BlogList Malaysia

Selatan Online

1,979 Pindah Akibat Banjir

Posted by Unknown on 7 November 2012 | 0 komen pembaca


Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@yahoo.com

JOHOR BAHRU: Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 1,979, semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Johor berkata, setakat ini, 17 pusat pemindahan sementara banjir masih beroperasi dan ia menempatkan 521 keluarga. Menurut jurucakap berkenaan, setakat jam 7 malam semalam, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan sementara banjir masih dibuka bagi menempatkan 1,948 mangsa membabitkan 515 keluarga diikuti sebuah di Ledang dengan 31 mangsa daripada enam keluarga.

“Bagaimanapun, dua pusat pemindahan di Kluang ditutup apabila 51 mangsa membabitkan 13 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir surut semalam.

“Seramai 153 mangsa membabitkan 33 keluarga ditempatkan di Balai raya Parit Yusof, 59 mangsa (18 keluarga) di Balai raya Linau Kecil, 151 mangsa (44 keluarga) di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Tiga Serangkai, 67 mangsa (19 keluarga) di Balai raya Kampung Parit Betong, 56 mangsa (15 keluarga) di Balai raya Parit Othman dan 105 mangsa (27 keluarga) di Balai Masjid Kampung Sengkuang.

“Selain itu, 122 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di SK Tiga Serangkai, 227 mangsa (57 keluarga) di SK Sri Chomel, 95 mangsa (30 keluarga) di SK Agama Sri Aman, 47 mangsa (15 keluarga) di SK Kampung Jawa, 121 mangsa (27 keluarga) di SK Agama Sri Binjai dan 33 mangsa daripada sembilan keluarga di SK Bukit Kuari,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, 338 mangsa daripada 82 keluarga ditempatkan di SK Sri Gading, 250 mangsa (58 keluarga) di SK Sungai Suloh, Senggarang, 103 mangsa (28 keluarga) SK Sri Laksana, Parit Sulong serta 21 mangsa daripada tujuh keluarga di SK Agama Sri Bengkal, Parit Yaani.

“Manakala di Ledang, SK Sialang Tangkak masih menempatkan 31 mangsa daripada enam keluarga,” katanya.

Sumber: Harian Metro


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "1,979 Pindah Akibat Banjir"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini