BlogList Malaysia

Selatan Online

Nik Abduh Sedia Bertanding di Pagoh

Posted by Unknown on 16 November 2012 | 0 komen pembaca



KOTA BHARU - "Saya macam Presiden (PAS). Apa yang diputuskan oleh parti, itulah yang saya yang... (saya tanding). Tak tanding pun tak apa," demikian reaksi Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berhubung saranan supaya beliau mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau mengulas cadangan perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Syaari ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS pagi semalam.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya diarahkan pucuk pimpinan parti berbuat demikian, Nik Abduh berkata, "bersedia di mana-mana."

"Itu keputusan kita bersama bahawa apabila kita diamanahkan, itu yang disuruh oleh parti... kita akan (ikut)," katanya.

Marzuk dalam perbahasannya berkata, Pemuda Pas perlu menyahut cabaran untuk bertanding di luar zon selesa sebagai bukti kesungguhan sayap parti itu.

"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," katanya.

Jawapan Nik Abduh dilihat senada dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa beliau sedia menjadi calon di mana-mana kerusi Parlimen termasuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan.

Abdul Hadi merupakan Ahli Parlimen Marang.

Beliau sebelum itu mengejutkan negara apabila menyatakan beliau sedia bertanding di Parlimen Pekan jika diputuskan demikian oleh parti.

Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Nik Abduh Sedia Bertanding di Pagoh "

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini