Hudud Di Johor: UMNO Jangan Jadi Dayus
Posted by Unknown on 4 Julai 2012 | 0 komen pembaca
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa UMNO khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN UMNO Johor sebagai out of his mind atau hilang akal. Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.
Perkataan hilang akal yang juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012. Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).
DPPNK berpandangan, UMNO khususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN UMNO hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor. Di manakah maruah pemimpin UMNO yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?
Di mana pula NGO-NGO pro UMNO yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja? Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini? Bagi pihak PAS, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN UMNO Johor ini. Namun di pihak UMNO, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA. Di mana keris tajam UMNO yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu? Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?
Jika UMNO khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai UMNO dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.
Yang menjalankan tugas,
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Hudud Di Johor: UMNO Jangan Jadi Dayus"
Leave a reply