Salahuddin Hargai Sumbangan Anak Muda
Posted by Unknown on 18 April 2013 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melahirkan penghargaan buat golongan muda yang dikatakan banyak membantu merancakkan kempen Pakatan Rakyat.
Walaupun katanya, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan daripada pihaknya namun kesungguhan mereka telah menterjemahkan gerak kerja secara berpasukan.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak muda yang membuatkan design-design banner yang begitu cantik.
“Saya tidak pernah memberi arahan lansung untuk membuat semua kerja-kerja ini.
“Sokongan dan semangat yang ditunjukkan telah menginsafkan saya bahawa saya tidak sekali-kali mampu bergerak seorang diri di Johor. Terima Kasih sekali lagi dan teruskan sokongan anda semua.
“Kerja berjemaah itu lebih ringan dan menyenangkan hati,” katanya lagi dipetik daripada page Salahuddin Ayub.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Salahuddin Hargai Sumbangan Anak Muda"
Leave a reply