BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin Ayob: Masukkan Guru Ke Maktab Boleh Selesai Isu

Posted by Unknown on 12 April 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU - Isu tuntutan daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah-sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong berkaitan kekurangan guru yang mempunyai kemahiran berbahasa Mandarin boleh diselesaikan dengan cara yang sepatutnya dan ditangani dengan cermat.

YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berkata, dengan melatih sejumlah 700 guru seperti yang diminta ke dalam Institusi-institusi Perguruan dalam negara nyata membawa kepada kebaikan kepada komuniti Cina itu.

”Isu kurang guru satu negara 700 guru berbahasa Mandarin. Dong Zong adalah (Badan Bukan Kerajaan) NGO yang hebat dan berjaya tarik perhatian. Ambil 700 orang guru, masukkan dalam maktab jadi guru terlatih, bila keluar (berkhidmat), selesailah isu ini,” katanya ketika menjawab soalan pemberita pada Majlis Makan Malam bersama Media di sebuah Hotel, baru-baru ini.

Beliau mengulas berhubung beberapa akhbar sebelum ini melaporkan kontroversi yang membabitkan sebuah NGO Cina Dong Zong yang memperjuangkan sistem pendidikan Cina di Malaysia telah membuat empat tuntutan antaranya mendesak kerajaan memindahkan segera guru-guru yang di hantar ke SJKC pada awal sesi persekolahan yang tidak tahu berbahasa Cina.

Sementara itu, Salahuddin turut menambah bahawa keperluan untuk memberi latihan perguruan kepada guru di peringkat Sekolah Agama rakyat dan Agama Johor wajar diberi perhatian.

Namun, tuntutan ini tidak berlaku kerana suara NGO Melayu tidak sekuat mana sebagaimana NGO Cina dalam negara ini.

”Bukan guru Cina sahaja yang kurang. Guru agama di Sekolah Agama rakyat dan Agama Johor pun sama. Oleh kerana NGO Melayu tidak kuat, itu jadinya.

”Kalau kita ambil alih Putrajaya, selesai isu ini. Namun ia tidak boleh dipolitikkan,” ujarnya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Salahuddin Ayob: Masukkan Guru Ke Maktab Boleh Selesai Isu"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini