BlogList Malaysia

Selatan Online

TANAH : Rakyat Berhak Berhimpun, Angsana Milik Rakyat.

Posted by Unknown on 16 April 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU – Himpunan Tanah Rakyat Johor yang dijadualkan pada 5 Mei depan sepatutnya diberikan kebenaran kerana ia dijamin dalam perkara 10 perlembagaan negara ini iaitu berhimpun secara aman tanpa senjata, kata Setiausaha Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH), Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UDA Holding Berhad (UDA), pemilik Plaza Angsana, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang melarang pihaknya mengadakan himpunan di premis tersebut walaupun dibenarkan oleh pihak polis.

Katanya lagi, pusat beli-belah terkenal, Plaza Angsana sememangnya milik UDA Holding Berhad dan ia pula syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini bermakna tambahnya lagi, kedua-dua institusi itu milik rakyat dan Jazlan tiada hak untuk melarang dari perhimpunan itu diadakan.

”Lagipun jawatan Jazlan sebagai Pengerusi UDA Holding Berhad akan berakhir tidak lama lagi dan akan diganti oleh pengerusi yang baru.

”Kalaulah alasan dia (Jazlan) untuk melindungi keselamatan pengunjung dan peniaga, cuba bayangkan jika anggaran 20 ribu peserta yang membuat belian purata RM50 sahaja maka peniaga Plaza Angsana dan sekitarnya akan dapat duit tunai sebanyak RM1juta dalam masa 5 jam sahaja.

”Ini bermakna tanpa sebarang modal promosi, peniaga Plaza Angsana dan sekitarnya akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

”Perhimpunan ini tidak akan mengganggu pengunjung dan peniaga kerana ia dibuat di pekarangan bukan dalam bangunan.

”Harap pengurusan lebih terbuka beri kebebasan berhimpun seperti perhimpunan Lynas dan Bersih,” ujarnya lagi ketika berucap kepada pemberita di Medan Selera aras bawah, Plaza Angsana, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ustaz Abdullah Hussin, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, sdr, Zaaba Ibrahim, ahli Jawatankuasa PAS Negeri Johor.

Suhaizan yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berkata, peluang kepada rakyat Johor teerbuka luas disebalik perhimpunan ini kerana untuk memberi desakan kepada kerajaan UMNO menyelesaikannya dengan segera.

”Rakyat Johor cukup tertekan dengan pelbagai masalah tanah yang mereka hadapi selama ini. Oleh itu himpunan ini akan memberi banyak kelebihan untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "TANAH : Rakyat Berhak Berhimpun, Angsana Milik Rakyat."

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini