Masa Depan Johor Dan Malaysia Yang Lebih Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat .
Posted by Unknown on 22 April 2013 | 0 komen pembaca
Sempena dengan Hari Bumi Sedunia, Johor DAP dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sokongan dan menunjukkan solidariti kepada komuniti yang sedang diancam oleh ketidakadilan alam sekitar.
Antara ancaman ketidakadilan alam sekitar yang sedang berlaku dan masih dibantah oleh rakyat termasuk operasi kilang pemprosesan nadir bumi LYNAS di Gebeng Kuantan, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Bukit Koman Raub, cadangan untuk menubuhkann 2 buah loji reaktor nuklear di Malaysia, projek gergasi hab petrokimia di Pengerang Johor yang menyebabkan beribu-ribu orang penduduk diusir.
Di bawah pimpinan Barisan Nasional, tanpa amalan and pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus, kami percaya bahawa ancaman alam sekitar yang berisiko tinggi seperti yang tersebut bukan sahaja akan merosakkan keseimbangan ekosistem kita, ia akan juga turut menimpa kehidupan dan kebahagiaan rakyat.
Kami juga percaya isu-isu alam sekitar tempatan seperti kebersihan persekitaran, pembakaran tapak pelupusan sampah dapat ditangani melalui sistem tender terbuka, perundingan demokrasi dan keazaman politik yang mementingkan kesihatan dan keselamatan rakyat.
Tanpa penguatkuasaan dan urus tadbir yang berprinsip cekap, akauntabel dan telus , kegiatan berleluasa pembalakan haram di Negeri Johor dipercayai telah mengakibatkan kejadian banjir Johor yang tidak terkawal akan berulang lagi.
Dalam manifesto Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat akan menghentikan sertamerta operasi Lynas di Gebeng, Pahang.
Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitikberatkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan.
Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik di peringkat negeri atau persekutuan.
Khususnya, Pakatan Rakyat:
1. Mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan projek RAPID di Pengerang demi menjamin kemaslahatan rakyat dan memelihara alam sekitar
2. Mereformasi semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan.
Selain daripada itu, Pakatan Rakyat komited untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang dan bandar-bandar besar dalam tempoh 10 tahun berkuasa, dengan sasaran mengurangkan kadar kesesakan sebanyak 50% dalam penggal pertama.
Masalah kesesakan yang semakin meruncing berpunca dari dasar-dasar yang mengenepikan sistem pengangkutan awam dalam bandar dan antara bandar.
Buat sekian lama, pelaburan di dalam sistem pengangkutan awam diabaikan hingga rakyat tidak ada pilihan kecuali menggunakan kenderaan persendirian.
Pergantungan kepada kenderaan persendirian mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara. Ia meningkatkan kos subsidi, membebankan ekonomi keluarga, mencemar alam sekitar disamping menyebabkan kesesakan.
Kami berharap rakyat Johor dan Malaysia akan menyokong kami dalam PRU ke-13 kali ini untuk memberikan mandaat bagi kita untuk memeluk masa depan Johor dan Malaysia yang lebih bersih, hijau, sihat dan selamat .
Boo Cheng Hau
Calon Dun Skudai N48
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Masa Depan Johor Dan Malaysia Yang Lebih Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat ."
Leave a reply