Sokong Hasrat Salahuddin Untuk Bertanding di SEROM
Posted by Unknown on 7 November 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, Datuk Abdul Ghani Othman mungkin tergamam dek sokongan ramai pihak kepada Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS yang berhasrat untuk bertanding di situ.
Terbaru, DAP Johor dalam satu kenyataan bersedia untuk membantu meraih kemenangan buat Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan raya Umum (PRU) 13 nanti.
Menurut Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor yakin Salahuddin mampu melakarkan kejutan berpandukan riak-riak perubahan yang dimahukan rakyat negeri ini.
”Saya secara peribadi menyokong jika beliau (Salahudin) mahu bertanding di DUN Serom yang kini disandang oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Kami percaya Salahuddin boleh menang,” katanya lagi.
Sementara itu, rakan dalam pakatan lain, PKR Cabang Ledang, Rizal Alias berkata, hasrat Salahuddin itu disifatkan satu lagi persaingan sihat dan berita yang mengembirakan.
”Saya berkeyakinan, kepimpinan yang dimiliki beliau mampu memikat hati pengundi di sini dan seterusnya mendapatkan kemenangan di sini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Yang Dipertua PAS Ledang, Nasir Ahmad berkata, kemenangan besar bakal diraih dengan meletakkan calon berkaliber seperti Salahuddin dan mengalu-alukan kedatangan Ahli Parlimen Kubang Kerian bertanding di situ.
”Kita tidak mempersoalkan siapa calon yang akan bertanding, sebaliknya akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Ibn_Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Sokong Hasrat Salahuddin Untuk Bertanding di SEROM"
Leave a reply