Gangster Usir Penduduk Kg Semangat
Posted by Unknown on 13 November 2012 | 0 komen pembaca
Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor. Tanah berkeluasan 63.2573 hektar telah dianugerahkan kepada Dato’ Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim. Dato’ Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1hb April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng.
Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil. Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut (Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.
Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini.
Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.
Pada 8hb September 2011 penduduk menerima satu Notis Guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31hb Oktober 2011. Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan(tuan tanah).
Pada 9hb Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan YB Datuk Hj Osman Sapian telah diadakan. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Y.A.B Datuk Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor melalui YB Datuk Hj Osman Bin Sapian. Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.
Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan ehsan dan saguhati kepada wakil Danga Bay Sdn Bhd iaitu En. Chai Yee Man pada 8hb Oktober 2012 . Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.
Pada 18hb Oktober 2012 , para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.
Penduduk-penduduk di sini diugut oleh gangster-gangster yang datang dari luar.
Beberapa keluarga yang takut kepada gangster ini, telah berpindah dari tempat ini. Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.
Pada 1hb November 2012, lebih kurang 30 orang yang dipercayai gangster dibawa masuk untuk kali kedua, rumah-rumah kosong di sini telah dirobohkan. Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.
Memandangkan penduduk kampung ini telah tinggal lebih daripada 50 tahun dan mereka telah terlibat dalam menyediakan tenaga-tenaga buruh sekitar Johor Baharu.
Mereka pernah mendapat kebenaran lisan daripada Dato Toh Ah Boon untuk menanam sayur di kawasan tersebut.
Penduduk kampung adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu penduduk kampung memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Bin Othman campurtangan dalam membela penduduk Kampung Semangat.
Penduduk kampung telah membuat bantahan pengusiran mereka dan memohon Y.A.B dapat menjadi orang tengah menyelesaikan masalah penduduk dengan pihak Danga Bay Sdn Bhd.
Tuntutan penduduk terhadap Danga Bay Sdn. Bhd adalah seperti berikut :
a. Wang saguhati sebanyak RM 30,000.00 untuk setiap rumah.
b. Menyediakan rumah sementara atau rumah panjang kepada setiap keluarga.
c. Menyediakan wang urusan perpindahan.
d. Memberi tempoh yang berpatutan untuk berpindah.
e. Memberi keutamaan kepada pemilik premis perniagaan untuk membeli premis di tempat yang
dibangunkan.
f. Menangguhkan sementara langkah-langkah penguatkuasaan / tindakan undang-undang terhadap
semua penduduk sehingga selesai tuntutan.
g. Membina rumah murah/ rumah mampu milik mengikut kesesuaian untuk ditawarkan kepada
penduduk.
Sumber : FB Suhaizan Kaiat
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Gangster Usir Penduduk Kg Semangat"
Leave a reply