BlogList Malaysia

Selatan Online

Kolumnis: Himpunan Bersih 3.0

Posted by Unknown on 16 April 2012 | 0 komen pembaca


Bicara Kolumnis : AMNI JAGAT

Sekali lagi rakyat Malaysia akan berkesempatan untuk menyaksikan kemaraan rakyat dalam memperjuangkan hak sebagai seorang warganegara Malaysia. Kali ini lokasinya telah pun ditetapkan yakni di Dataran Merdeka dan tarikhnya 28 April 2012.

Dalam himpunan BERSIH 2.0, ramai yang menempelak para demostran dengan menyatakan jatidiri para demostran sebagai individu yang menyokong kemurtadan hasil dari biasan kehadiran Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan BERSIH tersebut.

Berbeza pula dengan himpunan BERSIH 3.0 yang bakal berlangsung nanti, Pengerusi Bersama yang bakal mengetuai perhimpunan itu telah dilantik dan orangnya adalah A. Samad Said Sasterawan Negara yang ke-4. Apa pula alasan yang akan diberikan dari mereka yang antagonistik BERSIH?

Metafora apa yang bakal menjadi alasan dari pihak tertentu untuk menidakkan BERSIH kali ini? Jangan disebabkan kenduri kahwin tidak mendapat sambutan maka BERSIH akan dipersalahkan atau pengaruh sesuatu pihak politik yang berlawan dengan pihak kerajaan akan dipersalahkan.

Ternyata itulah lumrah kehidupan di Malaysia yang senang menyebut demokrasi tetapi payah untuk merealisasikannya. Disebabkan itu Perdana Menteri Britain David Cameron dalam lawatan ke Malaysia tidak menyebut sistem demokrasi di Malaysia itu baik.

Malah Cameron lebih rela memilih sistem demokrasi di Indonesia itu ‘baik’. Malaysia selalu dan suka menyatakan soal kemunduran di negara jiran Indonesia, tetapi Malaysia mungkin terlepas pandang untuk menyebut kemajuan minda pemerintah Indonesia yang jauh lebih baik berbanding minda pemerintah di Malaysia.

Kalau dilihat dari segi bahasa perantaraan pun sudah cukup menunjukkan betapa jauh bertamadunnya pemerintah di Indonesia berbanding Malaysia. Walaupun Cameron tidak memahami maksud yang terkandung dalam Bahasa Indonesia namun Susilo Bambang tetap berbahasa Indonesia.

Di Malaysia jauh sekali pincangnya. Pantang manusia berkulit luar dari sawa matang pasti berbuihlah bibir Perdana Menterinya berapi menutur kata dalam Bahasa Inggeris. Adakah Susilo Bambang atau SBY tidak fasih bertutur dalam bahasa inggeris? Jawapannya tentu tidak.

Demi menjaga kedaulatan jatidiri sesebuah negara maka bahasa memainkan struktur utama dalam memanifestasikan semangat nasional. Mungkin dari tunjang itulah yang membuatkan pandangan Cameron terhadap Indonesia dilihat lebih kukuh dari soal semangat mereka berbanding Malaysia.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia pergi keluar negara melawat sebuah negara Asia Tenggara yakni Myanmar. Tidak putus-putus mulut Perdana Menteri memuji akan kecemerlangan yang telah dipaparkan oleh negara tersebut dalam sistem demokrasinya.


Kata-kata Perdana Menteri dengan menyatakan media utama di negara junta berkenaan sudah terbuka dengan membawa masuk wajah Aung San Suu Kyi ke dalam siaran televisyen negara tersebut. Cukup gembira Perdana Menteri dalam lawatan tersebut apatah lagi bila mendengar Suu Kyi menang besar.

Siaplah Perdana Menteri pun sibuk mencanang ke seluruh negara berkenaan negara Myanmar yang bebas dan adil itu. Sehinggakan Perdana Menteri Malaysialah manusia yang bersusah payah menyembur suara memanggil dan memekik supaya sekatan ekonomi terhadap Myanmar ditarik semula.

Alangkah hebatnya tindakan Perdana Menteri Malaysia ini di negara Myanmar. Persoalannya, mengapa Myanmar dipuji begitu lambung sekali? Perdana Menteri memuji kerana media utama negara Myanmar berjalan dengan baik serta adil kepada kedua belah pihak. Malaysia bagaimana?

Adakah di Malaysia media utama adil untuk kedua belah pihak? Apa keuntungannya dengan memuji negara yang sudah pulih demokrasinya kalau tidak dipratikkan ke dalam negara sendiri? Sepatutnya Suu Kyi dan SBY harus datang ke Malaysia untuk melihat proses pilihanraya di Malaysia berjalan telus atau tidak, sekaligus menempelak sistem demokrasi Malaysia yang sempit.

Sibuk dengan keadilan negara orang negara sendiri dibiar tanpa sebarang keadilan yang baik. Tuntunan BERSIH 3.0 tempoh hari untuk meminta penambaikkan media di Malaysia, mengapa ditolak jika benar Perdana Menteri Malaysia ingin melihat keadilan tercerna di negara sendiri seperti Myanmar?

Cakap dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih. Sibuk dengan sistem demokrasi negara orang negara sendiri demokrasi di bawah telapak kaki. Pada tahun 1961, apabila ‘mogok wartawan atau mogok utusan’ dijalankan, sudah dapat diterka jika pengambil alihan Utusan Melayu di bawah kelolaan UMNO pasti kebebasan akhbar akan terkubur.

Ternyata perkara itu menjadi kenyataan pada hari ini. Said Zahari yang membantah resolusi empat perkara yang dianjurkan oleh Lembaga Pengarah telah dikenakan tindakan buang negara oleh pemimpin UMNO pada waktu itu yang diketuai oleh Tun Razak.

Antara resolusi tersebut adalah,

Pertama, memberi sokongan penuh kepada parti yang memerintah kerana itu akan lebih menguntungkan dari segi perniagaan.

Kedua, menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepala-kepala berita kepada parti-parti lain.

Ketiga, menyiarkan lebih banyak berita-berita dengan kepala-kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri Perikatan di mana ia dapat dilakukan termasuk kenyataan-kenyataan dasar penting.

Keempat, menyokong Perikatan apabila perbuatan sudah dilakukan dan mengkritik secara membina sesuatu keputusan yang buruk.

Dari empat perkara itulah yang akan menyebabkan kebebasan akhbar terkubur.

Maka dengan itu, keadilan dalam akses media utama perlu dikembalikan kepada hak keadilan. Penulis-penulis yang ingin melihat hak keadilan dalam akses media ini terlaksana harap dapatlah meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke Dataran Merdeka pada 28 April nanti.

Ketua perhimpunan yang akan mengepalai himpunan BERSIH 3.0 juga seorang tokoh penulis besar. Maka kali ini himpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah medan untuk seluruh penulis dalam sama-sama menyelamatkan sistem keadilan di negara ini.

1961 adalah sejarah yang lama. Dengan itu sejarah sepatutnya dikenang kembali untuk menyelamatkan masa depan dari terus tertipu dengan maklumat yang berat sebelah tanpa pencerahan keadilan. Araklah bersama untuk pencerahan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Kita meminjam hari ini dari warisan masa depan.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kolumnis: Himpunan Bersih 3.0"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini