Bicara Kolumnis: Menang Pilihanraya Dengan Menjual Anak
Posted by Unknown on 24 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Kolumnis: AMNI JAGAT
Dapat diumpamakan, belanjawan kali ini seperti tuan menabur dedak kepada ayam bila hari sudah masuk waktu makan si ayam ternak. Tetapi ayam mana yang tahu bilakah sampai hukumnya ia akan disembelih oleh tuan pemberi dedak itu?
Ramai juga tidak lepas dari melafazkan kesyukuran dengan apa yang telah dibentang dalam belanjawan tersebut – ini mungkin membuatkan PRU (Pilihanraya Umum) ke 13 akan berlangsung tidak lama lagi –. Alangkah indahnya jika pemerintah hari ini mempunyai rakyat yang berfikiran seperti ayam ternak.
Baru-baru ini, ada seorang rakyat Malaysia yang berbangsa cina telah menjerit dengan gagah di sebuah restoran dengan melaungkan ‘jangan jual anak kepada B.N’. Saya agak terkejut dengan jeritan yang dilaungkan oleh cina itu.
Untuk mencari fakta dari kata-kata cina itu, saya merapati lalu memberanikan diri dengan bertanya, ‘encik kenapa cakap jangan jual anak?’ Kebetulan cina itu mengenali saya kerana cina itu pernah bertemu saya di atas pentas sedang mendeklamasikan sajak.
Secara langsung cina itu seperti tidak curiga untuk menceritakan isi hatinya. Jawab cina itu pada saya, ‘awak tak tengok ke apa B.N. sudah bikin pada negara? Awak tengok berapa banyak wang dia mahu pakai untuk beli rakyat? Dia beli hari ini, tapi kita kalau jual, itu bermakna kita jual masa depan kita. Anak-anak kita akan susah. Awak tengok duit sudah habis, ekonomi tengah teruk macam mana dia mahu selamatkan negara akan datang.’
‘Awak tengok akan datang, anak kita susah cari kerja. Bila B.N. mahu dapat balik itu duit dia pasti naikkan harga barang sebab itu belanjawan kali ini dia sudah bentang sebelum audit. Bila harga barang naik, anak kita yang akan dapat susah. Bila hidup susah anak kita akan jadi jahat. Hari ini di Malaysia, bila jadi jahat baru boleh jadi kaya.’
Habis saja kata-kata itu, cina tersebut menarik nafas panjang sebelum menyambung semula, ‘awak tengok, hari ini banyak pelacuran banyak kes-kes sosial sebab apa, sebab semua orang susah mahu cari kerja.’ Terdetak saya terpingga. Rupanya bangsa cina juga melihat pelacuran sebagai sebuah sampah sosial.
Seketika saya berpendapat kenyataan yang dikeluarkan dari mulut orang berbangsa cina ini memang benar. Bila sesebuah sistem ekonomi itu runtuh, maka ia akan diekori rapat oleh keruntuhan sosial yang begitu mendadak.
Di zaman ‘gelap barat’ kurun ke 5 hingga kurun ke 15 telah membuatkan negara barat terutamanya eropah mengalami suatu sistem yang pincang sehingga berlakunya penzinaan dan maksiat yang berleluasa tanpa dapat dibendung.
Hal ini terlalu rumit sehinggakan terlahirnya anak luar nikah atau anak tidak sah taraf lahir secara bersepah. Antara manusia yang menjadi mangsa adalah pelukis dan ahli falsafah ‘Leonardo Da Vinci’. Di sudut sistem kegerejaan juga tidak dapat menampung lagi keruntuhan sosial manusia yang sedang berlaku ketika itu.
Keruntuhan sosial ini dapat dilihat hasil daripada sorotan keruntuhan ekonomi yang dahsyat pada waktu itu yang dialami di negara barat. Ternyata benarlah mengikut sejarah yang berlaku bahawa kata-kata seorang cina tadi adalah sebuah kenyataan yang berdasarkan fakta sejarah global.
Perkataan ‘jangan jual anak’ itu cukup menarik perhatian dalam senarai esei ini. Di mana kenyataan dari seorang rakyat itu cukup-cukup membuktikan bahawa dia seorang yang memandang jauh bukanlah seperti ‘ayam ternak’ yang dimaksudkan.
Dalam sistem kehidupan manusia, kita diajar untuk membuat pilihan. Dalam apa jua sekalipun, hidup kita sebagai seorang manusia tidak lepas dari perkara membuat pilihan. Kebanyakkan manusia akan memilih sesuatu itu jika ia baik bagi dirinya.
Contoh seperti permakanan. Kebanyakkan manusia akan memilih permakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan dirinya bukan setakat hari ini tetapi lanjut untuk masa akan datang atau masa hadapan. Ini juga sebuah pemilihan yang boleh dikatakan bernas.
Bila dilihat dari soal keremehan perkara ini, dapatlah dipersoalkan adakah dengan memilih kerajaan yang sedia ada ini baik untuk diri kita atau dengan menukarkannya itu lebih baik?
Perkaranya mudah, jika seseorang itu tidak berlaku adil dalam setiap perkara, apakah mungkin ia baik dari sisi sistem sebuah pemerintahan? Cuba lihat di kaca televisyen rumah kita lebih-lebih lagi waktu perdana yakni waktu berita disiarkan. Dapat kita lihat di sini adakah adil dengan membuli sebelah pihak cuma sedangkan sebelah pihak lagi ditutup mulutnya?
Ini perkara yang paling remeh untuk diperhatikan. Setiap perkara yang diterima pasti mempunyai hikmah yakni sesuatu perkara yang tersembunyi. Jika dari segi perkara yang kecil sekalipun seperti penyiaran di media masa, keadilan tidak dapat tercerna, bagaimana soal yang lebih besar?
Lawan kepada keadilan adalah kezaliman, apakah kezaliman itu yang harus kita angkat sebagai pemerintah bagi diri kita dan anak kita? Jika seekor ayam ternak, dia tidak dapat membaca hati seorang tuan yang akan menyembelihnya, tetapi berbeza dengan harimau belang di hutan, jika kita beri makan dia makan tetapi jika kita cuba-cuba mengusik walau dengan mencabut sehelai misainya pasti ia akan melawan apatah lagi kalau cuba mengganggu anaknya.
Disebabkan itu lambang negara Malaysia terletaknya dua ekor harimau belang yang seolah-olah sedang memegang lambang negara yakni bermaksud kedaulatan negara. Harimau itu adalah simbol kepada rakyat.
Sebagai seorang rakyat, kita harus bijak memilih. Memilih adalah menghukum. Menghukum bukan bermaksud membenci tetapi cuba menunjukkan kasih dan sayang kepada negara dan masa hadapan.
Janganlah bila suatu masa nanti, pemerintah di Malaysia hari ini menang akan membuatkan nasib anak kita seperti menang menjadi arang kalah menjadi abu. Jika begitu maka rakyat hari ini akan dipersalakan kerana menjual masa depan anak mereka untuk kepentingan sesuatu pihak semata.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**






0 komen pembaca for "Bicara Kolumnis: Menang Pilihanraya Dengan Menjual Anak"
Leave a reply