Bahan Fitnah BN Di Sebar, DAP Lapor Polis
Posted by Unknown on 28 April 2013 | 0 komen pembaca
Satu lagi fitnah kempen pilihanraya Barisan Nasional tentang 13 Mei yang bertujuan mencetuskan sentimen perkauman
Hari ini kami membuat laporan polis tentang fitnah BN mengenai peristiwa 13 Mei 1969 supaya pihak polis boleh menyiasat mengenai risalah-risalah yang memainkan isu perkauman yang diedarkan oleh pasukan kempen pilihanraya BN.
Kami menerima aduan daripada pengundi yang marah dengan pembohongan dan penipuan BN. Walaupun kerajaan BN sendiri tidak pernah menyiasat secara terbuka tentang siapa pencetus 13 Mei, tukang fitnah BN tidak segan-silu menyebarkan pembohongan itu.
Kami tegaskan di sini bahawa DAP adalah parti yang berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya pencetus tragedi 13 Mei 1969. BN menggunakan taktik jahat dengan mengedarkan risalah fitnah dan memain isu 13 Mei dalam PRU 13 di mana mereka menggambarkan Ketua Parlimen DAP dan calon Gelang Patah, Lim Kit Siang, sebagai seorang rasis.
Ini adalah taktik kotor BN untuk membunuh karakter Lim Kit Siang kerana risalah-risalah tersebut tidak mengemukakan apa-apa bukti melainkan membuat tuduhan liar dan boleh mencetuskan api perkauman.
Lim Kit Siang telah banyak kali menjelaskan bahawa pada 13 Mei 1969, beliau tidak berada di Kuala Lumpur kerana telah berada di Sabah pada masa itu. Pihak polis mempunyai rekod tentang perkara itu. Mengapa pasukan kempen BN masih mahu memainkan isu perkauman yang amat bahaya ini? Inikah maksudnya kempen 1Malaysia ciptaan Najib Tun Razak?
Kempen BN sekarang yang menyebarkan pembohongan untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan kaum Cina serta kaum-kaum lain amat berbahaya. DAP dan Pakatan Rakyat mengutuk kempen benci BN kerana kami percaya kepada perpaduan melalui persahabatan dan sikap saling faham-memahami antara satu sama lain.
Lim Kit Siang memilih untuk bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah kerana mahu membuktikan bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum sudah bersedia untuk UBAH. Beliau berharap DAP akan mendapat sokongan setiap rakyat Malaysia, tidak kira Cina, Melayu atau India dan lain-lain.
Kami yakin pengundi Gelang Patah cukup matang untuk menolak penipuan BN, dan kami berharap semua pengundi Gelang Patah dapat memberi sokongan kepada Lim Kit Siang untuk merealisasikan impian Utamakan Rakyat Malaysia di mana Malaysia adalah milik rakyat Malaysia, di mana rakyat diutamakan, dan bukannya kroni atau keluarga menteri.
Ubah! Ini kalilah!
Ooi Chio Seong, Ketua DAPSY Gelang Patah
Tang Chee Kia, Ketua DAPSY Johor Baru
Desmond Yeo, Ketua DAPSY Pasir Gudang
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Bahan Fitnah BN Di Sebar, DAP Lapor Polis"
Leave a reply