BlogList Malaysia

Selatan Online

Sambutan Dingin Seolah-olah 'Diugut'

Posted by Unknown on 23 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


NUSAJAYA - Kehadiran YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke perkampungan Pendas Baru, Nusajaya bagi mendekati permasalahan rakyat secara tiba-tiba disambut 'dingin' oleh penduduk di situ.

Pertemuan dengan wakil penduduk Pendas Baru ini telah pun diaturkan oleh Saudara Abd Rahman Salleh yang mewakili AJK Pusat Aduan Rakyat Nusajaya Zon Nusajaya.

Beberapa orang wakil penduduk telah menyatakan komitmenya untuk menyuarakan permasalahan rakyat terus kepada YB Salahuddin Ayub. Keyakinan tersebut telah disuarakan mereka sehingga tengah hari pada hari kejadian.

Dalam pada itu, wakil Pusat Aduan Rakyat Zon Nusajaya telah membuat tinjauan pada waktu pagi tersebut disekitar perkampungan Pendas Baru bagi melancarkan program kehadiran YB Salahuddin Ayub.

Namun, pada waktu yang telah ditetapkan sekitar jam 4.45 petang, rombongan YB Salahuddin Ayub telah dimaklumkan bahawa kesemua wakil penduduk yang ingin berjumpa denganya tidak kelihatan langsung di kawasan perkampungan Pendas Baru.

Ironinya, terdapat sekelompok besar rumah di sekitar perkampungan Pendas Baru dipasang dengan bendera Parti UMNO dan Barisan Nasional.

Masih juga kelihatan para remaja yang mungkin ditugaskan untuk pemasangan bendera-bendera tersebut yang masih menyiapkan baki-baki kerja pemasangan dengan dengan longgokan buluh-buluh yang masih segar hijau.

Menurut Yb Salahuddin, beliau amat sedih dengan keadaan permasalah penduduk di situ yang kesemuanya tidak mendapat jaminan pemberian rumah dan tanah serta seperti yang telah dijanjikan sebelum pemindahan mereka.

Sehingga saat ini, mereka hanya diberi duit saku untuk pemindahan rumah sahaja kira-kira 4 tahun lepas.

Walau bagaimanapun keadaan ini tidak melemahkan semangatnya untuk terus memberikan perhatian terhadap Negeri Johor umumnya dan Nusajaya khasnya.

Beliau sempat berpesan kepasa seluruh ahli PAR Nusajaya agar terus melindungi serta berjuang mempertahankan hak mereka.

Oleh: Asad

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Sambutan Dingin Seolah-olah 'Diugut'"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini