PR Tawar Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100
Posted by Unknown on 25 Februari 2013 | 0 komen pembaca

SHAH ALAM:
Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi
rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan
datang.

Berikut antara yang diumumkan:
1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.
2-Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
3-Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
4- Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
5- Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
6- Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.
7- Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.
8- Memberi permit terus kepada pemandu teksi
9- Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
10- Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
Sumber: Harakahdaily
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PR Tawar Sejuta Peluang Kerja, Gaji Minima RM1,100 "
Leave a reply