BlogList Malaysia

Selatan Online

Elakkan Sindrom ‘Tua Sebelum Masanya’

Posted by Unknown on 17 November 2012 | 1 komen pembaca



KOTA BHARU – Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS kali ke 58 hari ini disarankan agar para perwakilannya tidak terjebak dengan sindrom ‘tua sebelum masanya’, demikian kata Mohd Faizul Salleh, Timbalan Dewan Pemuda PAS Johor. 

Katanya lagi, Pemuda PAS wajar menonjolkan ramai tokoh yang akan menjadi ikon kepada masyarakat khasnya golongan anak muda. Faizul turut menambah, bukan soal angka yang menjadikan mentaliti bahawa kepemudaan yang diperlukan, akan tetapi ia dilihat bagaimana cara seseorang itu berfikir. 

”Pimpinan (peringkat tertinggi) walaupun nampak tua tapi berjiwa muda,” tegasnya lagi. 

Faizul berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Ucaputama Ketua Pemuda PAS Malaysia di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, dekat sini, kelmarin. Sehubungan itu, Faizul turut menyarankan agar peranan Akademi Tarbiyah Pemuda (AKP) dan Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi melahirkan pemuda yang boleh menjadi ‘figure’ mahupun sebutan dalam masyarakat. 

”Jadi, satu nama disebut seantero dunia dan dikenali seperti Datuk Mahfuz yang berusia 50 an tapi cergas lebih muda,” katanya lagi.

Sumber: Ibn_Bacoks


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Elakkan Sindrom ‘Tua Sebelum Masanya’"

  1. pemudaPC says:

    kuang kuang kuang!
    Lebih tua daripada umur?
    cakaplah terus terang, bahawa kami tidak mahu "adik Nasaruddin Mat Isa" dan timbalannya memimpin Dewan Pemuda PAS pusat, kerana keduanya adalah malas dan lembik. Kami juga menysal kerana terpaksa mengundi mereka dalam pemilihan yang lepas.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini