Program Ibadah Korban PAS Gelang Patah Meriah
Posted by Unknown on 31 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
GELANG PATAH - PAS Kawasan Gelang Patah telah berjaya menganjurkan program ibadah korban pada 27 Oktober yang lalu. Sebanyak 22 ekor lembu telah dikorbankan semperna Hari Raya Aidiladha pada kali ini.
Menurut Ustaz Salahuddin Dahiran yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah ibadah korban yang dilakukan pada kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada ahli-ahli PAS Kawasan Gelang Patah dan masyarakat sekitar.
"Sebanyak lebih 100 orang peserta telah mengambil bahagian pada kali ini. PAS Kawasan Gelang Patah telah menempah 22 ekor lembu untuk dilakukan ibadah korban pada kali ini.
"Kehadiran ahli PAS dan masyarakat sekitar juga amat memberangsangkan pada kali ini. Kami berasa sangat gembira kerana terdapat juga ahli-ahli UMNO yang hadir ke program ibadah korban kita pada kali ini.
"PAS Kawasan Gelang Patah merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli PAS dan masyarakat sekitar yang hadir pada program ibadah korban kita pada kali ini. Saya juga mengharapkan ibadah korban kita pada kali ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu medium dakwah", jelas beliau lagi.
Program ibadah korban PAS Kawasan Gelang Patah pada kali ini bertambah meriah apabila menerima kehadiran YB Salahuddin Ayub yang turut sama-sama penduduk sekitar bergotong royong dalam program ibadah korban pada kali ini.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**






0 komen pembaca for "Program Ibadah Korban PAS Gelang Patah Meriah"
Leave a reply