Dedah : Pencalonan Puad Zarkashi Tidak Sah?
Posted by Unknown on 26 April 2013 | 2 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas.
Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.
Menurut Haji Siam, pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, beliau telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat.
Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d).
Tambah beliau, akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang bertarikh 7 November 2009.
Menurutnya lagi, SPR Johor telah memaklumkan kepada beliau bahawa calon berkenaan telah pun diperakui dan diwartakan.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding pada pilihanraya berikutnya.
Pada 16 April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen Batu Pahat.
Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.
Dalam laporan polis yang sama, Hj Siam juga telah menyangkal tanggapan umum yang telah menuduh beliau menerima RM 2 juta bagi membolehkan Saudara Puad Zarkashi bertanding semula dalam PRU-13 kali ini.
| Salinan Repot Polis Yang Dibuat Di Balai Polis Daerah Batu Pahat |
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**






Hj Siam dh kenyang so bagi lah pulak pd Dr Puad lak kat Parlimen B.Pahat, kpd semua guru guru yg kena tkr bersabar ya sbb Dr Puad ada kuasa & kpd Kontraktor yg x sokong dia paham pahamlah ya. .
DATUK YIP KUM FOOK memusnahkan masyarakat Buddha dan Cina di Malaysia kerana dia bukan peguam sebenar; dia menandatangani perjanjian untuk menjual dan membeli tanah dan rumah untuk ramai orang di Malaysia. Sekarang, ramai yang mengadu tentang dia
Juga, dia memerlukan ramai wanita atau anak perempuan orang; anaknya juga memerlukan ramai wanita, bertukar isteri berkali-kali, dan bertukar isteri seperti billionaire, ayah Playboy, dan anak lebih Playboy. Anaknya (En Lawrence Yip) selalu berkata, ORANG ISLAM MEMPUNYAI RAMAI ISTERI, KENAPA SAYA TIDAK BOLEH MEMPUNYAI LEBIH BANYAK ISTERI?
DATUK YIP KUM FOOK ialah presiden Persatuan Buddha dan bekas pengerusi MCA, tetapi dia melakukan jenayah dalam masyarakat; dia tidak pernah malu dengan orang, juga rumahnya berdekatan dengan Kuil Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong. Sekarang, orang tahu kawan dia orang jahat
Dari Ah Boon, Taman Ehsan, Kepong (熊燕萍)