BlogList Malaysia

Selatan Online

TIGA Kerusi Pilihan Salahuddin Di JOHOR

Posted by Unknown on 31 Mac 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_bacoks

SKUDAI – YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, membayangkan kawasan yang menjadi pilihannya untuk bertanding dalam Pilihanraya ke 13 nanti adalah di tiga kerusi sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Katanya lagi, Batu Pahat, Pulai dan Tanjung Piai adalah kawasan yang disebut-sebut kerana ia dianggap dekat dengan nostalgia, pembinaan karier politik serta pendidikannya.

"Insya Allah, saya dah balik ke Johor. Itu keputusan yang saya buat dan sampaikan kepada pucuk pimpinan, dan mereka telah beri lampu hijau. Tunggulah saya buat sidang media khusus di mana kerusi yang bakal bertanding.

"Rasanya (kerusi) Batu Pahat, Pulai dan Tanjung Piai (kerana) kerusi tersebut menarik. Saya tiada masalah kalau pimpinan beri peluang bertanding di kerusi tadi,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Makan Malam Bersama Media di Hotel Gode Hope, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya, Aminolhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya.

Seramai 22 orang wartawan dan juru gambar di pelbagai agensi berita negara ini hadir termasuk wartawan online dan blogger kecuali stesen televisyen RTM dan TV3.

Ketika ditanya mengenai isu bakal menteri besar beliau menganggap bahawa isu tersebut sengaja disensasikan oleh pihak media.

Bagaimanapun beliau berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Johor dan pada waktu ini tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya telah diambil sebagai keutamaan daripada membicarakan hal sedemikian.

"Itu bukan matlamat. Atas nama PAS dan PR, kita ada pimpinan yang terbaik untuk rakyat Johor. Dr Mahfodz (Pesuruhjaya PAS Johor) tokoh dikenali, pengalaman akademiknya luas. Dr Chua Jui Meng, bekas menteri dan pimpinan MCA, Dr Boo Cheng Hau, ada kemampuan sebagai ketua pembangkang. Tak boleh dipertikai.

"Atas pentas ini, Hj. Dzulkefly Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya), Cikgu Aminolhuda, Mazlan Aliman, Ustaz Azlisham (Dewan Ulamak), Norhayati Bachok (Dewan Muslimat). Kita (PR) ada kumpulan pimpinan terbaik dan alternatif,” tegas beliau lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "TIGA Kerusi Pilihan Salahuddin Di JOHOR"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini