BlogList Malaysia

Selatan Online

Pacak Bendera Bulan, Angkara Protes?

Posted by Unknown on 9 Julai 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN – Kubu kuat UMNO-Barisan Nasional di salah satu kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut ini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan beberapa batang bendera ‘bulan’ yang di pacak di pintu masuk Kampung Parit Selangor, dekat sini, hujung bulan lepas.

Menurut sumber, perbuatan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi memberi kejutan kepada UMNO cawangan yang didakwa tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berhubung beberapa kemudahan prasarana di kampung terbabit.

Sehubungan itu, sebagai tanda protes kepada kegagalan mewujudkan suasana kampung yang kondusif dipercayai tindakan itu dilakukan bagi menarik ‘perhatian’ pemimpin tempatan agar prihatin kepada tuntutan mereka.

Difahamkan, YB Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian telah melalui kampung tersebut bagi merasmikan pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Puteri Menangis yang jaraknya kira-kira 1 kilometer dari kampung tersebut.

Bagaimanapun, sehari selepas ia di pacak, tinjauan dilakukan mendapati, bendera itu sudahpun dicabut dipercayai ada pihak yang ‘terasa’ dan kurang selesa dengan perkembangan yang mengejutkan itu.

Fenomena seperti ini berlaku di beberapa lokasi lain di dalam kawasan DUN Benut petanda keaiban UMNO telah terbongkar dan diselongkar dari kalangan mereka sendiri.


Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pacak Bendera Bulan, Angkara Protes?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini