri kefahaman kepada masyarakat berkaitan tawaran PAS. Rakyat di luar sana sudah tidak mahu lagi mendengar kita mengherdik sesama sendiri. Apa yang dikehendaki rakyat adalah mendengar apa yang ditawarkan oleh PAS”, tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

‘Muslimat Prihatin, Kebajikan Terlaksana’

Posted by Unknown on | 1 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ishtisyhad Addayanah 

PARIT SULONG - Bertepatan dengan tema Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ‘Muslimat Prihatin, Kebajikan Terlaksana’, pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan Program Agenda Wanita Malaysia (AWM) peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.

Turut hadir YB Hjh Siti Zailah Muhd. Yusuf, Dr Siti Mariah Mahmud, YB Mumtaz Mohd Nawi, Saudari Aiman Athirah Al Jundi serta pimpinan-pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Di dalam ucapannya, YB Dr Siti Mariah Mahmud menerangkan kronologi dan sejarah PAS agar masyarakat tidak keliru dengan isu-isu yang dibawa oleh UMNO Barisan Nasional yang menyatakan PAS telah lari dari dasar Islam yang dipegang selama ini.

“Matlamat Negara Berkebajikan ini dipenuhi dengan strategi-strategi yang tersusun dan dapat diterima ramai. Kita seharusnya tidak cepat melatah dengan dasar baru yang PAS sarankan iaitu Negara Berkebajikan, sebaliknya perlu dicari kefahamannya”, terang beliau lagi.

“Bagi memenuhi keperluan-keperluan semasa muslimat masa kini, muslimat perlu bijak berstrategi. Strategi tersebut haruslah mencakupi pendidikan, kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti, pengubatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, pembudayaan dan penguatkuasaan undang-undang dan agenda wanita muda,” kata YB Mumtaz Mohd Nawi yang merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.

Amanat terakhir yang telah disampaikan oleh YB Siti Zailah Muhd Yusuf, menggariskan agar permantapan ukhwah haruslah diberi perhatian agar ia dapat dieratkan dan diperkuatkan lagi bagi menjaga ikatan iman dan akidah dalam kalangan umat Islam.

“Muslimat perlulah manfaatkan perubahan media baru dengan mengikuti perkembangan semasa melalui laman sesawang Facebook, Twitter dan sebagainya selain celik IT. Hal ini teramat penting bagi membuka minda muslimat dengan informasi yang berguna mengenai permasalahan dan isu semasa yang berlaku di Malaysia pada masa ini”, tambahnya lagi di akhir majlis, yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Ketua Kampung Berang PAS Hulur bantuan banjir

Posted by Unknown on 14 November 2012 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

SRI GADING – Seorang Ketua kampung berang apabila melihat kelibat pasukan sukarelawan PAS yang datang membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok, Parit Yaani, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Sri Gading, Mahadzir Mat Zili, insiden ini berlaku dipercayai individu terbabit tidak senang dengan tindakan angota parti Islam itu yang mengagihkan barang bantuan.

”Ketua Kampung itu mengamuk untuk menghalang bantuan Pas di Pusat banjir di SK Seri Telok Pt Yaani.

”Selepas tamat (operasi bantuan) ketua kampung datang dan mengamuk kerana Pas memberikan sumbangan kepada mangsa banjir. Pegawai keselamatan dan Pertahanan Awan turut menjadi mangsa kemarahannya.

”Rombongan Pas tak melayan mereka dan terus beredar untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini. (bagaimanapun) Perkara ini akan mempercepatkan kejatuhan UMNO di Pt Yaani.

”Kita tak pernah rasa tergugat untuk terus berbakti kepada rakyat. Insya allah kita akan terus aktif dan progresif dalam membantu mangsa banjir di Pt Yaani di masa akan datang.

”Kemudian malam tersebut semasa ceramah PAS bersama Dayangku Intan dia datang buat kacau di markaz Pas Pt Yaani jam 9.45 mlm.

Terdahulu, Mahadzir yang juga Setiausaaha Dewan Pemuda Pas Negeri Johor bersama sepuluh sukarelawan lain telah melawat kira-kira 30 orang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di sekolah tersebut.

Hadir sama, Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Hashim Jusoh, Yang Dipertua PAS Sri Gading.

Sumber : Ibn Bacoks

Asam pedas Batu Pahat unik

Posted by Unknown on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

APABILA sebut sahaja makanan di daerah Batu Pahat, sudah pasti ramai yang bercerita mengenai keenakan Nasi Beriani di Medan Selera Benteng dan juga keunikan sejenis mi yang dikenali sebagai Mi Racun.

Namun, bagi penggemar asam pedas mereka boleh turut merasai keenakan juadah itu yang pelbagai jenis dan jenama dari puluhan kedai makan di daerah ini dengan pelbagai citarasa tersendiri .

Bagi menarik pelanggan, pemilik kedai makan telah meletakkan pelbagai nama bagi menu asam pedas seperti Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Muar dan Asam Pedas Parit Jawa.

Salah seorang peniaga asam pedas, Comel@Ayu Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Ibu berkata, tidak dinafikan asam pedas adalah salah satu makanan yang agak popular di Batu Pahat.

Katanya, mereka yang datang ke daerah ini sudah pasti akan mencari kedai makan yang menjual makanan istimewa terbabit, malah ada yang datang ke sini semata-mata untuk merasai keistimewaan menu itu.

“Pernah satu ketika, saya bertanyakan kepada salah seorang pelanggan yang datang ke kedai makan saya bersama keluarganya dan dia menyatakan dari utara tanah air.

“Saya kagum dengan kesanggupan mereka sekeluarga datang ke Batu Pahat ini hanya untuk menikmati keenakan asam pedas saya yang dikatakan popular sehingga seluruh Semenanjung Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Pemilik kedai makan sedia 100 kilogram ikan setiap hari

Walaupun banyak pilihan kedai asam pedas yang dianggap seperti cendawan tumbuh selepas hujan, setiap kedai makan yang wujud di daerah ini mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri, malah mereka perlu menyediakan lebih 100 kilogram ikan pelbagai jenis setiap hari.

Menurut seorang lagi peniaga, Siti Azliyana Mohd Abd Aziz, sejak membuka restoran pada bulan Februari 2011 sambutan yang diterima memang menggalakkan.

"Tujuan asal saya membuka kedai makan ini adalah untuk berkongsi keenakan asam pedas hasil air tangan sendiri yang merupakan resepi ‘turun-temurun’ keluarga dengan orang ramai.

"Dalam masakan yang diwarisi itu, rahsia utama yang diletakkan ialah daun kesum, di mana aroma daun tersebut membuatkan asampedas itu sedap atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya lagi, daun kesum terbabit juga mempunyai daya penarik yang boleh membuka selera setiap orang selain menambah keaslian resepi yang dihidangkan kepada pelanggan.

“Di restoran saya, antara asam pedas yang cukup digemari pelanggan dan sering menjadi pilihan ialah kepala ikan merah, ikan pari, ikan sembilang, ikan kembung dan beberapa jenis lagi.

“Bagi menampung keperluan dan juga kehendak pelanggan, setiap hari saya akan memasak sekitar 100 kilogram ikan terdiri dari pelbagai jenis untuk memenuhi kehendak pelanggan.

“Bagi pelanggan tetap yang mengunjungi restoran saya ini, mereka sudah mengetahui yang saya membukanya seawal jam 8 pagi sehinggalah 6 petang setiap hari dan hari Jumaat restoran ini tidak dibuka,” katanya.

Katanya lagi, dengan adanya gerai atau kedai makan yang menjual asam pedas ini membuatkan industri pelancongan di daerah ini semakin rancak dan berkembang maju sehingga ada yang menggelar daerah Batu Pahat sebagai ‘bandar makanan’.

Sumber : Sinar

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini