BlogList Malaysia

Selatan Online

10 Meter Padu Air Percuma Untuk Rakyat Johor Jika PR Perintah

Posted by Unknown on 14 April 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU: Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.
“Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang cukup unik hasil dari ‘kepandaian’ Umno BN memerintah,” katanya, sinis pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.
Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.
“Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor,  sebahagiannya diaplikasi dari pengalaman  memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.
“Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008 ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion. Peningkatan RM2 bilion.
“Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah,” katanya.
Beliau berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.
“Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak menyebabkan tubuh jadi lemah.
“Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir, bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak,” kata calon Parlimen Bandar Baharu Kulim itu.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "10 Meter Padu Air Percuma Untuk Rakyat Johor Jika PR Perintah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini