BlogList Malaysia

Selatan Online

UMNO Terdesak Ganggu Ceramah PAS Di Parit Yaani

Posted by Unknown on 13 November 2012 | 0 komen pembaca


PARIT YAANI - Akibat sudah tergugat dengan arus perubahan rakyat yang mula terbuka untuk hadir ke ceramah dan program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat menyebabkan UMNO di beberapa kawsan di negeri Johor mula bertindak untuk menganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Terbaru,  satu ceramah PAS yang dianjurkan oleh PAS Sri Gading di Dun PArit Yaani telah diganggu oleh pemimpin UMNO Bahagian Parit Yaani. Tindakan tidak demokratik yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO itu dilihat sangat menegecewakan ramai pihak.

Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Dun Parit Yaani , Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi ini tidak mengambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, UMNO ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan.

"Mereka menganngu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak domokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, UMNO juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuna banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.

"Mereka juga turut menganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama YDP Kawasan Sri Gading, Ustaz Hasim Jusoh cuba dihalau sednagkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan pihak RELA untuk hadir ke sekolah terbut bagi menyampaikan sumbangan"

"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan UMNO ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin UMNO bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat disini", jelas beliau lagi.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "UMNO Terdesak Ganggu Ceramah PAS Di Parit Yaani"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini