Pengerang - Bantah Ambil Tanah Kubur
Posted by Unknown on 12 November 2012 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah menetapkan tarikh bagi perbicaraan tentang pemohonan semakan kehakiman daripada penduduk Pengerang ke atas perkara 4 tanah perkuburan yang diambil alih.
Demikian kata Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman PKR Johor dalam satu kenyataan media menerusi akhbar Sin Chew yang dipetik Facebook Keadilan Johor.
”Menurut prosedur, mereka mesti dapat izin Mahkamah dulu baru boleh buat pemohonan semakan kehakiman.
”Terlebih dahulu, penduduk-penduduk itu melalui peguam Jimmy Puah dan Hassan Karim memohon keizinan itu,” lapor akhbar itu lagi.
Mengulas lanjut, Jimmy Puah berkata, Nelayan Pengerang akan menyaman konsortium Dialog kerana didakwa pencemaran kawasan itu adalah disebabkan projek terbabit.
”Projek Dialog sudah menyebabkan pencemaran kawasan,” katanya lagi turut datang ke Mahkamah hari ini termasuk 30 penduduk Pengerang dan
Terdahulu, pekarangan Mahkamah dihadiri Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Ms Poh Lai Tan bersama 30 orang penduduk Pengerang.
Difahamkan, tiga orang penduduk dikalangan Melayu melalui peguam Jimmy Puah dan Hassan Karim turut memfailkan pemohonan semakan kehakiman atas tanah perkuburan Melayu bernombor 507 dan 1080.
Sementara itu, Hassan Karim mempersoalkan bagaimana tanah perkuburan yang bernombor 507 yang belum diwartakan itu telah dipindahkan.
“Tanah perkuburan bernombor 507 belum diwartakan, bagaimana pindah? Walaupun tanah perkuburan bernombor 1080 sudah diwartakan, tetapi kerja pindah tidak ikut Syariah.” soalnya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pengerang - Bantah Ambil Tanah Kubur "
Leave a reply