BlogList Malaysia

Selatan Online

Kempen PKR Tolak AES di Pasar Malam Megahria

Posted by Unknown on 15 November 2012 | 0 komen pembaca


Oleh Abusiraj Almuner

MASAI, 14 November - Kempen Tolak AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga disertai seramai 15 badan bukan kerajaan NGO telah diadakan serentak di seluruh negara. PKR Johor menyasarkan 30,000 kutipan tandatangan bagi seluruh negeri Johor.

Parti keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor telah memulakan kempen di Johor pada 4hb November. Menurut saudara Jimmy Puah, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Johor Jaya, kempen di negeri Johor bermula di DUN Johor Jaya dan sekiranya tandatangan berjaya dikutip melebihi 20,000 sehingga 2 Disember ini, PKR akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; dan Kementerian Pengangkutan.

Jimmy Puah yang juga selaku Ketua Biro Guaman Negeri berkata, selaras dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), pihaknya akan memberi pertolongan dan nasihat percuma kepada orang awam yang mempunyai masalah undang-undang berkaitan AES.


Pada malam Sabtu lepas, kempen ini diadakan di tapak pasar malam Megahria, Masai dan ia mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat terutama masyarakat Cina dan India yang kebanyakkannya datang memberikan sokongan untuk kempen ini.

Turut hadir bersama dalam kempen itu ialah Setiausaha Pusat Aduan Rakyat Permas (PAR) Abusiraj Almuner, AJK PKR Johor Bahru, Danny Tan dan AJK AMK Johor Bahru, Tom Tay.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kempen PKR Tolak AES di Pasar Malam Megahria"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini