BlogList Malaysia

Selatan Online

Atas Kertas, Kit Siang Menang Dengan Mudah!

Posted by Unknown on 21 April 2013 | 0 komen pembaca


GELANG PATAH - Keputusan penamaan calon yang diumumkan awal pagi tadi menyaksikan Parlimen Gelang Patah (P162)  bakal berlaku percaturan sengit. 

Kerusi yang membariskan Lim Kit Siang mewakili DAP dijadualkan bertembung dengan mantan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman 5 Mei ini dalam Pilihanraya Umum kali ke 13.

Walau bagaimanapun,  Lim Kit Siang dilihat antara calon yang terlebih dahulu menang atas kertas dengan komposisi masyarakat di kawasan Gelang Patah 54% kaum cina, 33% kaum Melayu, dan 12% kaum India.

Tahun 2008 Tan Ah Eng (MCA-BN) sekadar mampu menewaskan Zaliha Mustafa (PKR) dengan perbezaan peratusan Tan Ah Eng -55% dan Zaliha Mustafa -41% berbanding dengan tahun 2004 Tan Ah Eng - 78% dan Song Sing Kwee-18%.

Kesan Tsunami politik 2008 dilihat mampu memberi lonjakan sokongan rakyat khususnya kaum Cina untuk PRU-13 5 Mei nanti.

Laungan keramat beliau " Mei 5, UBAH " telah menjadi sahutan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir bersama-sama memberi sokongan dalam sesi penamaan calon beliau.

Turut bersama beliau adalah rakan sepasukan Pakatan Rakyat, Saudara Salahuddin Ayub (N49-Nusajaya) dan Dr.Boo Cheng Hau (N48-Dun Skudai). 


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Atas Kertas, Kit Siang Menang Dengan Mudah!"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini