BlogList Malaysia

Selatan Online

Cikgu Mala: Batalkan Pertukaran Dan Tarik Semula Arahan Berpindah

Posted by Unknown on 2 Mac 2014 | 0 komen pembaca


Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Pn. Normala Sudirman melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menukarkan guru secara zalim sejak sekian lama.Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka dengan cara zalim seperti ini.

Terkini ,tindakan menukarkan Cikgu Norizzat ,Pengerusi SGMM adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan menganiaya warga pendidik secara tidak profesional. NGO Pendidik optimis ,tindakan yang tidak bertamadun ini akan menyebabkan semakin ramai warga pendidik benci kepada kezaliman yang telah dikenakan dan akan bangkit membuat perubahan ke arah mengangkat maruah profesionalisme pendidikan serta halatuju pendidikan yang lebih terarah.

Beliau juga menggesa jika benar pertukaran tersebut bukan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia,maka batalkan surat pertukaran tersebut dan tarik semula arahan berpindah sekolah dalam tempoh 24 jam. Tindakan menukarkan guru secara zalim seperti ini adalah dianggap sebagai seolah - olah 'menunjuk kuasa ' dan lambang 'pentadbiran diktator' dalam sejarah pendidikan di Malaysia. KPM jangan bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sewenang- wenangnya menzalimi warga pendidik.Ini penting untuk menjaga kredibiliti KPM seterusnya mengangkat martabat dan profesionalisme perguruan di Malaysia.

Isu pertukaran guru yang tidak mengikut prosedur adalah 'pembongkaran isu lama' dan 'hukuman mandatori' dalam perkhidmatan , jika ada kalangan guru yang cuba bersuara dengan jujur untuk membetulkan kepincangan sistem pendidikan yang ada atau dianggap menyokong Pakatan Rakyat.

'Penjara organisasi ' yang menghalang guru bersuara ini akan merugikan masa depan pendidikan negara .Selama ini ,jika ada guru yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat juga ditukar secara zalim kerana dianggap 'melawan arus' walaupun berdedikasi dalam tugas dan cemerlang dalam perkhidmatan.Inilah dilemma warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat MANDATORI ' Yang Menurut Perintah' . Sedangkan penjawat awam lebih sinonim dengan kalimat ' Yang Menjalankan Tugas'.

Yang lebih teruk lagi ,ada guru yang dipecat,ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan keluarga dan anak- anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun .
"Kami ingin memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak diperbetulkan ,tunggulah saat dimana warga pendidik dan rakyat Malaysia bangkit berarak turun ke jalanraya untuk menzahirkan protes secara besar- besaran. Ingatlah ,doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT .

Ini adalah kerana tugas guru adalah suatu tugas yang mulia dan profesionalisme perguruan ini tidak seharusnya dicemari dengan kezaliman dan penindasan alaf baru terhadap warga pendidik yang berdedikasi dalam tugas.Dari ajaran gurulah akan lahir seorang Perdana Menteri, peguam , alim ulama' , mufti dan insan yang berguna di negera tercinta,selain didikan dari ibu bapa.

Tangan yang menurunkan tandatangan surat pertukaran, surat pemecatan dan tahan gaji sebenarnya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti. Bukankah gaji yang diterima adalah untuk 'memberkatkan' rezeki kita bagi menyara keluarga dan anak - anak ? Apakah dengan cara zalim seperti ini keberkatan akan diperolehi? "

Kami juga mendesak agar 'disiasat' siapa yang mengarah atau mendesak Pengarah Pelajaran Negeri untuk menukarkan seseorang guru. Apakah mereka menerima 'tekanan' orang politik yang bertaraf menteri dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk arahkan mereka bertindak.?.

NGO Pendidik menyeru agar warga pendidik bangkit dengan penuh keberanian untuk merobohkan 'tembok kezaliman' yang membelenggu jiwa pendidik selama ini dan demi memartabatkan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Berani kerana benar !. Jangan biarkan minda dan jiwa warga pendidik dijajah dengan penjajahan alaf baru yang merugikan masa depan negara.

Salam hormat daripada :
Pn. Normala Bt. Sudirman@ Cikgu Mala
Presiden persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Cikgu Mala: Batalkan Pertukaran Dan Tarik Semula Arahan Berpindah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini