BlogList Malaysia

Selatan Online

Labis: Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU 13

Posted by Unknown on 10 November 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Clara Chooi
10 Nov 2012


Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

JOHOR BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota, tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang sekarang ini memimpin MCA.

Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama “labi-labi” yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan mengantuk.

Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit, manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.

Di sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah berbatu-batu jauhnya.

Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.

“Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan ketika beliau memegang kerusi Labis,” kata penduduk tempatan, S. Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.

Tey Koh Hout yang berumur enam puluh tiga tahun mempunyai perkara sama untuk dikatakan.

“MCA ... mereka semua sama, bukankah begitu? Mereka mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka lupa siapa yang mengangkat mereka,” katanya kepada portal berita ini.

“Terdapat banyak kemarahan kepada MCA ... kadang-kadang, mereka terlalu marah sehingga lupa mengapa mereka marah. Tetapi mereka tahu dan yakin bahawa mereka mahukan perubahan,” kata Tan Chin Guan, pemimpin DAP tempatan.

“Penduduk Labis disembelih dalam pelbagai cara… tetapi mereka tidak tahu, mereka tidak berdosa.

“Tetapi hari ini, sesetengahnya sudah bertukar arah ... mereka mengatakan mahu mencuba sesuatu yang baru,” kata bekas pegawai kepada menteri pendidikan, G. Krishnabagwan.

Lanjutan di SINI


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Labis: Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU 13"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini