BlogList Malaysia

Selatan Online

Dialog ‘NB’ berjaya kenal pasti hasrat Non Muslim bila PAS perintah

Posted by Unknown on 22 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


KLUANG – Dialog Negara Berkebajikan dengan Non Muslim hari ini dianjurkan bagi mengenalpasti respon mereka tentang perkara yang harus PAS lakukan apabila diberi peluang memerintah kelak , demikian kata Khairul Faizi Ahmad Kamil, Yang Dipertua PAS Kluang

Khairul Faizi yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) berkata, sebagai sebuah gerakan Islam, PAS amat terbuka dalam memberikan penjelasan tentang Islam dan bersedia menerima pandangan daripada kaum Non Muslim.

”PAS nakkan maklumat dan input dari masyarakat (pelbagai kaum), nak bina kerajaan negeri agar lebih baik daripada UMNO-BN,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Dialog Negara Berkebajikan bersama Non Muslim di Dewan Layang-layang, Hotel Anika dekat sini, semalam.

Hadir sama, Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong, Ketua DHPP Perak, Dato’ Dr Mahfodz Mohammed,Pesuruhjaya PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Sementara itu, Dato Mahfodz berkata, program Dialog ini adalah kali kedua dianjurkan selepas di Johor Bahru telah mendapat respon yang baik daripada masyarakat Non Muslim.

”UMNO tak pernah jelaskan Islam. Dan tak pernah fahamkan peranan Islam dan Melayu. Sebab mereka UMNO tak pernah dedah kedudukan sebenar tentang Islam. Bagi kita (PAS) tak pernah selindung-selindung tak tipu-tipu (jelaskan Islam). Tak macam MCA,” demikian kata Dato’ Dr Mahfodz lagi.

Pada majlis yang sama, sekitar seratus orang peserta daripada pelbagai kaum hadir didatangi khas dari Pontian, Ayer Hitam selain dari daerah ini.

Difahamkan, siri jelajah penerangan tentang Negara Berkebajikan ini akan bertandang ke bahagian Utara Johor setelah dua siri sebelum ini berjaya diadakan.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Dialog ‘NB’ berjaya kenal pasti hasrat Non Muslim bila PAS perintah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini