Oleh Nusaybah Kaab
Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein, Menteri Dalam Negeri di twitter beliau, bersetuju agar ahli Perhimpunan Agung UMNO berbahas soal ummah dan rakyat berbanding soal lawan dan sesama sendiri.
Kenyataan dari pengguna twitter, @nobisha kepada Datuk Seri Najib Razak itu disokong oleh beliau sejam yang lalu.
Jelas ketara dalam perhimpunan-perhimpunan yang lalu, ahli perhimpunan lebih banyak berbahas tentang parti lawan dari Pakatan Rakyat berbanding membicarakan isu-isu ummah, menyebabkan rakyat menegur pimpinan UMNO agar lebih mengutamakan kebajikan rakyat.
Tagged with
Kebajikan,
Negara Berkebajikan,
twitter,
UMNO
Oleh: Nusaybah KaabSenator Dr Syed Husin Ali, pagi ini di
twitter beliau menyampaikan pesanan kepada semua pihak supaya membuat kajian terlebih dahulu terhadap mana-mana isu sebelum membuat sebarang ulasan mengenainya.
Tindakan sesetengah pihak yang terburu-buru membuat komen atau teguran tentang sesuatu isu dikhuatiri boleh menjadi fitnah ke atas pihak terbabit.
"Raja atau rakyat, politikus atau bukan, media cetak atau elektronik, patut kaji dulu sebelum buat komen atau teguran. Jika tak, boleh jadi fitnah."
Antara yang menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh media akhir-akhir ini adalah isu ulasan Nurul Izzah tentang Islam dan Melayu serta isu penghinaan terhadap Sultan Johor.
Senator Dr Syed Husin Ali adalah ahli aktivis, politik Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Di peringkat akar umbi beliau adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional.
Tagged with
Isu Semasa,
twitter
Oleh: Nusaybah KaabDato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di twitter beliau berkenaan negara Islam bagaimana yang menjadi impiannya jika beliau menjadi peneraju pimpinan negara.
"Baldatun taiyyibatun..yang jamin kebebasan dan keadilan."
Begitu kenyataan DSAI bagi menjawab soalan daripada pengguna twitter.
Media baru seperti twitter dan Facebook kini semakin mendapat tempat di hati rakyat global, menyaksikan penggunaan yang meningkat di kalangan anak-anak muda. Capaian yang pantas berbanding media alternatif lain menyebabkan lebih banyak isu terkini boleh didapati dengan segera.
Melalui media baru juga, rakyat boleh menilai dengan lebih mendalam tentang siapa yang lebih patut dipilih pada PRU 13.
Tagged with
DSAI,
twitter
Oleh: Nusaybah Kaab
Tan Keng Liang, di twitter beliau menyatakan bahawa hanya 183 orang pengikut twitternya yang membantah Bajet 2013, lalu mengkonklusikan bahawa Bajet 2013 sebenarnya bajet yang mengutamakan rakyat dan negara.
Tan Keng Liang merupakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah dengan pengikut di twitter seramai 30, 686 orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 0.6% pengikut yang mengulang tweet (Retweet) beliau bagi menunjukkan bantahan terhadap Bajet 2013.
Tagged with
#TanyaNajib,
Bajet 2013,
Tan Keng Liang,
twitter
Oleh: Nusaybah Kaab
Sesi #TanyaNajib di twitter sejak pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu, menyaksikan pelbagai respon daripada pengguna twitter di negara ini. Antara tweet rakyat Malaysia yang menggunakan hashtag #TanyaNajib, ada yang benar-benar serius bertanya tentang Bajet 2013, bahkan ada juga yang mempersendakan hashtag tersebut dengan persoalan-persoalan yang melucukan.
Antara persoalan tentang Bajet 2013 yang ditanya oleh pengguna twitter adalah:
Antara soalan-soalan lucu yang mempersendakan hashtag #TanyaNajib:
Tidak kurang juga yang cuba mempertahankan kedudukan PM Dato' Seri Najib dan isteri:
Segala persoalan #TanyaNajib Bajet 2013 yang diutarakan di twitter akan dijawab oleh Dato' Seri Najib pada malam ini dalam sesi #TanyaNajib.
Sesi itu juga boleh ditonton secara langsung di saluran Youtube
najibrazak pada jam 9 malam ini.
Tagged with
#TanyaNajib,
Bajet 2013,
twitter